Kebenaran.

645 41 0
                                    

Sudah hampir dua bulan Hannie menjauhkan diri dengan L. Hannie tahu perbuatannya itu salah dan menyakitkan dirinya. Dia sendiri sudah tidak tahan menahan rindu di hati yang perlahan-lahan membuat hatinya terguris.

Hannie tahu bahawa hati hawanya amat lemah dan tidak tabah. Dia juga terseksa dengan permainan hatinya. Hannie hampir putus asa untuk memahami kehendak hatinya itu. Dia teringat kata-kata Jonggie dulu.

'Jangan disebabkan ingin menolak kebenaran hati, mencari pengganti untuk melupakan. Hannie fikir masak-masak tentang ini. Betulkah Hannie cintakan dia dan bukan orang lain?'

Mengapa Jonggie dapat membaca isi hatinya dan bukan dia? Betulkah dia cuba menutup perasaan sebenarnya selama ini dan menjadikan seseorang sebagai mangsa? Hannie kecewa dengan dirinya

Hannie sudah membuat keputusan yang dia rasa itu adalah jalan yang terbaik. Dia harus meminta maaf kepada L yang tidak bersalah dan cuba untuk membuka hatinya serta dengar dan fahami kehendak hatinya itu. Dia sudah bertekad tidak akan menipu diri lagi kerana ianya amat memeritkan.

***

L baru-baru ini sering melalui jalan lain bila pulang ke sekolah. Kyuzizi perasan dengan kelakuan anehnya baru-baru ini. Dia cuba untuk bersangka baik dan tidak mahu mengambil peduli hal orang lain. Dia hanya berharap suatu hari L akan berkongsi cerita tentang masalahnya itu.

Pada petang itu, Kyuzizi sudah tidak tahan dengan sikap L yang suka menyembunyikan masalahnya itu dan cuba mengekorinya. Kyuzizi seperti tahu ke mana hala tuju L tetapi dia masih berfikiran positif dan terus menjalankan misinya.

'L? Apa dia buat di sini? Ada saudara diakah?'

Sangkaan Kyuzizi ternyata benar. L pergi ke tanah perkuburan dan pergi melawat sebuah kubur. Kyuzizi hanya memerhati dari celah-celah sebuah pokok besar. Dia tunggu hingga L beredar dan ingin melihat kubur siapakah yang sering dilawatnya setiap hari.

Perlahan-lahan Kyuzizi berjalan ke arah kubur itu. Dia pasti itu kubur yang di lawatnya tadi kerana bunga mawar putih yang dibawa L tadi berada di situ. Kyuzizi memandang batu nisan dan terkejut melihat nama yang terpapar di situ.

"NAMU?!"

Kyuzizi hampir tidak percaya. Benarkah pusara ini milik Namu? Apa yang telah terjadi? Apa yang telah mereka sembunyikan? Kenapa dia tidak tahu menahu selama ini? Adakah dia kurang peka terhadap masalah di orang sekelilingnya? Dia ingin tahu kebenarannya sekarang juga! L perlu menjelaskan segalanya!

***

Hannie mencari L di merata-rata tempat. Tempat terakhir dan sering dia kunjungi ialah bilik muzik. Hannie yakin L berada di situ. Hannie berjalan ke bangunan bahagian kelas seni dan menuju ke tingkat paling atas dan terpencil di mana bilik muzik berada.

Hannie menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menaiki tangga yang terakhir. Dia perlu mengumpulkan segala keberaniannya. Dia ingin mengetuk pintu tetapi pintu bilik muzik terbuka sedikit. Dia yakin L berada di situ. Tiba-tiba dia terdengar suara orang sedang berbicara sesuatu yang penting.

"Jadi awak memang rahsiakan sesuatu dari kami?"

"Ya, hyung."

"Kenapa awak rahsiakan semua ini?"

"Saya tidak berniat langsung untuk merahsiakan semua ini. Ini kehendaknya dan demi kebaikan Hannie juga!"

'Kebaikan Hannie? Apa maksud mereka?' Hannie tidak jadi memasuki bilik muzik itu dan terus berdiri di luar dan mendengar perbualan diantara Kyuzizi dan L itu.

"Hyung boleh faham jika untuk Hannie tapi... kami semua berhak untuk tahukan?"

"Ya, dia tidak ingin kalian semua menghalangnya daripada melakukannya. Saya pulang hari itu kerana untuk menghalangnya juga! Tetapi... maafkan saya... saya terlambat.. saya.." Hannie dapat rasa yang L hampir menangis.

Hello, Mr. Mystery! [Editing]Where stories live. Discover now