Mendaki

969 42 0
                                    

"Apa yang perlu kita lakukan sekarang hyung?" kata Jonggie kepada Kyuzizi.

"Berjalan kaki ke sana?" kata Namu.

"Andwea~ Shiro!" kata Dino.

"Hmm~ Pergi ke perhentian bas di hulu kampung dan tunggu bas." cadang Kyuzizi.

Mereka bergerak ke arah perhentian bas seperti yang diberitahu oleh Kyuzizi. Semuanya mengeluh kecil kerana terpaksa menunggu bas dibawah cuaca yang agak panas ini walaupun masih musim luruh. Ini kerana di Pulau Jeju tempatnya agak panas daripada daerah di Korea yang lain. Sementara menunggu bas tiba mereka telah berbual-bual tentang diri mereka dan tidak lama selepas itu, bas yang ditunggu telah tiba. Bas menuju ke Hutan Gwangju mengambil masa sepuluh minit. Hannie dan Hoya telah tiba lebih awal daripada mereka. Hannie telah membeli 10 botol kecil air mineral masa dalam perjalanan ke situ. Dia memberi botol mineral itu satu setiap seorang. Kali ini dia ingin belanja mereka minum kerana dia berasa bersalah terhadap mereka kerana dia dan Hoya telah pergi meninggalkan mereka.

"Awak ambillah." hulur Hannie kepada L air botol mineral itu sambil tersenyum.

"Ambillah hari ini saya belanja sebab awak dah tolong saya tadi." tambah Hannie lagi.

L mengambil air botol mineral itu sambil mengucapkan terima kasih. Kini perspektif L terhadap gadis itu berubah. Dia berasa Hannie seorang gadis yang baik, periang dan peramah meskipun perjumpaan mereka yang pertama Hannie kelihatan amat garang dan situasi itu bila difikirkan kembali amat kelakar.

"Mari kita pergi ke lokasi kita yang seterusnya." kata Hoya.

Mereka bergerak ke arah kaki bukit Hutan Gwangju itu. Lalu ada seorang pelatih mereka menunggu di situ. INSPIRITS bergerak menuju ke arah pelatih itu.

"Tablo-sshi?" kata Kyuzizi.

"Nae~ Sebelum awak pergi menjalankan tugasan yang terdapat di dalam klu kedua awak, awak semua dikehendaki mendaki hingga ke puncak bukit sambil mencari check point yang dikehendaki. Setiap ahli akan diberi satu peta dan mereka akan berpasangan mengikut jalan masing-masing. Jadi sila pilih pasangan masing-masing." kata Encik Tablo selaku pelatih Woollim Camp.

"Saya dengan Hannie lagi boleh?" kata Hoya.

"Shiro! Andwea~ Awak tukarlah pasangan. Tak adillah macam ini!" kata enam lelaki lain disitu.

"Biarlah kali ini saya dengan Namu oppa." kata Hannie tiba-tiba mencelah kata-kata ketujuh-tujuh lelaki disitu.

"Huh? Jinja?" kata Namu terkejut.

"Nae! Sekarang kita pasangan." kata Hannie sambil tersenyum.

"OMO~ gumawo Hannie yah!" balas Namu dengan nada tidak percaya.

Bulat sahaja mata enam lelaki yang lain setelah mendengar Hannie memilih Namu sebagai pasangannya untuk tugasan kali ini.

"Ara~" kata Kyuzizi lemah yang berharap bahawa dia dapat berpasangan dengan Hannie.

"Oleh kerana Hoya tadi dah berpasangan dengan perempuan jadi kali ini dia kena berpasangan dengan lelaki. Dino awak dengan Hoya. Saya dengan Irnie manakala Xiah dengan Yeollie. L dan Jonggie awak pergi berdua. Arahan jelas?" tambah Kyuzizi.

"Nae~" kata ahli-ahli INSPIRITS yang lain setelah mendengar arahan ketua kumpulan mereka.

"Awak semua sudah sedia?" tanya Encik Tablo.

"Kami sudah bersiap sedia!" kata INSPIRITS dengan bersemangat.

"Baiklah, salah seorang di antara pasangan kamu harus membawa beg yang telah disediakan ini dan seorang lagi membawa peninggal jejak ini. Ingat letak peninggal jejak ini di setiap 500 meter, faham?" tanya Encik Tablo.

"Yes sir!" balas INSPIRITS.

"Ambil barang itu semua sekarang dan mula bergerak. Setiap seorang diminta mengambil peta pasangan. Pastikan setiap seorang dapat satu dan petanya sama seperti pasangan anda. Arahan jelas?" tanyanya lagi.

"Yes sir!" kata INSPIRITS lagi.

"Baiklah mulakan sekarang!" kata Encik Tablo dengan semangatnya.

Kini masanya Kyuzizi menyampaikan amanatnya.

"Awak semua pastikan walkie-talkie anda sentiasa hidup dan jika ada apa-apa berlaku segera beritahu ahli pasukan yang lain. Ingat tinggalkan penjejak disetiap 500 meter. Itu sahaja mari kita mulakan sekarang!" kata Kyuzizi dengan bersemangatnya.

Akhirnya mereka mula mendaki dan jam sudah menunjukkan pukul 2:00 petang. Mereka perlu bergerak dengan segera kalau tidak mereka akan tiba lewat dipuncak dan terpaksa bermalam di dalam Hutan pula. Mereka telah bergerak pada pukul 2:30 petang kerana mereka telah pergi ke tandas awam dulu sebelum memulakan perjalanan.

Hello, Mr. Mystery! [Editing]Where stories live. Discover now