Craziness.

610 40 0
                                    

Hannie hari pasti akan dimulakan dengan pembulian demi pembulian setiap hari. Dia sudah terbiasa dengan 'rutin' barunya itu. Anne dan Hyuna makin berani membulinya hari demi hari.Hannie hanya duduk diam tanpa mengambil apa-apa tindakan terhadap dua orang perempuan yang ingin mencari perhatian itu. Dia malas ingin melayan karenah mereka yang kebudak-budakan itu.

"Hye, Hannie si 'pujaan hati'" Anne 'menegurnya' seperti biasa sambil menekankan dua kata terakhir.

Hannie menutup pintu lokarnya dan ingin beredar. Malangnya Hyuna menghalangnya. Hannie memusingkan badannya ke arah Anne. Kelihatan mereka berdua sedang tersenyum nakal. Hannie mengeluh.

"Kau nak apa?"

"Kasarnya~ Nanti semua lelaki lari." Anne dan Hyuna tergelak.

"Uh, tapi untung aku lagi ada orang nak daripada kau berdiri tepi jalan pun tak laku."

Hannie jalan terus ke depan walaupun dihalang. Dia melanggar bahu Anne dengan kasar dan beredar. Dia juga ada tahap sabarnya jika ingin dibuli seperti itu. Anne memanglah anak orang kaya tetapi dia tidak sepatutnya bersikap seperti itu. Sekolah juga ada peraturannya dan sekolah ini bukan milik mak bapaknya.

"Wei perempuan! Siap kau!" Anne begitu marah dengan Hannie.

'Aku akan buat kau keluar dari kehidupan L oppa! Aku akan cari rahsia kau sampai lubang cacing!'

***

"Oppa annyeong~!"

Seperti biasa Hannie pasti akan datang melawat kubur Namu setiap petang selepas pulang dari sekolah. Hari-hari juga Hannie akan membawa bunga mawar putih kepadanya. Dia akan bercerita kepada Namu tentang kehidupan sehariannya yang berlaku di sekolah. Dia merasa lega dapat menceritakannya kerana baginya hanya Namulah yang sudi 'mendengar' cerita sedihnya itu.

"Oppa rindukan Hannie tak? Oppa tahu tak yang Hannie rindu sangat kat oppa? Sampai hati oppa buat Hannie macam ini!" Hannie seakan-akan bernada merajuk.

Dia menatap gambar Namu lama. Dia menitiskan air mata sekali lagi. Dia memegang dadanya. Terasa jantungnya berdegup kencang. Hannie telah berjanji akan menjaga jantungnya sebaik mungkin demi Namu.

'Namu oppa tak pernah 'pergi'. Dia cuma 'hilang' kerana sebahagian diriku adalah dirinya.'

Hannie mengesat air matanya. Dia cuba untuk mengumpulkan semangatnya semula. Dia yakin dia dapat menempuhi segala cabaran yang akan mendatang. Hannie tidak akan menghampakan harapan Namu yang telah memberinya peluang untuk hidup semula. Hannie ingin tunjukkan kepada Namu dan semua yang dia kuat!

"Oppa yakinkan Hannie boleh lakukannya? Sebab Hannie tahu oppa sentiasa di sisi Hannie untuk memberi semangat dan kekuatan!"

***

Sudah hampir setahun Hannie belajar di sekolah itu bersama-sama mereka. Hannie berasa bahagia walaupun banyak rintangan yang mereka lalui. Hannie cuba menerima apa yang telah terjadi pada Namu dan mula membuka pintu hatinya.

Hannie masih belum memberitahu isi hatinya pada L kerana dia tahu L akan dalam bahaya jika bersamanya. Anne yang sering mengugut dan membuli Hannie setiap hari jika dia nampak mereka berdua-duaan. Hannie tidak kisah diperlakukan seperti itu tetapi dia tidak mahu L tahu.

Oleh sebab itu dia akan berjumpa L jika mereka yang lain ada bersama. Di rumah juga dia menjaga jarak kerana Anne tahu mereka tinggal di apartmen yang sama.

"Woi perempuan!"

Hannie tahu siapa perempuan yang memanggilnya dengan penuh tidak bersopan dan beradab itu, Anne.

Hello, Mr. Mystery! [Editing]Where stories live. Discover now