Tugasan Baru

1K 42 0
                                    

"So where we must start first?" tanya Hoya kepada Hannie.

"We should go to village first. Hmm~ you wanna walk or borrow bicycle?" balas Hannie.

"It's up to you. I believe on you but better we use bicycle than walking. More faster right?"

"Nae arasseo."

Hannie dan Hoya memulakan pencarian untuk klu yang seterusnya. Mereka meminjam basikal yang ada di rumah inap desa itu. Hoya meminta izin kepada pemilik homestay untuk meminjam dua buah basikal. Dengan menggunakan basikal mereka akan menjimatkan tenaga dan masa juga menjimatkan duit. Mereka berbasikal menuju ke kampung yang berdekatan. Dalam perjalanan mereka, Hannie dan Hoya berlumba siapa yang akan sampai dahulu. Akhirnya Hannie kalah dengan kelajuan Hoya berbasikal. Mereka telah sampai di sebuah kampung bernama Sungkyukwan.

"Nampaknya kampung ini banyak diduduki oleh warga emas.' kata Hannie.

"Ye, nampaknya begitulah. Mungkin ini tempatnya. The Victorious Way." kata Hoya dengan bangganya.

"Lah belum tentu lagi awak dah cakap begitu."

"Saya cuma terlebih teruja je."

"Haha, yelah~"

Hannie dan Hoya berbual-bual kosong sambil berjalan masuk ke kampung itu sambil mencari rumah nenek tua yang memiliki kolam itik. Tiba-tiba telefon Hoya berdering lagu Request menandakan ada panggilan masuk.

"Yoboseo?"

.....

"Nae, arasseo."

"Siapa telefon tadi?" tanya Hannie.

"Kyuzizi hyung. Dia kata kalau dah jumpa, telefon ahli yang lain." ujar Hoya.

"Ohh, boleh Han tanya sesuatu?"

"Tanyalah."

"Han tak tahu lagi umur awak semua. Yang pasti mesti Kyuzizi paling tua."

"Ohh~ ye, betullah itu. Jonggie sebaya dengan awak rasanya 15 tahun dan L sebaya kakak awak dan Xiah 16 tahun manakala saya dan Yeollie 17 tahun. Namu dan Dino 18 tahun. Kyuzizi 19 tahun."

"Jadi mulai sekarang Han kena mula panggil sunbae ataupun... oppa?"

"Oppa lebih baik."

"Nae oppa." kata Hannie sambil tersenyum mesra.

Mereka masih berjalan mengililinggi kampung sambil bergelak ketawa tiba-tiba mereka terdengar bunyi itik.

Quek Quek Quek Quek..

"Oppa! Oppa! Did you hear that?" kata Hannie.

"Yeah! Duck!" balas Hoya.

"Rasanya bunyi itu datang dari rumah depan itu. Mari kita ke sana!" jelas Hannie.

"Yep!" balas Hoya singkat.

Mereka menuju masuk ke rumah yang dimaksudkan Hannie itu. Hannie dan Hoya mengetuk pintu rumah pemilik rumah tersebut. Tiada jawapan yang diberikan. Tiba-tiba keluar seorang nenek tua yang masih sihat dan kuat tubuh badannya.

"Maaf nenek. Kami peserta Kem Woollim. Kami kena mencari rumah seorang nenek yang ada kolam itik. Rumah nenek ada ke?" kata Hannie memulakan perbicaraan.

"Ya cucu, nenek sudah tahu itu. Marilah masuk." balas nenek tua itu.

Hannie dan Hoya memasuki rumah tradisional korea milik nenek tua itu. Masih utuh dan cantik rumahnya. Banyak tanaman hijau disekelilingnya.

"Cucu ada tugasan yang perlu disiapkan." kata nenek itu kepada Hannie dan Hoya setelah mereka duduk di ruang tamu.

"Apakah tugasan itu nek?" tanya Hoya.

"Nenek ada satu itik pelepah berwarna putih yang sangat cantik. Nenek sayang itik itu. Nenek ingin bulu pelepahnya untuk dijadikan penanda buku. Nenek sudah tua. Tak larat nak mengejar itik itu untuk mengambil pelepahnya. Itik itu juga tidak suka orang dekat dengannya kerana ianya akan lari. Nenek harap sangat cucu boleh bantu nenek." jelas nenek tua itu panjang lebar.

Hannie dan Hoya mendengarnya dengan tekun. Mereka agak terkejut dengar tugasan yang baru mereka terima.

"Oppa lebih baik kita telefon mereka sekarang." kata Hannie.

"Nae, nenek saya keluar sebentar nak buat panggilan." kata Hoya.

"Ya, silakanlah cu." balas nenek.

"Terima kasih nek." ujar Hoya.

Hoya keluar untuk membuat panggilan ke semua ahli INSPIRITS untuk berjumpa disitu. Hoya dan Hannie telah menjumpai lokasi tugasan mereka.

"Cu lupa nenek nak cakap." kata nenek tua kepada Hannie.

"Apa dia nek?" tanya Hannie.

"Begini cu..."

Hello, Mr. Mystery! [Editing]Where stories live. Discover now