Kehilangan

944 41 0
                                    

"Han, Han bangun dah pagi." kata Namu untuk kejutkan Hannie dari tidurnya.

Hannie terbangun dan dia duduk lalu menguap beberapa kali sambil menggosok matanya.

"Hahaha, awak nampak hodohlah." kata Namu sambil tertawa.

"Oppa! OMO~ buruknya saya." kata Hannie sambil tersipu malu.

"Maaf, menguap depan oppa sebab saya tadi masih mamai."

"Kwenchana~ Dah jom berkemas pastu pergi ke sungai berdekatan kita bersihkan diri sebentar lalu sambung mendaki."

"Nae~"

"Kaki awak dah okey ke?" tanya Namu dengan nadanya yang risau.

"Sekarang saya dah okey . Oppa tak usahlah risau sangat. Kaki Han dah boleh bergerak dah. Just terseliuh sikit. Bengkak pun kejap saja sebab semalam ada doktor kacak tolong rawatkan."

"Ehh~ Dia ini orang risaukan dia, dia pergi berloyar buruk pagi-pagi ini."

"Hehe~"

Setelah siap mengemas khemah, mereka pergi ke sungai berdekatan untuk mencuci muka dan menggosok gigi. Seterusnya, mereka sambung mendaki ke puncak.

"Oppa marilah makan roti ini. Oppa tak makan pun malam semalam. Pagi ini oppa wajib ambil sarapan!" tegas Hannie.

"Baiklah Cik Hannie kesayanganku~" balas Namu sambil memakan roti yang diberi Hannie.

"Hehe~ Betul ke oppa sayang kat Hannie ini?" gurau Hannie.

"Huh? Mestilah~ Siapa yang tak sayang dongsaeng INFINITE ini." kata Namu mengaburi ayat yang baru dikatakannya tadi. 'Sayang? Macam mana aku boleh terlepas cakap ini! Memang aku dah sayangkan Hannie lebih dari seorang abang kepada adiknya. Ini bukan masanya lagi untuk aku meluahkannya.' kata hati Namu.

***

'Mana mereka berdua ini? Hannie masih sakitkah kakinya? Nak walkie-talkie tapi macam buang tabiat sahaja aku ini. Ishh! Tak senang duduklah fikirkan dia orang itu. Tak apa lepas ini aku akan pastikan aku berpasangan dengan Hannie! Ehh? Apa yang aku merapu ini? Ahh! Lantaklah!' detik hati L.

"L asal macam orang lari bini sahaja hyung tengok." perli Kyuzizi.

"Anniya. Just stretching..." nafi L.

"Marilah bersenam bersama." kata Hoya.

"Hmmm~" keluh L.

-15 minit kemudian-

"Eh, itu Namu hyung dan... mana Hannie?" kata Jonggie pelik melihat ketiadaan Hannie disisi Namu.

Mereka semua terkejut dan pelik kenapa Namu tiba keseorangan di puncak. Namu tiba di tempat INSPIRITS berkumpul.

"Namu oppa, Hannie mana?" tanya Irnie.

"Oppa ada apa-apa yang berlaku ke?" tanya Xiah pula.

"Namu hyung jawablah." kata L dengan nada agak sedikit keras kerana Namu tidak memberi respon tentang pertanyaan yang diajukan kepadanya. Lalu L beredar dari situ.

"Kenapa dengan L?" tanya Namu.

" 'Bersenam' kot." perli Hoya.

"Bersenam?" Namu pelik mendengar jawapan Hoya.

L pergi mencari Hannie. Subuh semakin pergi. Dia risau tentang Hannie. Hatinya asyik bertanya dimanakah keberadaannya dan adakah kakinya sudah sembuh. Jantungnya makin berdegup pantas. Selagi dia tidak melihat Hannie, hatinya pedih dan sedih. Tiba-tiba dia ternampak kelibat seseorang.

"Awak!" panggil L.

***

"Hyung tak jawab pun lagi soalan Xiah dan Irnie." kata Yeollie.

"Hannie..." kata-kata Namu terhenti.

Hello, Mr. Mystery! [Editing]Where stories live. Discover now