Neighbourhood.

587 39 0
                                    

"Annyeong oppa, Jonggie. Jaljayeo."

Hannie melambaikan tangannya kepada INFINITE mereka berpecah di simpang empat menuju ke kediaman masing-masing. Kyuzizi, Namu dan Yeollie ke selatan manakala Dino, Hoya dan Jonggie ke barat. Hanya L ke arah timur bersama Hannie. Rupanya L memang suka hidup bersendirian tapi dia sering juga datang menziarahi mereka.

"Han, hari ini oppa temankan Han balik rumah, ya?" Namu mula bermanja dengan Hannie si kekasih hati. Hannie merasa tidak selesa dengan ajakan itu. Dengan serta merta dia memberi alasan yang amat kukuh. "Oppa mianhae, Hannie ada banyak benda yang perlu dilakukan. Lain kali sahajalah, ya?" Hannie menunjukkan muka bersalahnya. Namu merasa agak kecewa dengan penolakan itu. Tapi akan dayanya untuk membantah. "Nae." Semua orang mula berpecah mengikut hala tuju masing-masing.

L hanya mendiamkan diri seribu bahasa. Hannie merasa sedikit kekok. Dia tidak tahu apa yang harus dibualkan sepanjang perjalanan mereka itu. Setelah agak lama berfikir Hannie mendapat satu idea. "L!" Hannie memanggil namanya dan mengejar dia dari belakang. L memberhentikan langkahnya dan menoleh. Kelihatan Hannie ingin mengatakan sesuatu kepadanya. Hannie memandangnya dengan senyuman,

"Awak tinggal di mana?"

"Pangsapuri di depan sana." L meneruskan langkahnya dan Hannie menurut sahaja di sebelahnya.

"OMO~ Jinja?" Hannie terkejut kerana tidak sangka bahawa dia tinggal 'sebumbung' dengannya.

"Hmm"

"Saya ingatkan awak tinggal di rumah teres bawah itu."

"Kenapa pula?" L memandang Hannie lama. Hannie agak terkejut dengan situasi itu. Dia cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke arah lain.

"Sebab saya tak nampak awak dua hari lepas."

"Huh?"

"Saya ada datang dua hari lepas jenguk rumah saya di pangsapuri itu."

"Hmm, jadi awak tinggal di pangsapuri itu juga?"

"Haah!" Hannie sungguh teruja mengatakannya. Dia sendiri tidak pasti mengapa. Hannie merasa hairan dengan dirinya sendiri.

"Baguslah." L seakan-akan berbisik.

"Nae?"

"Aniya."

Mereka tiba di pngsapuri dan memasuki lif untuk ke tingkat atas. Hannie menekan punat 5 untuk naik ke aras 5 di mana rumahnya berada."Boleh saya minta tolong?" Setelah lama membisu, Hannie membuka mulut lagi. Hannie tidak suka berada dalam keadaan yang amat jangal jadi dia akan cuba sedaya upaya untuk merapatkan dirinya dengan lelaki yang bernama L ini.

"Apa?"

"Saya baru di sini. Saya tidak biasa lagi dengan kawasan ini. Boleh awak tolong saya? Barang dapur saya langsung tak ada. Saya tak tahu pasaraya yang paling dekat di sini. Jadi..."

Pintu lif terbuka dan mereka berdua melangkah keluar. Hannie merasa sesuatu yang aneh tapi dia tidak begitu pasti. Mereka berbual di hadapan lif itu.

"Jadi awak nak saya hantarkan?"

"Lebih kurang begitulah. Awak tunjukkan jalan untuk saya, boleh?"

"Okay, bila?"

"Petang nanti! Saya akan telefon awak." Hannie menjadi makin teruja kerana L menerima pelawaannya itu. Hati Hannie meloncat girang.

"Hmm, okay. Tapi... awak adakah nombor telefon saya?"

"Tak ada, hehe." Hannie tersenyum kambing.

"Beri saya telefon awak."

L mengambil telefon bimbit yang dihulurkan oleh Hannie dan menaip sesuatu di atasnya. Selesai sahaja dia memulangkan semula kepada tuannya.

"Gumawo, sekejap. Awak tinggal di aras ini jugakah?" Hannie memandang L pelik dan penuh curiga.

"Ya."

"What a destiny. Haha."

Hannie dan L terus berjalan menuju ke rumah masing-masing. "Annyeong. See ya." Hannie melambaikan tangan kepada L yang bersedia untuk masuk ke dalam rumahnya manakala Hannie terus menuju beberapa langkah lagi.

***

'Hi babe, what are you doing?'- Namu.

'Doing my homework, oppa?'- Hannie.

'Thingking of you.'- Namu.

'Why? You should do something better than that.'- Hannie.

'Because I miss you of course. Let's date huh?'- Namu.

'Sorry oppa, I'm busy.'- Hannie.

'Ah~ It's okay. Just focus on it okay? Fighting! I love you <3'- Namu.

Hannie tersenyum memandang pesanan ringkas yang terakhir dihantar oleh Namu. 'I love you too oppa.' Hannie kembali fokus kepada kerjanya tadi. Dia perlu menyiapkan dengan segera kerana dia ada janji temu dengan seseorang pada petang itu. Dia tidak mahu lewat walau seminit pun.

~

Jam menunjukkan tepat 6 petang. Hannie kebetulan baru sahaja menyelesaikan semua latihan yang gurunya beri. Dia cepat-cepat mengemas buku dan barang sekolahnya sebelum melangkah keluar dari rumahnya. Perutnya juga sudah lapar. Hannie menekan loceng rumah L beberapa kali. Akhirnya, L keluar dengan pakaiannya yang serba hitam itu. Hannie memandangnya sedikit pelik. Mereka berdua turun ke bawah dan terus ke tempat meletak basikal. Mereka berdua telah merancang akan menaiki basikal bersama-sama.

"Ready?" L memberi isyarat.

"Yes!" Hannie mengangguk.

"Let's go!!"

Hannie dan L memecut laju ke arah jalan raya dan L berada di hadapan. Hannie sedaya upaya mengejarnya dari belakang. Malangnya dia tidak cukup tenaga untuk itu. Mungkin kerana lelaki mempunyai daya tahan otot yang kuat. Hannie membiarkan sahaja L berada dihapan. L kemudian menoleh kerana dia tercari-cari kelibat Hannie. Hannie hilang dari pandangannya. L memberhentikan kayuhannya. Dia mencari-cari keberadaan Hannie. Dia rasa gelisah dan menyesal kerana meninggalkan Hannie bersendrian. 'Hannie sesatkah? Dia bukan biasa lagi dengan jalan disini.'

Tiba-tiba dia melihat Hannie sedang mengayuh basikal ke arahnya sambil sebelah tangannya memegang ais krim. Hannie kelihatan gembira menikmati ais krimnya itu. L hampir tergelak melihat telatah Hannie yang tidak matang itu. 'Macam budak-budak.' L setia menunggunya di bawah pokok besar tepi jalan raya itu. Hannie masih menikmati kelazatan ais krim itu.

"Han pergi mana?"

"Tadi Han nampak gerai ais krim jadi Han ingat nak rasa sediki, lagi pun cuaca agak panas. Awaklah laju sangat tinggalkan saya! Nasib baik saya tahu awak lalu sini tadi. Hehe, nak rasa?"

"Tak apalah."

Mereka menyambung perjalanan mereka dan beberapa minit kemudian mereka tiba di destinasi. Hannie dan L memakir basikal mereka di tempat yang telah dikhaskan. L membawa Hannie masuk ke dalam pasaraya itu. Hannie meninjau-ninjau ke sekeliling pasaraya mini itu. Maklumlah Hannie jarang benar pergi ke pasaraya. Biasanya Irnie yang akan mengikuti ommanya pergi membeli barang dapur.

Hello, Mr. Mystery! [Editing]Where stories live. Discover now