Sickness.

625 39 0
                                    

"L! Wait!"

Hannie memanggil L yang berada di hadapannya.

"Kita pergi sekolah sama-sama, ya?"

Hannie jalan beriringan dengan L. L hanya mendiamkan dirinya. Hannie perasan suatu yang aneh tentang diri L. Hannie ingin bertanya tetapi dia takut.

"Han!"

Hannie menoleh ke arah suara itu. Dia melihat Namu sedang melambaikan tangan ke udara ke arahnya.

"Ah! Oppa!"

Hannie berlari ke arah Namu. Tiba-tiba ada sesuatu yang amat pelik terjadi. Hannie merasa tercungap-cungap dan sesak nafas. Tapak tangannya berpeluh. Hannie tidak pernah seperti ini kerana dia seorang yang suka bersukan cuma baru-baru ini ibu bapanya tidak membenarkan melakukan kerja-kerja berat dan aktiviti yang lasak. Selama sebulan bersekolah di sini, Hannie langsung tidak mengikuti apa-apa aktiviti sukan walaupun Hoya sering mengajaknya.

Sudah seminggu Hannie cepat merasa letih bila melakukan sedikit aktiviti. Kadang-kadang dia akan terasa seperti hendak pitam sahaja. Hannie cuma memakan panadol untuk mengurangkan sakit kepalanya.

"Hannie, kwenchana?"

Namu yang terperasan Hannie memegang dadanya sambil termengah-mengah itu risau melihatnya.

"Kwenchana."

Hannie pura-pura tersenyum dan mengambil air di dalam begnya dan terus minum untuk mengelak daripada Namu yang sering bertanya soalan.

"Araseo. Kalau ada apa-apa nanti beritahu oppa, nae?"

"Nae~"

***

'Mana L? Tadi lupa pulak nak cakap selamat tinggal sebelum sebab lari pergi Namu oppa. Haish, pabo Hannie!'

Hannie mengetuk kepalanya sendiri. Tiba-tiba Jonggie mengejutkannya dari belakang. Hannie terkejut dengan tiba-tiba. Tidak semena-menanya Hannie pengsan. Jonggie terkejut.

Semua pelajar yang lalu dikoridor itu juga terkejut melihat situasi itu. Hannie tidak pernah begini. Selama ini, Jonggie sering berbuat demikian tetapi Hannie tidak pernah terkejut sehingga dia pengsan. Jonggie menjadi panik. Dia cepat-cepat mendukung Hannie dan membawanya ke hospital.

***

"Yoboseyo?"

"Boya?"

"Okay I go now."

Namu cepat-cepat bergegas ke hospital setelah mendengar berita yang menggemparkan itu. Hatinya penuh dengan kerisauan. Namu berdoa supaya Hannie selamat.

***

"Where Namu, Hannie, L and maknae?"

Kyuzizi selaku ketua amat ambil berat tentang sahabat-sahabatnya yang lain. Mereka semua sering rehat bersama. Jadi jika ada salah seorang tiada dia akan risau.

"L terpaksa pergi ke Jepun bersama L.Joe secara mendadak pagi tadi selepas dia tiba di sekolah. Ada sesuatu yang tidak dapat dielakkan berlaku." Yeollie menjawab dengan panjang lebar.

"Oh Namu? Dating dengan Hanniekah?"

"Tadi dia lalu depan kelas. Macam terburu-buru dia berlari. Tak tahulah pula ke mana." Hoya yang tadi ternampak kelibat Namu berlari di hadapan kelasnya dengan terburu-buru.

"Jonggie?"

Semua saling berpandangan. Tiba-tiba telinga mereka menangkap perbualan dua orang pelajar perempuan yang sedang menjamah makanan di meja hadapan mereka. Mereka mendengarnya dengan fokus.

Hello, Mr. Mystery! [Editing]Where stories live. Discover now