Good Bye, My Love.

637 39 0
                                    

Hannie memikirkan tentang ugutan Anne. Berat hatinya ingin melepaskan segalanya. Perlukah dia ke Jepun tinggal bersama keluarganya? Bagaimana dengan L? Hannie berada di dalam dilema.

Dia menghitung hari. Hari graduasi Kyuzizi dan Dino makin dekat dan lagi dua minggu mereka tamat sesi persekolahan pada tahun itu. Hannie cuba untuk memujuk Anne hingga ke hari akhir persekolahan selepas itu dia akan lenyap. Hanya itu yang mampu dia lakukan.

Dia sebenarnya tidak takut jika Anne terus membulinya tetapi dia takut L mengetahuinya dan cuba melindunginya. Seperti yang L.Joe lakukan dahulu. Hannie menyesal kerana membencinya.

L.Joe cuba melindunginya daripada ancaman musuh keluarganya. Musuh keluarganya dapat tahu yang mereka dua keluarga begitu rapat. Sebab itulah mereka pergi meninggalkan Korea kerana takut keluarga Hannie juga menerima ancaman yang sama. Musuh mereka ialah penjahat yang benci melihat kenaikan perniagaan seseorang. Mujur dia sudah ditangkap tiga tahun selepas itu.

Pagi itu Hannie pergi berjumpa dengan Anne. Dia ingin cuba menyatakan hasratnya itu.

"Aku dah fikir tentang hal itu..."

"Jadi? Kau nak pindah?"

"Aku akan pindah..."

"Bagus."

".. tapi ..."

"Ada syarat pula dah... Apa dia?"

"Aku akan pindah selepas sesi persekolahan ini tamat. Maknanya tahun depan aku akan lenyap dari pandangan korang semua."

"Macam mana aku nak percayakan kau perempuan?"

"Sekolah lagi seminggu lebih dan begitu juga hari graduasi. Aku harap dapat tengok Kyuzizi dan Dino oppa tamat belajar. Dan.. ini!"

Hannie menunjukkan borang berhenti sekolahnya yang siap di isi berserta tiket penerbangan yang telah ditempahnya.

"Aku akan hantar ini esok untuk pengesahan. Jangan risau aku tak beritahu mereka dan... Aku bukan sahaja pindah sekolah tapi... aku akan lenyap dari Korea"

"Baiknya hati Hannie... baiklah aku setuju."

Anne pergi meninggalkan Hannie dengan senyuman yang bahagia terukir dibibirnya. Hannie akan pergi dari hidupnya selama-lamanya!

***

"Cikgu?"

Hannie berjumpa dengan Cik Moon, guru muzik di sekolahnya. Ada hal penting yang ingin dia bincangkan.

"Ah~ Hannie. Masuklah."

"Maaflah ganggu."

"Ah~ anniyo."

Hannie duduk di atas sebuah kerusi selepas memberi tunduk hormat.

"Ada hal pentingkah?"

"Hmm, cikgu yang akan uruskan majlis graduasi pada minggu depankan?"

"Ya, kenapa?"

"Saya rasa..."

***

Malam ini malam terakhir Hannie dapat bersama-sama dengan L. Esok pula hari graduasi, jadi Hannie telah merancang sesuatu yang ingin dia lakukan bersama L. Hannie mengajak L untuk menemankannya pergi bersuka ria pada malam itu dengan erti kata lain bagi Hannie ialah keluar 'berdating'.

"Awak nampak sangat cantik hari ini."

"Gumawo oppa~"

"Oppa?"

"Nae, waeyo?"

"Aniya, nan johahae~"

"I will call you oppa after this, hihi."

Hello, Mr. Mystery! [Editing]Where stories live. Discover now