Nightmare.

764 36 0
                                    

"L! Dugu-yah?" Namu bertanya kepada L yang baru memutuskan talian. Muka L kelihatan pucat dan risau. Dia keluar tanpa menghiraukan orang lain.

Namu mengekorinya dari belakang. Dia berasa aneh dengan tindakan L menghiraukannya. Namu rasa ada sesuatu yang tidak kena. Ini pasti berkaitan Hannie kerana tadi L ada menyebut namanya semasa berbicara dengan si pemanggil.

Namu membuntutinya ke suatu arah. Tiba-tiba L berhenti dan menoleh ke belakang. "Hyung! Call ambulance now! Ppalli!" Arahnya.

Namu terkejut mendengar arahan yang baru diterimanya tadi. 'Ambulance? For what? Ada apa-apa yang terjadikah? Hannie?' Namu terkesima.

"Apa maksudnya?" Namu masih tidak berpuas hati.

"Just do it! Now!" L berlalu pergi meninggalkan Namu yang masih kebingungan.

'Pabo Hannie! You really wanna die? What's wrong with you? Why you make my life so miserable? I hate you pabo!' L yang masih berjalan dengan pantas ke destinasi yang di beritahu oleh Jonggie mendengus dengan kuat.

Dia tidak pasti mengapa dia begitu runsing, risau dan sakit hati pada ketika itu. Apa yang pasti Hannie telah berjaya memasuki 'dunianya'.

L tiba di taman yang di katakan. Dia menguatkan semangatnya dan melangkah masuk. Alangkah terkejutnya dia tatkala melihat Hannie yang begitu lemah di gendong keluar oleh Yeollie. Sebak hatinya melihat Hannie yang langsung tidak bermaya.

"Hyung, bawa dia ke pintu pagar utama. Ambulans menunggu." L menyembunyikan tangisnya.

Yeollie membawa Hannie ke pintu pagar utama bersama-sama Jonggie dan L. Kelihatan Namu sedang menunggu di situ. Namu yang resah gelisah terus terkejut melihat tubuh Hannie yang tidak sedarkan diri itu.

"L..." Namu menghalang langkah L.

"Biar saya yang menemani dia." Namu terus menaiki ambulans itu.

L hanya berasa sakit hati, marah dan kecewa tapi apakan dayanya untuk membantah. Dia terus menahan teksi yang kebetulan lalu di situ dan berkejar ke hospital dengan segera. Jonggie juga menaiki teksi yang sama.

L dan Jonggie tidak henti-henti berdoa dalam hati supaya Hannie selamat. Jonggie memberitahu kepada Kyuzizi tentang keadaan Hannie supaya membawa Irnie ke hospital. Dia juga menelefon Encik Bang untuk menyampaikan berita tersebut.

Hannie di tolak masuk ke dalam wad ICU. Irnie, Xiah dan Hoya tiba. Yeollie, Namu, Jonggie dan L hanya diam seribu bahasa. Semuanya tidak senang duduk.

"Jonggie... Hannie.. kwenchana?" Irnie yang terkejut mendengar berita itu dari Hoya terus bergegas ke hospital.

"Dia masih dirawat..." Lemah sahaja jawabnya.

Lutut Irnie lemah. Dia tidak mampu untuk berdiri lagi. Dia jatuh terduduk. Hoya membantunya untuk berdiri dan duduk di kerusi yang disediakan. Hoya cuba untuk menenangkannya. Tiba-tiba ada tiga orang lelaki datang mendekati mereka.

"Hannie kwenchana?" Kyuzizi yang baru sahaja tiba bersama Dino dan teman mereka, L.Joe.

"Yah! What are you doing here? Why you come to disturb her again!" Irnie mengeluarkan amarahnya kepada L.Joe.

Semua yang ada di situ terkesima melihat situasi tersebut. Mereka tidak faham apa kena mengena L.Joe dengan Hannie yang sedang di ambang maut?

"Irnie bertenang." Hoya cuba untuk menenangkannya.

"Stop it Hoya! You don't know anything! Hannie almost died because of him!" Berang Irnie.

Irnie yang selama ini ayu, sopan dan lembut tutur katanya hilang sama sekali pada ketika itu. Apa yang L.Joe lakukan sehingga Irnie begitu marah? Bukankah mereka baru sahaja berkenalan? Ada sesuatu yang berlaku tanpa pengetahuan mereka.

Hello, Mr. Mystery! [Editing]Where stories live. Discover now