Bintang

919 45 2
                                    

"Okey! Semua dah berkumpul?" tanya Kyuzizi.

"Dah!" balas INSPIRITS.

"Dah puas tidur, makan dan rehat semuanya?" tanya Kyuzizi lagi.

"Sudah!" jawab INSPIRITS.

"Bagus, boleh kita mulakan perjalanan kita sekarang?" tanyanya lagi.

"Boleh!" balas ahli INSPIRITS.

"Okay! INSPIRITS GO!" kata Kyuzizi dengan penuh semangat.

Mereka memulakan perjalanan pada pukul 11.15 malam. Perjalanan dari homestay ke Hunter House mengambil masa hanya 20 minit dengan menaiki kereta. Oleh kerana INFINITE membawa keretanya, mereka meminta untuk pengurusnya memandu ke sana. Disebabkan ruang yang sempit, Hannie dan L mengalah membiarkan mereka pergi dahulu. Kini Hannie dan L menunggu di pintu depan homestay berdua-duaan.

"Awak sejuk ke?" tanya L setelah melihat Hannie seperti kedinginan.

"Hmm~? Ahh... kwenchana. Nanti mereka sampailah." balas Hannie.

L membuka jaket hitam yang dipakainya lalu disarungkan ke badan Hannie.

"Apa awak buat ini?" tanya Hannie terkejut melihat L memperlakukannya seperti itu.

"Awak duduk diam-diam. Pergi balik mengambil masa 40 minit, awak tahu?" tanya L pula.

"Saya tak nak apa-apa terjadi pada awak nanti saya pula dipersalahkan sebab tidak menjaga awak dengan baik-baik. Lagi satu saya tak nak menyusahkan diri saya terpaksa angkat awak jika awak pengsan kerana kesejukan disini." tambahnya lagi.

"Nae~" balas Hannie singkat sambil pipinya kemerah-merahan.

L dan Hannie memandang ke langit. Kelihatan banyak bintang berkelipan di langit yang kelam itu. Cantik sungguh pemandangannya. Hannie tersenyum sendirian.

"Awak..." panggil Hannie manja.

"Hmm.." balas L.

"Awak suka bintang tak?"

"Hmm~ sukalah juga."

"Awak tahu tak?"

"Hmm..?"

"Saya nak jadi seperti langit yang kosong itu. Saya nak ada bintang yang menerangi hidup saya. Saya nak isi kekosongan di hati langit itu. Dengan adanya bintang, kehidupan langit begitu indah dan cantik."

"Kenapa bukan awak yang jadi bintang?"

"Sebab saya tiada 'cahaya' dan hidup saya 'kosong'. Andai sahaja saya jumpa 'bintang' itu."

"Hmm..."

'Hannie andai sahaja aku ialah bintangmu... Ahh! L kau merapu apa ini? Perkara yang lalu cukup untuk menjadi sejarah dalam hidup kau! Jangan terperdaya lagi!' detik hati L

-30 minit kemudian-

"Awak kereta dah sampai." kata Hannie.

L bangun dari duduknya lalu pergi masuk ke dalam perut kereta diikuti oleh Hannie belakang. Suasana dalam kereta sepanjang perjalanan amatlah tegang dan sunyi. L memakai headfonnya sambil memejamkan matanya manakala Hannie sibuk menaip sesuatu di telefonnya. 20 minit kemudian, kereta mereka telah tiba dihadapan Hunter House. Terlihat ahli INSPIRITS yang lain sedang menunggu kedatangan mereka. L dan Hannie keluar dari perut kereta.

"Semua dah tiba?" tanya seseorang dari belakang mereka semua.

"Oh Gosh! Saya ingat siapalah tadi! Janganlah tegur kami dari belakang. Aishh~ haha. Jinja!" kata Dino dengan terkejut setelah melihat seorang lelaki berpakaian seperti hantu cina.

"Saya Encik Oh, pelatih disini." kata lelaki tadi sambil memperkenalkan dirinya.

"Ohh~ Selamat berkenalan." kata INSPIRITS sambil menundukkan sedikit badan mereka.

"Tugas kalian yang terakhir ialah..."

"Terakhir?" potong Namu seperti terkejut.

"Ya, yang terakhir."

"Jadi selepas ini dah tiada tugasan lain.?" tanya Yeollie.

"Tidak."

"Wahh~ Daebak!" balas Jonggie.

"Baiklah, tugasan kamu semua kali ini ialah cari botol hantu. Botol yang digunakan untuk meletakkan hantu di dalamnya. Setiap seorang harus mengumpul lima botol. Empat botol hantu biasa dan satu botol tertulis nama anda di atasnya." kata Encik Oh.

"Wah! Dalam rumah berhantu ini ke?" tanya Hoya.

"Ya, tiada masa akhir. Siapa dapat selesaikan dulu, dia akan pulang dahulu. Siapa lambat, pulang lewat." tambahnya lagi.

"Oh no! Ini kira kerja individu!" kata Xiah.

"Tapi anda masih boleh pergi berkumpulan, berpasangan atau individu. Ianya permainan yang bebas." ujar Encik Oh.

"Kyu hyung! Awak pergi dengan saya sahajalah ya?" tanya Dino seperti ingin pergi menjalankan misi berpasangan dengan Kyuzizi.

"Hahaha.. Wae? Kenapa saya? Awak betul-betul takutkah?" tanya Kyuzizi.

"Jaebal~" pujuk Dino.

"Ara, ara, araseo~" balas Kyuzizi.

"Jonggie, Hoya dan L tak berapa takutkan? Lagi-lagi Jonggie. Dia walaupun tengok cerita hantu langsung macam tak ada perasaan." kata Namu.

"Jonggie yah~ Go with nuna, araseo?" kata Xiah.

"Nae nuna~" balas Jonggie.

"L, awak nak pergi dengan siapa?" tanya Yeollie.

"Saya.." kata L yang tidak habis sambil memandang ke Hannie.

"Saya pergi dengan..."

"Saya pergi dengan L!" kata Hannie memotong kata-kata L.

"Huh?" kata Namu yang terkejut.

"Jadi saya pergi dengan si pengecut Yeollie ke?" kata Namu lagi.

"Ahh~ Oppa waeyo? Oppa nak pergi dengan L ke?" tanya Hannie.

"Anniyo. Just.... nothinglah." kata Namu dengan keputusan yang telah dibuat.

Mereka memasuki perkarangan rumah hantu itu. Seram sejuk sahaja suasana disitu. Gelap disitu tetapi ianya hanya diterangi oleh cahaya bulan. Mujur sahaja mereka membawa lampu suluh. Mereka berpecah dan mulakan pencarian di bawah cahaya bulan pada tengah malam itu.

Hello, Mr. Mystery! [Editing]Where stories live. Discover now