New Life.

595 37 1
                                    

Dua minggu sudah berlalu. Kerinduan yang membuak-buak terhadap kawan-kawan mereka masih terasa. Dunia mereka bagaikan sunyi seketika. Ada suatu ruang kosong yang perlu diisi akan tetapi mereka tetap menjalani kehidupan mereka seperti biasa.

"So how school?" Encik Izi bertanya kepada anak-anaknya yang sedang duduk termenung di ruang tamu.

"Fine." Irnie membalas.

"But it seem like not that fine."

"Yeah, not great like always." Hannie pula membalas.

"Wae?"

"They miss someone?" Puan Aileya mencelah.

"Mwoya?" Irnie kebingungan.

"I have something to tell girls."

"What is that dad?" Hannie rasa ingin tahu.

"Actually, we must go to Japan."

"What?! For what?" Irnie tidak mengerti.

"Syarikat ayah hantar ayah untuk uruskan projek di sana. Mungkin kita tinggal di sana untuk 1-2 tahun sahaja sehingga projek itu selesai."

"Ayah, Han tak mahu ikut."

"Kenapa sayang?" Ibu Hannie mengelus rambut Hannie lembut.

"Irnie akan ikut. Han, siapa akan jaga Han nanti? Kesiankanlah ayah."

"Han cuma..."

"Hmm, tadi pagi ayah dapat surat tawaran kemasukan Hannie ke Seoul High School. Jadi ayah dah buat keputusan."

"Bo? Han dapat? Ayah akan bagikan...?"

"Boleh, dengan syarat."

"Apa?"

"Han akan tinggal di sebuah pangsapuri milik ayah berdekatan dengan sekolah. Jadi Han boleh berbasikal atau jalan kaki ke sekolah. Kedua, ayah akan kenakan limit ke atas perbelanjaan bulanan Hannie. Ketiga, jika Han buat masalah ayah terpaksa bawa Han datang ke Jepun. Keempat, Han juga perlu sering pulang ke rumah untuk mengemas atau buat apa yang patut. Kelima, jika ada apa-apa berlaku cepat-cepat beritahu kami. Jangan buat omma kamu risau. Keenam, pastikan akademik cemerlang. Akhir sekali, jangan pulang lewat malam. Araseo?"

"Nae, ayah gumawo!"

Hannie memeluk erat ayahnya. Dia tidak sangka ayahnya membenarkan dia hidup berdikari sendiri di Korea. Dia akan penuhi semua hasrat ayahnya yang penting dia tetap dapat tinggal di Korea. Mana mungkin dia sanggup tinggalkan kekasih hati bersendirian. Cuma dia tidak faham mengapa kakaknya ingin ke Jepun. Ah, Irnie memang sudah lama ingin bersekolah di Jepun jadi dia mudah untuk bersetuju tetapi bagaimana dengan Hoya? Adakah dia sanggup berjauhan untuk tempoh yang agak lama?

***

"Hari ini kita ada seorang pelajar baru. Harap anda semua berkawan baik dengannya. Baiklah dipersilakan masuk."

Seorang gadis melangkah masuk ke dalam kelas tersebut. Semua mata tertumpu padanya. Rambutnya yang panjang dan lurus diikat kemas. Senyumannya yang manis telah mencairkan hati para pelajar lelaki. Matanya yang bulat dan tajam melihat keseluruhan isi bilik darjah itu.

"Baiklah, sila perkenalkan diri awak." Guru kelas itu, Puan Jung mengarahkan pelajar baru itu untuk memperkenalkan diri.

"Annyeonghasaeyo, nan Hannie imnida. Bangapta simnida." Hannie menundukkan sedikit badannya sebagai tanda hormat. Semua pelajar bagaikan sudah bersedia ingin menanyakan soalan. Seorang pelajar lelaki mengangkat tangannya.

"Ya, Shin ada apa-apa yang awak nak tanya?" Puan Jung bertanya.

"Saya nak tanya pada Hannie. Hannie, awak tinggal di mana?" Pelajar yang bernama Shin itu menanyakan tempat tinggal Hannie. Pelajar yang lain membuat 'boo' kepada Shin kerana soalannya bagaikan ada unsur yang tidak sepatutnya.

Hello, Mr. Mystery! [Editing]Where stories live. Discover now