자백

946 40 0
                                    

"Tahniah! Anda adalah pasangan pertama yang telah tiba di penjara. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA." kedengaran suara seseorang setelah Namu dan Yeollie memasuki sebuah tempat yang dikenali sebagai penjara. Kelihatan seorang hantu lelaki cina menunggu di hadapan salah satu bilik penjara. Dia hanya membenarkan Namu masuk dahulu. Yeollie terpaksa menunggu di luar.

"Kawi Bawi Boo?" kata Namu setelah memilih dan membuka kertas misi daripada seorang hantu wanita di dalam bilik penjara itu. Hantu wanita itu hanya menganggukkan kepalanya. Hanya dengan sekali cubaan Namu menewaskan hantu tersebut. Dia keluar daripada bilik penjara dan hantu lelaki cina tadi memberi botol perangkap hantu yang tertera namanya. Kini giliran Yeollie pula memasuki penjara itu. Namu beredar meninggalkan Yeollie bersendirian. Yang Namu perlu cari sekarang ini ialah lokasi terakhir di mana tempat dia untuk mengakhiri misinya.

***

"Awak ini tempat apa?" tanya Hannie.

"Entah la~" balas L singkat.

"Masuk jom?"

"Hmm~"

L dan Hannie memasuki tempat yang dikatakan itu. Di situ terlihat ada dua buah kerusi yang telah disediakan. Seorang hantu lelaki Cina mengiringi L pergi ke kerusi yang betul-betul berada di tengah manakala Hannie di bawa ke kerusi di tepi pentas itu. Di atas pentas itu terdapat patung hantu Raja Suk Jong.

"Hei kamu! Jika kamu inginkan botol perangkap hantu dari aku, katakanlah dosa yang pernah kamu lakukan." tiba-tiba ada suara yang berbicara di situ.

"Saya tidak melakukan apa-apa dosa." balas L.

"Pembantu hukum dia!" katanya lagi. Kaki L diikat dengan tali dikerusi itu lalu hantu-hantu itu memasukkan dua buluh di antara kakinya. Bila buluh itu ditekan ke bawah, L akan merasa terseksa.

"Awww~! Baiklah-baiklah saya mengaku. Saya pernah memasukkan garam dalam kopi INFINITE." jawabnya.

"Pembantu sila beri sebatan kepadanya." kata Raja itu.

"Apa? Saya dah mengakukan?" ujar L tidak puas hati. L dikenakan 10 kali sebatan lalu dibawa duduk dikerusi itu lagi.

"Awak berjanji tidak akan melakukannya lagi?" kata Raja itu.

"Tidak. Saya tak akan melakukannya lagi. Saya minta maaf." kata L.

"Ambillah botol itu dikakiku ini." ujar si Raja. Dengan sepantas kilat L bangun dari kerusi itu dan lari pergi naik tangga pentas itu dan mengambil botol dikaki raja tersebut. Lalu dia dan Hannie beredar dari situ.

***

"Kesian aku pergi tinggalkan Yeollie bersendirian." kata Namu yang masih mencari lokasi terakhir. Tiba-tiba dia terlihat kelibat Hannie dan L.

"Awak tadi memang kelakar! HAHAHAHA." kata Hannie dengan tawanya.

"Sudahlah awak gelakkan saya. Baik awak simpan rahsia itu atau awak akan..." kata-kata L terpotong.

"Atau saya akan apa? Huh? Awak nak buat apa pada saya?" usyik Hannie.

"Nothing." nafi L.

"Hahaha. Merajuklah itu." usyik Hannie lagi.

"Mana ada!" kata L lagi.

"Heiiii~ hahaha." Hannie yang masih tidak habis dengan usyikannya.

"Namu awak nak ke mana?" panggil L setelah melihat Namu.

"Huh? Oh, cari lokasi terakhir. Kalian?" tanya Namu pula.

"Kami sedang mencari botol kelima. Yang ada nama di atasnya itu." balas L.

"Ohh, ianya ada dipenjara. Jalan lurus dan belok ke kanan. Kawasannya agak terpencil." kata Namu.

"Oh! Terima kasih oppa!" balas Hannie.

"Kami pergi dulu. Semoga berjaya." tambah Hannie lagi lalu dia beredar ke penjara bersama L.

***

"Jonggie yah~ Gelapnya. Kita tak sesatkah?" tanya Xiah yang ketakutan.

"Tak tahu lah~ mari kita pergi tanya hantu-hantu yang berkeliaran." balas Jonggie.

"Awak gilakah?" kata Xiah terkejut.

"Nuna jangan risau. Itu semua manusia hiduplah." kata Jonggie tenang.

"Awak! Awak tahu tak sekarang kami dimana? Kami rasa kami sudah sesat." tanya Jonggie setelah melihat kelibat hantu. Hantu perempuan itu hanya mendiamkan dirinnya dan tidak menjawab sebarang pertanyaan Jonggie,

"Mereka tidak mahu beri kerjasamalah." kata Jonggie setelah berputus asa bertanya kepada hantu itu tadi.

"Jalan sahajalah, mungkin kita akan jumpa mereka nanti." balas Xiah.

"Baiklah~" balas Jonggie.

***

"Mana Namu? He didn't wait for me? Oh shit! Ottokhae?" kata Yeollie ketakutan.

"Ehh? L dan Hannie!" panggil Yeollie.

"Awak buat apa disini?" tanya L.

"Baru keluar dari dalam penjara ini. Ada misi di dalamnya. Seorang demi seorang di benarkan masuk." balas Yeollie.

"Kalau macam itu awak tolong teman Hannie disini dahulu, biar saya yang masuk dahulu baru Hannie." ujar L.

"Okey~" balas Yeollie dan Hannie serentak.

Hello, Mr. Mystery! [Editing]Where stories live. Discover now