Temu Janji

788 41 0
                                    

'Are you ready? I will catch up you on 8.00 pm later.'- Hoya

'Yes, I'm waiting ^_^'- Irnie.

Irnie dan Hoya berbalas pesanan ringkas. Irnie sedang bersiap sedia untuk dijemput Hoya sebentar sahaja nanti. Pada malam ini Irnie mengenakan gaun merah hati paras lutut dan kasut tumit tinggi berwarna hitam.

Dia mencalit gincu merah jambu pada bibirnya dan bersiap untuk keluar dari biliknya. Tiba-tiba bunyi loceng kedengaran. 'Hoya dah sampai!' detik hati Irnie. Sebelum keluar dia meniggalkan nota untuk Hannie yang sedang lena dibuai mimpi indah.

"Hye~" Tegur Irnie setelah menutup pintu bilik homestaynya. Hoya memusingkan badannya setelah ditegur Irnie yang berada dibelakangnnya itu. Dia agak terkejut melihat keanggunan Irnie pada malam itu. Amat memukau!

"Hey..." Hoya tersenyum.

"Hmm let's go!" Hoya yang mengenakan kemeja ungu bersama seluar pendek putih berjalan disebelah Irnie untuk menuju ke destinasi mereka.

"Ah~ Ir... kita naik teksi ya?" Kata Hoya setelah mereka berada di pintu utama homestay. Irnie hanya membalas dengan senyuman manisnya lalu Hoya membuka pintu teksi untuknya.

Hoya sudah terlebih dahulu menelefon teksi untuk menjemput mereka. Kini teksi bergerak menuju ke destinasi mereka.

"Kita mahu ke mana?" Tanya Irnie memecahkan kesunyian.

"Awak akan tahu juga nanti." Hoya membalas.

Irnie tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan lalu mencebik mulutnya dan membuang pandangan ke luar tingkap. Dia memandang ke langit yang gelap itu. Banyak bintang yang berkelipan. Tiba-tiba dia teringat kata-kata Hannie ketika mereka sedang berbual tentang lelaki idaman.

"Unnie~ Tahu tak yang bintang ini ada yang sudah mati? Tetapi mereka tetap ada cahayanya." Hannie berbicara.

"Jeongmal? Unnie kurang tahu tentang itu." Irnie membalasnya dengan bersahaja.

"Han amat berharap yang dapat berjumpa dengan bintang." Hannie memandang ke langit.

"Bukankah setiap malam Hannie melihatnya?" Irnie pelik melihat saengnya.

"Itu cuma cahayanya bukan bintangnya. Bintang yang Han nak jumpa masih hidup saat ini."

"Macam mana Han tahu bintang itu masih hidup?"

"That star is my destiny."

"Han..." bisik Irnie.

"Kita dah sampai." Hoya bersuara.

"Huh?" Irnie tersedar dari lamunannya.

"Kita di mana?" Irnie membuka tali pinggang keselamatan lalu membuka pintu teksi dan keluar. Dia terkejut melihat sekeliling. Ianya seperti pasar malam pada hujung minggu. Ramai orang ada di situ. Terlalu ramai hingga agak sedikit sesak.

Hoya keluar dari perut teksi setelah membayar tambang. Dia hanya tersenyum melihat gelagat Irnie yang agak kebudak-budakan itu.

"Jom!" Hoya tanpa segan silu menarik tangan Irnie untuk mengikuti langkah kakinya. Irnie terkejut tetapi dia tidak membantah. Hoya hanya tersenyum nakal. Pipi Irnie merah seperti tomato menahan malu.

"Tak akan mahu berjalan sahaja? Di sini ada banyak barang dan makanan yang boleh kita dapat. Jangan risau hari ini saya belanja semua." Hoya memberi cadangan.

"Ahhh, tak apalah..." Irnie masih kekok bersama Hoya.

Hoya membelikan mereka berdua ais krim strawberi dan berjalan-jalan sambil melihat-lihat barang-barang yang dijual di setiap gerai.

"Awak lapar tak? Jom singgah makan di gerai ini dahulu." Pelawa Hoya.

"Hmmm~"

Mereka memasuki gerai makan yang dimaksudkan. Hoya dan Irnie memesan hidangan yang sama iaitu daging panggang bersama sup ekor. Mereka menjamahnya dengan berselera sekali.

Selesai makan mereka berjalan-jalan lagi. Ada sesuatu yang mencuri perhatian Irnie. Dia mendekati gerai itu. Dia melihat barang-barang yang di jual di situ. Semuanya cantik-cantik belaka.

Gerai tersebut menjual barang-barang perhiasan diri seperti cincin, gelang, rantai dan sebagainya. Hoya baru perasan yang Irnie tidak ada di sisinya semasa dia sedang asyik membelek-belek cermin mata.

"Irnie?" Dia mencari kelibat Irnie tetapi tiada. Dia menjadi panik dan terus melihat sekeliling.

"Ahjumma nampak tak gadis yang bersama dengan saya tadi di mana?" Hoya bertanya dengan cemas sekali kepada pemilik gerai.

"Tadi saya nampak dia ke gerai depan sana. Oh itu dia!" Ahjumma itu menunjuk keberadaan Irnie.

"Oh! Kamsahamnida ahjumma." Hoya berlalu pergi ke arah Irnie.

"Awak!" Hoya menarik pergelangan tangan Irnie lalu menarik dia masuk ke dalam dakapannya. Dia mengeluarkan hembusan nafas yang besar. Dia memeluk erat Irnie.

Irnie yang agak terkejut dengan situasi itu terdiam. Fikirannya kosong dan jantungnya makin laju berdegup.

"Awak tolonglah jangan hilang dari pandangan saya! Awak tahu tak tadi betapa risaunya saya bila awak tiada di sisi? Boleh jadi gila rasanya! Awak jangan pergi mana-mana tanpa saya lagi ya?" Perlahan-lahan Hoya meleraikan pelukannya itu.

"Awak menangis?" Hoya terkejut melihat Irnie menangis teresak-esak lalu mengesat air matanya.

"Saya tak marahkan awaklah. Jangan risau saya di sini." Hoya memujuknya.

"Saya minta maaf. Saya bersalah." Irnie menahan tangisnya.

"Tak apa. Awak buat apa di sini?" Hoya tersenyum melihat Irnie kembali tersenyum.

"Benda itu menarik perhatian saya." Irnie menunjuk ke arah barang yang di maksudkan itu.

"Awak inginkannyakah?"

"Saya ingin hadiahkan kepada seseorang."

"Seseorang?"

"Ya!"

"Siapa?"

"Secret! Hihi"

Hoya mencebik tanda cemburu. Dia ingin tahu siapa yang bertuah dapat barang itu. Dia ingin balas dendam dengan memegang tangan Irnie tanpa dilepaskan walau sesaat pun semasa mereka berjalan-jalan.

"Jom cuba ini!" Hoya menunjuk ke arah baju pasangan berwarna ungu itu.

"Perlukah?"

"Perlu sebagai kenangan kita bersama!" Hoya bersungguh-sungguh.

"Baiklah..." Irnie hanya akur.

Hoya tersenyum gembira mendengar jawapan Irnie lalu membeli baju pasangan itu dan menghadiahkan satu kepada Irnie.

Selepas itu mereka pergi mengambil gambar bersama-sama dan pergi mencuba pelbagai jenis makanan.

Setelah penat berjalan, mereka pergi ke taman permainan yang berdekatan dan duduk di buaian sambil minum koktail dalam beg plastik. Mereka berborak-borak kosong mengisi kesunyian malam.

"Hannie tiada boyfriendkah di sekolah?" Hoya ingin tahu.

"Dia ada ramai peminat di sekolah tapi Hannie itu... saya pun kurang faham."

"Oh, awak pula?"

"Eo?"

"Awak pun ramai peminatkah?"

"Haha, saya? Tidak, saya tak setanding Han dan saya tiada buah hati."

"Baguslah!"

"Huh?"

"Maksud saya baguslah awak boleh fokus pada pelajaran dulu..." Tipu Hoya.

"Hmm~ That's right."

'I have chance right?' Hoya terseyum sendirian.

Hello, Mr. Mystery! [Editing]Where stories live. Discover now