My Honey, Hannie.

1.1K 57 6
                                    

[Hannie's P.O.V]

Hari ini, seperti biasa aku menyediakan sarapan untuk L. Aku hanya membuat omelette. Sarapan haruslah ringan tapi mengenyangkan untuk menempuhi hari-hari yang penuh dengan cabaran.

"Honeyyy..." L memelukku dengan tiba-tiba dari belakang. Suaranya yang serak kerana baru bangun tidur itu memanggilku dengan manja.

"Go shower now~" Aku memberi arahan keras dengan lemah lembut. L masih melentokkan kepalanya dibahuku. Tangannya makin erat memeluk pinggangku.

"Morning kiss?" Dia masih bermalas-malasan. Aku hanya sambung mencuci pinggan mangkuk. Tiba-tiba L mencium belakang leherku.

"Wanginya Hannie...~" Aku meleraikan ikatan tangannya itu. Lalu menolak L sedikit ke belakang. "Shower now or no breakfast?!"

Dengan laju dia terus meluru ke bilik untuk membersihkan diri. Aku tersenyum kecil melihat telatahnya yang seperti budak-budak.

"Honey~!" L menjerit-jerit namaku seperti anak kecil yang meminta sesuatu dari ibunya. Aku terus bergegas ke bilik tidur.

"Mari sini." Aku mengeluh kecil. Rutin harianku ialah membutangkan baju kemejanya lalu memasangkannya tali leher serta menyediakan kot untuknya sebelum dia pergi kerja. Bagaikan budak tadika yang perlu disiapkan segalanya. Apa-apa pun aku tak dapat nak membantah.

"Jom turun sarapan." Kami menuruni tangga dan bersarapan bersama-sama.

"Honey, oppa tak dapat lunch di rumahlah hari ini. Minta maaf sangat-sangat. Meeting tengah hari nanti. Han tak perlulah tunggu oppa ya?"

Aku hanya mengangguk dan menyerahkan beg bimbitnya. Aku menghantarnya ke muka pintu. Dia memandangku sayu sambil memuncungkan bibirnya.

"Bye~" Aku melambaikan tangan kepadanya. "Han lupa ya?" Dia mencebik. "Apa?" L dengan lajunya mencium dahiku lembut dan penuh kasih sayang.

"Berat hati oppa nak biarkan Honey oppa tinggal seorang diri."

"Oppa baik pergi kerja sekarang! Jangan cari alasan nak ponteng!"

"Araseo, I'm leaving now."

Kereta L pun meluncur laju ke bandaraya.

"Huh, masa untuk mengemas~!" Aku pergi ke bilik untuk mengambil pakaian kotor. Aku membawa turun bakul pakaian itu ke bilik cucian. Pakaian-pakaian itu aku masukkan ke dalam mesin basuh.

Tiba-tiba aku ternampak kemeja putih milik L yang dipakainya semalam. Fikiranku yang nakal ini mulai berfikir sesuatu. Aku memakai kemeja putihnya itu.

[L's P.O.V]

"Mesyuarat dibatalkan?!" Aku terkejut mendengar info yang baru di sampaikan oleh setiausahaku itu.

"Ya tuan. Tuan tiada apa-apa janji temu selepas makan tengah hari nanti. Esok pagi baru ada janji temu dengan Pengarah Jung."

"Itu sahaja?"

"Ya."

"Kamu boleh pergi sekarang. Oh lepas ini saya tak akan masuk ke pejabat lagi. Saya nak pulang ke rumah."

"Baiklah."

Setiausahaku pun beredar dari bilikku. Akhirnya, hari ini aku dapat berehat dirumah. Aku ingin memberi kejutan kepadanya.

~

"Ahjumma, bagi saya sejambak bunga mawar putih." Hannie kurang gemar dengan mawar merah sebab itulah aku sering memberinya mawar putih yang menjadi kesukaannya.

"Kamsahamnida ahjumma."

Aku meneruskan perjalanan lalu aku ternampak sesuatu. Aku terus tersenyum nakal. "Nampkanya hari ini akan menjadi sesuatu yang menarik."

Hello, Mr. Mystery! [Editing]Where stories live. Discover now