Trajedi

970 47 0
                                    

Pukk!

Tiba-tiba sahaja Hannie terjatuh dan kakinya terseliuh. Dia tidak dapat bergerak. Dia tidak paasti dia telah melanggar apa kerana keadaan semakin gelap. Matahari seperti sudah terbenam. Senja telah pun tiba. Namu terkejut lalu mendekati Hannie.

"Hannie awak tak apa-apa ke?" tanya Namu risau melihat Hannie sudah tersungkur di tanah.

"Tiada apalah. Oppa boleh kita rehat sebentar. Hannie nak balut kaki Hannie." kata Hannie sambil tersenyum.

"Han boleh bangun tak? Terseliuh ke? Biar oppa yang tolong!" ujar Namu sambil mengeluarkan peti keselamatan mini yang ada didalam beg galasnya.

"Oppa tiada apalah. Biarlah Han buat sendiri."

"Mana boleh Han ok! Tengok kaki dah bengkak. Han nak buat oppa risau ke? Han duduk diam dulu. Kita serahkan tugas ini kepada ahli yang lain. Nasib baik kita dah jumpa check point yang terakhir." kata Namu sambil membalut kaki Hannie.

"Hannie nak minta maaf. Hannie dah menyusahkan oppa  dan semua orang. Lagi sikit sahaja nak sampai ke puncak. Rasanya Han masih boleh bergerak."

"Han jangan nak degil. Kalau Han nak kami maafkan Han kena dengar cakap oppa. Kita berhenti sampai sini dan kita bermalam disini. Biar oppa pergi cari kayu api untuk di buat unggun api. Han tunggu di dalam khemah lepas oppa siap dirikan khemah. Araseo?"

"Nae oppa~"

Namu meninggalkan Han di dalam khemah setelah selesai mendirikan khemah mereka. Dia pergi mencari unggun api. Sepuluh minit kemudian dia tiba membawa unggun api lalu dia membuat unggun api. Setelah itu dia mewalkie-talkie ahli yang lain bahawa dia tidak boleh tiba dipuncak. Ahli yang lain telah bermalan di puncak. Cuma Namu dan Hannie sahaja belum tiba.

"Oppa~ Laparkah? Han masih ada roti dan coklat. Marilah makan bersama." kata Hannie sambil duduk di pintu khemah.

"Tak apalah. Han makanlah seorang. Oppa tak lapar lagi. Lepas itu Han tidur ya?" kata Namu.

"Oppa tak nak tidur ke? Esok subuh kita dah kena daki lagi."

"Tak apa. Malam ini oppa berjaga untuk Han."

"Oppa~"

"Hmm~"

"Masuklah. Kat luar sejuk. Ruang khemah ni besar."

"Tak apalah. Kan ada unggun api ini."

"Oppa semua tak apa. Han risaulah. Nanti oppa demam kesejukan lagi Han susah."

"Aigoo~ jangan merajuk. Baiklah oppa tidur dalam khemah." kata Namu lalu memasuki khemah.

"Oppa tidur sebelah situ. Han disini. Beg kita ditengah-tengah supaya tiada apa yang berlaku semasa kita tidur."

"Baiklah." kata Namu. Tiba-tiba sahaja hatinya berdegup kencang. 'Betulkah apa yang aku buat ini?' detik hati kecilnya.

***

"Guys. Kami tak dapat nak ke puncak sekarang sebab kaki Hannie terseliuh. Esok awal pagi kami sambung mendaki. Tempat kami tidak jauh dari puncak dan kami dah berjaya kumpul semua check point." kata Namu ditalian.

"OMO~ Hannie ok tak?" kata Kyuzizi di walkie-talkie.

"She's fine. Just need rest. Tell to Irnie don't worry too much about her. I'm here taking care of Hannie" balas Namu.

"Nae~" kata Kyuzizi lalu mematikan perbualan.

"Apa dah jadi kat Hannie?" tanya Irnie.

"Dia terseliuh sikit. Esok awal pagi mereka sambung mendaki. Mereka dah jumpa semua check point. Mereka akan bermalam di sana. Tempat mereka tak jauh dari sini. Esok pagi sekejap sahaja mereka dah sampai. Awak jangan risau sangat Irnie, Namu ada nak jaga Hannie." kata Kyuzizi sambil menenangkan hati Irnie yang pasti sedang risau tentang adiknya.

"Wah~ Namu bermalam dengan Hannielah malam ini. Beruntung dia." usik Dino.

"Dahlah, pergi ke khemah masing-masing. Jom tidur. Esok pagi kita kena bangun awal jemput si Namu dan Hannie." ujar Kyuzizi sambil menuju ke khemahnya dengan Yeollie.

"Nae~" balas yang lain.

'What? Bermalam bersama? Huh! Apa yang mereka fikirkan itu? Wait! L keep calm. Yang kau gelabah tak tentu pasal ini kenapa? Biarlah mereka! Mereka bukannya buat apa-apa pun. Lagi pun yang kau ini macam cacing kepanasan risaukan Hannie ini kenapa? Hmm~ Hannie awak tak apa-apa ke?' kata L dalam hati.

Hello, Mr. Mystery! [Editing]Where stories live. Discover now