Lumba

913 44 0
                                    

"Anda semua mesti menghantar dua orang wakil untuk mengikuti perlumbaan berbasikal kali ini. Oleh kerana hanya 3 buah kumpulan disini, maknanya ada 6 orang peserta kesemuanya. Sila hantar wakil anda sekarang." kata Encik Mithra selaku penyelia disitu.

"Hannie nak ikut perlumbaan kali ini." kata Hannie.

"Han! Jangan nanti kaki tambah teruk macam mana. Belum sihat sepenuhnya lagi itu. Baru hilang sahaja bengkaknya." bantah Irnie.

"Tapi unnie..." kata Hannie.

"Saya ikut kali ini!" kata Irnie.

"Unnie? Unnie bukannya aktif bersukan pun!" bantah Hannie pula.

"Tapi berbasikal bukannya susah mana pun. Lagi pun kitakan sudah terbiasa berbasikal di bukit-bukau." kata Irnie.

"Hmm~ ara." keluh Hannie.

"Saya ikut juga." kata Hoya.

"Disebabkan saya yang aktif bersukan dikalangan ahli INFINITE jadi, biar saya sahut cabaran itu." tambah Hoya lagi.

"Baiklah. Kita dah ada wakil." kata Kyuzizi.

"Awak semua sudah ada wakil?" tanya Encik Mithra.

"Sudah tuan." balas ketiga-tiga kumpulan.

"Baiklah peserta sila ke tempat perlumbaan. Di sana anda akan diberi taklimat. Yang lain sila naik kereta kabel dan menunggu mereka pulang di kaki bukit nanti. Itu sahaja bersurai." kata Encik Mithra lagi.

Sebelum bersurai, ahli INSPIRITS memberi kata-kata semangat terhadap wakil kumpulan mereka, Irnie dan Hoya.

"Awak fighting!" kata Hoya.

"Nae~ oppa also fighting!" kata Irnie.

"Awak semua dikehendaki berbasikal hingga ke kaki bukit ini. Semasa berbasikal pastikan anda meletakkan check point yang anda cari semasa mendaki tadi di tempat yang telah ditentukan. Jika ada apa-apa sila walkie-talkie pasangan anda. Arahan jelas?" kata penyelia Gwangju Cycling Center itu.

"Yes sir!" balas keenam-enam peserta itu.

"Baiklah. Pakai alat keselamatan lalu kita boleh mulakan perlumbaan sekarang." kata penyelia itu lagi.

Hello, Mr. Mystery! [Editing]Where stories live. Discover now