Fact

708 37 0
                                    

'Gelapnya..' Perlahan-lahan Hannie membuka matanya. Pandangannya kabur. Dia berasa pening-pening sedikit. Hannie menggosok matanya berkali-kali. Dia memandang ke sekeliling. Dia cuba untuk memahami apa yang sedang berlaku.

'Namu oppa?' Hannie membetulkan duduknya. Dia cuba untuk mengingat kembali apa yang telah berlaku tapi malangnya otaknya tidak memberi respon. Dia berasa pening bila cuba ingin mengimbas kembali.

Tiba-tiba ada orang menolak daun pintu. Hannie terkejut. Seorang lelaki bertubuh tinggi memasuki biliknya. Hannie amat mengenali lelaki tersebut. Dia berasa hairan.

"L?"

"Shh!" L meletakkan jari telunjuk ke bibirnya supaya Hannie memperlahankan suaranya.

"Waeyo?" Hannie berbisik.

L menunjukkan Namu yang sedang lena tidur. Hannie mengangguk tanda memahami arahannya. L menarik tangan Hannie. Hannie turun daripada katil dan menurut sahaja.

Mereka duduk di padang rumput berhadapan hospital. L membeli dua kotak jus lalu hulurkan sekotak untuk Hannie. Hannie mengucapkan terima kasih.

"Bila awak sedar?" L membuka kotak jus itu.

"Baru sahaja." Hannie meneguk perlahan-lahan jus itu.

"Awak dah sihat sepenuhnya ke?" Nada L kedengaran risau.

"Hmm..."

"Sudahlah, saya mengganggu awak sahaja. Pergilah rehat." L memandang ke langit.

"Ani... I need friend..." Hannie menundukkan kepalanya.

"I always by your side. Don't worry okay?" L membiarkan Hannie pergi.

"Awak..." Hannie memberhentikan langkahnya.

"Hmm?" L memandangnya.

"Awak tak nak tanya apa-apa?"

"Tanya apa?" Dahi L berkerut.

"Sudahlah..."

Hannie berlalu pergi dengan hampanya. Nampaknya dia lelaki yang sukar untuk difahami. Lelaki yang sering membuat Hannie marah dan gembira sendirinya sehingga Hannie sendiri tidak pasti puncanya apa.

'Pabooo! Huh?! Anniya, relax Hannie. Breath in breath in breath out. Okay, hmm... L waeyo? Why you always make me wanna to close to you?'

"Hannie!" Ada satu suara yang menegurnya dengan nada yang agak tinggi dari satu arah. Hannie tersentak. Dia tersedar dari lamunannya. Dia mencari di mana suara itu datang. Dia seperti kenal suara itu tapi dia tidak pasti siapa pemiliknya.

Tiba-tiba ketika Hannie memusingkan badan ada seseorang berlari menuju ke arahnya lalu memeluknya erat. Hannie terkesima. Dia hanya kaku dengan tindakan lelaki tersebut. Hatinya berdegup kencang sehingga Hannie dapat mendengarnya dengan jelas.

"Kwenchana?" Lelaki itu meleraikan pelukan.

Hannie menggeleng laju.

"Hannie pergi mana?" Lembut sahaja suaranya.

"Han...pe-per-gi.."

"Ah, kwencaha. Jom pergi bilik lagi. Rehat secukupnya. Han jangan ke mana-mana lagi tahu?"

Hannie mengangguk.

"Jangan buat oppa tambah risau lagi. Seksa tahu!"

"Oppa..."

"Nae?"

"Gumawo!" Hannie memeluknya. Hannie tidak menyangka ada orang yang begitu mengambil berat tentangnya. Namu terkejut dengan peri laku Hannie tetapi perlahan-lahan dia mengusap kepala Hannie.

"Hmm, janji jangan buat lagi tahu?"

Hannie mengagguk tetapi masih dalam dakapan Namu.

"Kalau nak ke mana-mana mesti berteman."

Hannie meleraikan pelukan itu.

"Yes sir!" Hannie mengajuk seperti askar yang memberi tabik hormat.

Namu mencubit pipi Hannie kerana geram melihat telatah comelnya. Hannie mengadu kesakitan. Akhirnya, mereka ketawa bersama. Tetapi ada mata yang sedang memandang gelagat mereka.

***

"Hannie, anneyong?" L.Joe bercakap dengan Hannie yang sedang tidur. Kebetulan pula Namu tidak dapat menjaga Hannie kerana ada hal penting yang perlu dilakukan. Jadi L.Joe menawarkan dirinya. Sepatutnya, Jonggie ingin menjaganya tetapi L.Joe ingin sangat menemani Hannie pada malam itu.

"Kwenchana?" L.Joe menggenggam erat tangan Hannie.

"Mianhae." Ada butir-butir jernih di matanya.

"Oppa muncul bila Hannie hidup bahagia dengan senyuman Hannie itu. Oppa datang merosakkan kehidupan Hannie lagi. Oppa..." Air matanya mulai gugur dengan sendirinya.

"Hannie sudah ada orang lain ya? Oppa ingin minta maaf tentang segala-galanya. Oppa tahu oppa tak layak dan tak patut di maafkan tapi oppa nak Hannie tahu segala yang berlaku dulu bukan kehendak oppa sendiri..." L.Joe mengalirkan air mata yang sangat deras.

"Banyak benda yang perlu Hannie tahu. Hannie belum sedia untuk mendengar semua itu. Oppa rela jika Hannie membenci oppa daripada Hannie tiada di sisi oppa. Oppa ingin Hannie bahagia, Itu sahaja. Oppa patut pergi dari sini. Oppa patut datang ke sini..." Suaranya makin rendah.

"Hannie tahu tak? Senyuman Hannie yang paling cantik yang pernah oppa jumpa. Hannie tahu tak betapa oppa merindui untuk melihatnya? Seksa jiwa oppa bila tahu Hannie tidak mahu tersenyum ketika itu. Itu semua salah oppa..." L.Joe mengesat air matanya.

"Hannie oppa tak harap apa-apa pun kecuali teruskan senyum dan hidup dengan bahagia. Padamkanlah memori tentang kita jika itu lebih baik. Oppa relakan..."

L.Joe menangis bersendirian. Dia tidak mampu untuk berdepan dengan Hannie. Begitu banyak dosa yang telah dia lakukan terhadap Hannie. Dia yang mencipta dunia hitam dalam kehidupan Hannie.

***

"Morning!" Irnie membawa sandwich tuna untuk bersarapan dengan dongsaeng kesayangannya.

"Morning unnie~!" Hannie menutup surat khabar yang di bacanya tadi.

"Saeng baca apa itu?"

"Oh, ni tadi pinjam dengan jururawat yang bertugas tadi."

"Oh..."

"Unnie?" Hannie menjenguk ke dalam plastik yang di bawa unnienya.

"Ah?"

"Unnie bawa apa?"

"Sarapan yang spesial."

"Special?"

"Yeah!"

"Okay, lemme see..." Perli Hannie mesra.

"Terpikat tak?"

"Hahaha, tak. Okay joke. Marvelous!"

"Kan? Haha tapi... kenapa dengan mata Hannie?"

"Eo?"

"Hannie menangiskah semalam?"

"Bo?"

"Mata tuh cuba tengok cermin."

"OMG!"

"Hannie?"

Hello, Mr. Mystery! [Editing]Where stories live. Discover now