IrYa.

650 42 2
  • Dedicated to Irnah Samsu
                                    

[Hoya's P.O.V]

Semalam Hannie ada hantar pesanan ringkas. Han kata Irnie balik Korea esok.Tak sabar pula rasanya nak tunggu kepulangan buah hati. Nak lepaskan rindu yang dah lama tersimpan.

"Oppa nak ikut Han pergi airport esok?" Hannie yang datang berkunjung ke dorm ingin berjumpa dengan L bertembung denganku.

"Oppa rasa berdebarlah." Aku mempelawanya masuk.

"Jangan risau. Hannie ada hihi." Hannie dan aku menuju ke dapur. Biasalah semenjak kami kehelingan Namu hyung kami jarang makan masakan di dorm selalu sahaja makan di luar.

Aku mengeluh. "Sarapan apa hari ini?" Aku cuba mendekatinya dan membantunya. "Hannie masak mihun goreng!"

"Mihun goreng?" Tak pernahku dengar. Mungkin resepi barunya lagi.

"Hannie minta resepi ini dari kawan overseas Han." Dia mengeluarkan tuperware yang dibawanya itu dari beg kertasnya. "Nak cuba?" Hannie ingin menyuapkanku.

[L's P.O.V]

Aku terdengar ada bunyi loceng ditekan semasa aku tengah mandi. Selesai mandi, aku cuba menjenguk siapa yang datang. Ada suara sedang rancak berbual di dapur. Aku pergi menjengah sebentar.

"Nak cuba?" Kelihatan Hannie ingin menyuap Hoya hyung. Perasaan cemburu mula menyelubungi diriku. Aku berdehem sekuat yang boleh. Mereka berdua menoleh.

"Nampaknya ada yang cemburu." Hoya hyung seperti memerli. "Oppa nak mandi dulu. Nanti oppa makan ya?" Hoya hyung mengusap lembut kepala Hannie. Aku makin cemburu.

Hannie hanya tersenyum gembira. Sebelum Hoya hyung beredar dia sempat berbisik sesuatu kepadaku "Hannie amat comel hari ini." Mukaku jadi merah sebab tidak dapat tahan cemburuku lagi. Aku mendengus besar.

"Honey..." Aku memeluknya dari belakang. Aku dapat mencium bau yang wangi dari rambutnya yang lembut itu.

"Oppa.. Hannie nak siapkan sarapan ni. Lepaskan dulu erk?" Hannie memusingkan badannya tetapi masih dalam pelukanku. Muka kami bertembung dan hanya jarak beberapa cm sahaja.

"Chu~" Hannie menolak mukaku. "Gatal!" Dia tersenyum mesra. Mungkin geli hati melihat telatahku yang manja. "Please, morning kiss!" Hannie merapatkan mukanya padaku. Hidung kami bersentuhan dan...

Pakkkkk!

Kami memandang ke arah bunyi itu. Alangkah terkejutnya kami bila Kyuzizi, Dino, Yeol dan Jonggie sedang berdiri di muka pintu dapur.

"Haish kamu ni maknae! Kacau betul scene tadi!" Kyuzizi mengetuk kepala Jonggie. "Yah, hyung!" Maknae mengusap kepalanya.

Aku memberi jelingan maut kepada mereka semua. "Semua duduklah dulu. Makanan dah siap dihidang." Kami semua duduk di meja makan untuk menjamah sarapan pagi.

Hoya datang tepat pada masanya. "Apa yang semua tengah ketawakan ini?" Hoya memandang kepada Hannie. Hoya ada hati dengan Hanniekah? Hannie masih dengam senyuman nakalnya yang menggoda.

"Tadi ada babak romantik tapi terpotong." Dino menjawab. Mukaku jadi panas. "Oh begitu." Hoya memandangku nakal.

[Hannie's P.O.V]

"Annyeong Unnie~!" Aku menghubungi unnieku, Irnie.

"Annyeong saeng. Miss me?"

"Yes, but someone more miss you than me do."

"Stop playing around. See you at airport tomorrow okay."

"Nae! Unnie mesti tak sabar nak jumpa diakan?"

Hello, Mr. Mystery! [Editing]Where stories live. Discover now