Hate.

626 35 0
                                    

"Hannie where are you going?" L terkejut melihat Hannie pada pagi itu. Biasanya L akan hantar sarapan ke rumah Hannie seperti biasa tetapi pada pagi itu dia sudah terjumpa Hannie didepan pintu rumahnya.

"School."

"What?" L menghalang jalan Hannie. "You can't."

"Wae?" Hannie cuba merempuh. L memegang tangan Hannie erat.

"Awak belum sepenuhnya sembuh."

"Tapi saya bosan dekat rumah. Saya rasa macam orang bodoh, kesunyian. Lagipun awak bukan dapat teman saya 24 jam." Hannie kelihatan sebak.

"Mianhae, baiklah saya benarkan tapi dengan satu syarat."

"Apa?"

"Awak kena sentiasa ada disisi saya semasa disekolah kecuali dalam kelas. Kita berlainan gred tapi waktu lain awak mesti ada disamping saya."

"Protective."

"Apa?"

"Baiklah."

"Bagus. Nanti kita pergi ke taman sekolah sekejap. Awak belum sarapan lagikan?"

"Hmm..."

L masih tidak melepaskan genggamannya. Mereka juga tidak sedar tentang itu. Hannie dan L berjalan beriringan kesekolah. Nampaknya Kyuzizi dan yang lain-lain tidak menunggu L seperti biasa. Biarlah, hari ini L gembira dapat berdua bersama Hannie tetapi Hannie fikirannya masih kosong.

"Hari ini makan sandwich tuna dan jus mangga susu rendah lemak. Awak itu kena jaga diet pemakanan."

"Bo? Awak itulah kurus sangat. Tengok budak lelaki lain, berotot."

"OMO~ Awak nak cakap saya ini tak 'gentleman' lah ye?"

"Tahu pun." Hannie menjelirkan lidahnya.

"Mari sini!"

L mencuit Hannie dan Hannie tergelak kuat. Begitu juga dengan L dan akhirnya mereka sama-sama geli hati dengan apa yang berlaku.

'Hannie-ah~ I miss your sunshine smile.'

***

"Annyeong oppa."

L meneruskan langkahnya. Dia tidak suka melayan perempuan seperti itu. Kenapa perempuan itu perlu kembali sekarang? Bukankah dia sepatutnya masih di London? L pasti mesti Hyuna yang menyuruhnya kembali.

"Where are you going darling?" Perempuan itu memaut tangan L. L menolaknya.

"Oppa!"

"Anne stop!" L berjalan pergi.

"Oppa saya tahu perempuan itu dah racunkan fikiran oppa! Anne lebih baik daripada dia!" Anne menghentak-hentakkan kakinya tada protes. L langsung tidak peduli.

Anne ialah kekasih L. Dia dahulu tidak seperti itu. Anne ialah budak yang baik dan penyayang. Rupa-rupanya itu semua ialah lakonan semata. L sudah mengetahui belangnya yang sebenarnya dan berhenti daripada menyukainya. Semenjak itu dia susah untuk rapat dengan mana-mana perempuan.

"Ah~ Hyung! Buat apa disini?" Jonggie menegur L yang berdiri dihadapan pintu kelas mereka. L hanya menepuk bahu si maknae sambil tersenyum.

"Awak?" Hannie datang dari belakang Jonggie. "Saya tak akan lari ke mana-manalah."

"Eo?" Jonggie tidak faham dengan situasi itu.

"Tak ada apalah. Jom rehat sama." L menarik tangan mereka berdua dan jalan beriringan menuju ke taman sekolah.

"Hyung jarang jemput kami..."

"Shhh~"

Hannie tersenyum sendirian melihat telatah mereka berdua. Dah lama dia tidak merasa gembira. Dia teringatkan Namu lagi. Hannie cuba untuk melupakan kisah pahit itu tetapi dia tidak dapat membuang memori tentangnya. Hannie pasrah.

***

L menunggu mereka semua di pintu pagar sekolah. Dia perlu memastikan Hannie tidak pulang bersendirian.

"L awal awak hari ini?" Kyuzizi seperti memerli.

"Kami semua nanti nak pergi ke Gangnam. Awak nak ikut?" Dino mempelawanya.

"Tak apalah. Saya ada hal yang perlu lakukan."

"Jomlah!" Yeollie memujuknya tetapi L tetap dengan pendiriannya.

"Tak apalah kalau begitu, kami pergi dahulu."

"Hyung tunggu!" Jonggie berlari ke arah mereka.

"Nak pergi sekarangkah?" Jonggie bertanya meminta kepastian.

"Ya, jomlah!" Dino menjawab. Mereka semua pergi meninggalkan L bersendirian disitu. Semua pelajar beransur-ansur pulang. L risau dimanakah Hannie. Dia lupa ingin bertanyakan kepada Jonggie tadi tapi dia takut Jonggie dan yang lain-lain fikir yang bukan-bukan tentangnya pula.

"Oppa tunggu sayakah?" Anne menegurnya. Seperti biasa dia akan bermanja dengan L. L pula naik rimas dengannya.

"Lepaskan saya." L menarik lengannya dan berlalu masuk ke halaman sekolah.

"Oppa! Semua orang sudah pulanglah!" Anne menjerit ke arahnya. L tidak menghiraukannya dan terus menuju ke kelas Hannie. Hannie tiada di situ. L menjadi risau. Hatinya tidak tenteram dan mencari Hannie di serata tempat. Puas mencari di bangunan sekolah dia naik ke bumbung sekolah dan meninjau-ninjau.

Dia ternampak kelibat seseorang di taman dari atas. Dia pasti itu Hannie yang sedang duduk di bawah sebuah pohon. L cepat-cepat turun dan berlari ke taman. Dia lihat Hannie sedang nyenyak tidur dibawah sebuah pohon yang redang. L merenung mukanya. Hannie seperti baru lepas menangis. L merasa sebak dan marah dalam masa yang sama.

'Hannie, mianhae.'

***

Sudah sebulan lebih berlalu sejak kejadian Hannie pengsan itu. Hannie makin sihat dan ceria berkat penjagaan L. Mereka juga makin rapat dan sering bersama. Ada dikalangan pelajar sangka mereka ialah pasangan kekasih. Ada yang suka mendengar khabar angin itu ada juga yang benci.

Hannie hanya membiarkan segala cacian itu kerana dia bahagia dapat hidup bersama INFINITE walaupun mereka kehilangan seorang ahli. Hannie sudah boleh mengawal perasaan rindunya yang membuak-buak terhadap Namu. Kini ada orang yan sudah mampu membuatnya tersenyum kembali selain Namu, L.

L duduk di sebuah taman bunga di belakang sekolah sedang bermain gitar. Hannie datang mencarinya di situ. Kebetulan Anne juga datang mencarinya dan terus memeluk L dari belakang. L terkejut melihat Anne memeluknya. Hannie juga berada di situ melihat senario tersebut.

Hannie tersentap dan terus berlari masuk ke dalam kelasnya. L makin terkejut melihat Hannie nampak kejadian yang tidak sepatutnya. L amat marah pada Anne tapi dia tahan dan terus mengejar Hannie. Belum sempat dia mencari Hannie, bunyi loceng berkumandang dan mereka terpaksa masuk ke kelas masing-masing.

Hannie tidak masuk ke dalam kelas tetapi terus ke bumbung. Dia terkejut dengan apa yang baru dilihatnya. Dia tahu yang Anne itu amat menyukai L tetapi dia tidak pasti jika L menyukainya. Hannie tidak pernah terfikirnya tentangnya.

'Hannie pabo! Kenapa nak menangis? L bukan milik kau! Kau milik Namu Hannie! Jangan lupa! Tapi... oppa dah tinggalkan dan putuskan hubungan kami... Tidak! Kau kena percaya oppa akan kembali! L boleh bersama dengan sesiapa yang dia suka! Hannie tidak boleh bersikap seperti ini! Tidak mungkin aku jatuh cinta lagikan?'

Hannie menangis dia tidak faham dengan hatinya. Sebenarnya semejak di kem itu dia tidak suka jika L dekat dengan mana-mana perempuan. Adakah dia ini terlalu mementingkan diri sendiri? Dia sakit hati melihat semua itu berbanding melihat Namu melayan ramai perempuan.

Hello, Mr. Mystery! [Editing]Where stories live. Discover now