Mimpi Indah

931 43 1
                                    

"Wah! Dah seminggu kita perah otak belajar banyak benda pasal hidupan marin inikan?" kata Hannie lalu duduk di sebelah Irnie. Irnie menghulurkan air tin minuman isotonik kepada Hannie. Hannie mengambilnya lalu mengucapkan terima kasih. Hannie membuka penutupnya lalu meneguk air tersebut.

"Betol itu. Unnie rasa macam nak meletup sahaja otak unnie ini." balas Xiah yang duduk bersebelahan Irnie. Mereka duduk di bawah pohon yang redang menghadap ke laut. Xiah mengesat peluhnya menggunakan tuala kecil. Matahari agak terik pada petang itu. Mereka baru sahaja selesai belajar cara menyelam dengan lama.

"Malam ini awak semua ada acara apa-apakah?" tanya Irnie. Hannie dan Xiah menggelengkan kepalanya tanda mereka lapang pada malam ini.

"Unnie ada apa-apa rancangankah?" tanya Hannie kerana hairan dengan pertanyaan kakaknya itu.

"Ada. Unnie mahu minta maaflah sebab tak dapat temankan Hannie malam ini." balas Irnie sambil menunjukkan mimik muka rasa bersalah.

"Oh~ tak apa. Hannie will be okay. Just have fun, ara? Don't think about me." jawab Hannie ingin menenangkan kakaknya yang rasa bersalah itu.

"Thanks~" ujar Irnie lalu menguntumkan senyuman. Dia sudah berjanji kepada ibu bapanya bahawa akan sentiasa bersama dan menjaga adiknya itu. Disebabkan dia juga telah menyetujui pelawaan 'temannya' untuk keluar bersama malam ini dia terpaksa meninggalkan Hannie bersendirian.

"Awak ada janji dengan siapa Ir?" tanya Xiah yang tertanya-tanya dengan siapakah teman baiknya itu keluar bersama. Irnie agak terkejut mendengar soalan Xiah sehingga air diminumnya tadi hampir tersembur.

"Bo?" tanya Irnie balik dengan muka yang terkejut.

"Yah! Minum betul-betullah. Haha. Saya tanya awak keluar dengan siapa?" tanya Xiah sekali lagi. Melihat daripada reaksi Irnie, Xiah mengagak bahawa sahabatnya itu akan keluar dengan seorang lelaki ataupun teman lelaki?

"Betul tu! Dugu-yah? Unnie bagilah tahu." Hannie pula bersuara kerana ingin tahu dengan siapakah kakaknya itu keluar 'berdating' sambil menggerak-gerakkan lengan Irnie. Irnie memandang ke arah Hannie lalu memandang ke arah Xiah dan sekali lagi memandang ke arah Hannie yang membuat muka comelnya itu.

"Aigoo~" kata Irnie lalu menarik pipi gebu milik adiknya itu. "Janganlah comel sangat Han nanti ada orang rampas Han dari unnie." tambahnya lalu melepaskan pipi Hannie. Hannie mengusap pipinya. Merah sahaja pipi Hannie yang mulus itu.

"Sakitlah unnie!" kata Hannie lalu menjeling manja ke arah Irnie. "Siapa nak rampas Han? Han ini dahlah perangai boyish, degil, nakal, lasak... senang cerita tak feminin langsung! Lainlah dengan unnie. Cantik, ayu, bijak, lemah lembut... Siapalah yang tak nakkan? Siapalah yang nak kat Han inikan?" ujar Hanie.

"Memang itu faktanya tetapi itulah kelebihan saeng unnie yang paling comel dan cantik ini. Lelaki yang tak nampak itu buta agaknya. Hannie feminin dengan lelaki yang Hannie suka sahajakan? Memang Hannie keras kepala, degil tapi Hannie memang lebih comel dari unnie. Unnie yakin itu! Unnie rasa 'orang itu' memang suka kat Hannielah. Betulkan Xiah?" kata Irnie lalu menyiku lengan Xiah untuk mengiyakan kata-katanya.

"Betul kata Ir. 'Orang itu' mungkin akan ajak Han keluar malam ini? Siapa tahu?" usik Xiah sambil membesarkan matanya lalu tersengih-sengih bersama Irnie.

"Hihi, siapalah 'orang itu' yang 'bertuah' ajak Han keluar ini." kata Hannie saambil menegaskan perkataan bertuah. Semasa menyebut 'orang itu' kedua-dua tangan Hannie membuat cepit ketam menggunakan jari telunjuk dan hantunya sambil menjeling ke arah Xiah dan Irnie. Irnie dann Xiah tertawa melihat aksi Hannie yang agak lucu bagi mereka.

Hello, Mr. Mystery! [Editing]Where stories live. Discover now