Sinar

965 45 0
                                    

"Oppa~ Aja! Aja! Fighting!" kata Hannie dengan bersemangat kepada Namu.

"We can do it! Hannie Hwaiting!" balas Namu.

"Arraseo oppa!" balas Hannie sambil tersenyum. Terlihat eyes smile-nya disitu. Terpegun seketika Namu melihat Hannie yang tersenyum mesra.

"Sunshine..." kata Namu dengan lembut seperti berbisik.

"Oppa ada kata apa-apakah tadi?" tanya Hannie seperti terdengar sesuatu tadi.

"No, anniya." nafi Namu. Dia telah terpersona dengan senyuman Hannie yang sungguh mesra tadi.

Mereka terus mendaki dan meletak penjejak disetiap 500 meter. Namu yang menggalas beg itu. Tiba-tiba sahaja Hannie yang berada dihadapannya berhenti.

"Kita dah mendaki setinggi satu kilometer 300 meter dari kaki bukit dan rasanya kawasan ini ada check point. Mari kita cari dulu di sekitar sini lepas jumpa kita rehat sebentar. Hannie tadi ada bawa roti." kata Hannie yang masih tidak lekang dengan senyumannya walaupun penat mendaki.

"Nae~" balas Namu singkat.

Mereka terus mencari disekitar situ dan tiba-tiba Namu seperti terpijak sesuatu dan ianya... check point! Check point itu ialah bandana yang tertera disitu tulisan INSPIRITS! Mereka akhirnya telah menemui check point yang pertama. Dengan segera Namu memanggil Hannie setelah mengambil check point itu dari atas tanah.

"Hannie ppalli! Ppalli! I found it!" jerit Namu ke arah Hannie. Hannie berlari anak mendapatkan Namu.

"OMO~ Where oppa? Jeongmal?" tanya Hannie.

"Ini!" tunjuk Namu check point yang baru dijumpainya tadi.

"Yahh~ Tahniah oppa!" jerit Hannie dengan gembira sambil memeluk Namu. Namu agak terkejut kerana Hannie tiba-tiba memeluknya. Bukannya dia tidak biasa jika sudah berjaya mereka akan berpelukan kegembiraan tetapi dia berasa lain bila dengan Hannie. Tiba-tiba sahaja jantungnya berdegup kencang. Hannie melepaskan pelukan itu.

"Kita patut beritahu yang lain." kata Hannie lalu dia mewalkie-talkie ahli yang lain tanpa memperdulikan Namu yang terkejut disitu. Setelah itu Hannie mengeluarkan roti yang dibelinya lalu memberikan kepada Namu seperti yang dijanjikan. Mereka berehat dibawah pokok yang agak besar. Setelah makan dan berehat mereka meneruskan perjalanan. Kelihatan jam menunjukkan 4:45 petang. Hari semakin lewat petang. Mereka harus segera ke puncak dan sekarang mereka berada di 10 kilometer dari kaki bukit.

"Lebih baik kita berehat dulu sebentar. Nah air." kata Hannie kepada Namu sambil menghulurkan air minuman isotonik kepadanya.

"Gumawo~" balas Namu lalu meminum air itu.

"Han, oppa nak tanya ini... kenapa awak begitu baik?" tanya Namu.

"Huh? Hahaha, oppa ini kelakarlah. Ada pula soalan macam itu. Hahaha." balas Hannie sambil tertawa. Terserlah lesung pipitnya itu.

"Hmm~ Saya dah terbiasa begitu. Mungkin kerana dari kecil ibu bapa Han didik Han seperti itu." balas Hannie setelah tawanya hilang.

"Tapi... mengapa oppa tanya?" tanya Hannie pula.

"Tiada apalah. Dahlah mari kita mulakan perjalanan." kata Namu yang mengakhiri perbualan mereka disitu.

***

"Hyung jangan laju-laju lah!" kata Jonggie.

"Yah! Ppalli~" balas L.

L berhenti menunggu Jonggie untuk sampai kepadanya tiba-tiba dia  terdengar nama Hannie disebut lalu dia mencari arah itu dan terlihat Hannie tidak jauh dari tempat dia berdiri. Dia memerhati gelagat Hannie dan Namu tiba-tiba dia terkejut Hannie memeluk Namu. Bulat matanya melihat kejadian itu. Jonggie tiba di tempat L berdiri.

"Hyung marilah naik sedikit lagi selepas itu kita berehat sebentar." kata Jonggie.

L tidak menghiraukannya lalu terus mendaki dan tiba-tiba sahaja walkie-talkie mereka berbunyi.

"Guys! Namu oppa just found our first check point! Fighting guys!" kata Hannie ditalian.

"Wah, daebak! Namu hyung dah jumpa!" kata Jonggie.

L masih mendaki meninggalkan Jonggie dibelakang. Entah mengapa hatinya tidak suka melihat senario tadi. 'Kenapa dengan aku ini! Aku tak pernah pun rasa macam ini. Ahh~ lupakanlah sahaja kejadian tadi!' kata L dalam hati.

Hello, Mr. Mystery! [Editing]Where stories live. Discover now