lagu-lagu ni saya dengar time tulis fic ni. korang pun boleh dengar time baca jugak. ;D
♪Music Playlist♪ : https://www.youtube.com/playlist?list=PLmbmRvDWL-CwyF6CU-q7863Lr7Vi-4dnE"Happy birthday, Hayoung..."
Hayoung tersenyum riang apabila kata-kata itu diucapkan oleh sahabat baiknya merangkap rakan serumah. Dia berasa sangat terharu apabila Bomi terus mengucapkannya sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik Hayoung dengan membawa sebuah kotak berwarna ungu yang Hayoung kira ada sebiji kek di dalamnya. Namun, nada Bomi itu Hayoung rasakan sangat mendatar, tidak seperti Bomi yang selalunya ceria.
"Kenapa ni?" tanya Hayoung sebaik sahaja Bomi meletakkan kotak itu di sebelahnya lalu Bomi terus melontarkan dirinya ke atas katil. Hayoung memerhatikan Bomi yang memeluk bantal sambil menumbuknya di sebalik pantulan cermin meja mekap. Dia mengambil kotak itu setelah selesai memakai krim malam sebelum dia berjalan ke arah katilnya.
Hayoung duduk bersila, meletakkan kotak itu di tengah-tengah katil, iaitu di antara dia dengan Bomi yang sudah duduk bersila dan masih memeluk bantal dengan mulutnya yang muncung sedepa. Hayoung dapat melihat Bomi menutup mukanya dengan bantal apabila dia membuka kotak itu.
"Sorry. Kek tu dah hancur. Aku tak de duit nak beli yang baru." ucap Bomi perlahan.
Hayoung tersenyum, terharu dengan Bomi yang sanggup membelikan kek harijadi kepadanya. Tak kisahlah hancur pun, janji boleh dimakan.
"Terima kasih!" Hayoung terus memeluk Bomi sambil melompat-lompat. Dia tetap berasa gembira walaupun bentuk kek itu tidak serupa lagi dengan kek. Yang penting sahabatnya yang setia di sampingnya sejak kecil itu ikhlas dari hati.
"Sama-sama! Weh, lepaskan aku! Oksigen!" Hayoung melepaskan pelukannya yang ketat apabila Bomi menepuk belakangnya kuat-kuat.
"Aku dah tua..." Hayoung memalsukan esakan sambil mencuit sedikit kek ke dalam mulut. Sedap!
"Ceh, macam ejek aku je." Bomi menjeling lalu dia mencubit sedikit kek untuk dirasa. Dia mengangguk-angguk sambil mengulang perkataan delicious.
"Eh, terasa ke?" gelak Hayoung. "By the way, macam mana kek ni boleh jadi hancur macam ni?"
Bomi menghela nafas kasar dan menumbuk bantal itu sekali lagi. Hayoung hanya memerhati sahaja kerana dia tahu Bomi sedang menahan geram. Bomi kalau hendak lepas geram, apa-apa sahaja yang dicapai dalam lingkungan tangannya akan menjadi mangsa. Pernah ada seekor kucing kebetulan sedang tidur di bangku taman ketika mereka duduk relaks di situ. Tiba sesi meluahkan cerita, badan kucing itu spontan diramas. Akibatnya ada tiga garis cakar yang agak dalam diguris ke pipi Bomi. Itulah, lepas geram tak kena tempat. Kan dah kena.
"Ni semua salah monyet berlagak nak mampus tu!" bebel Bomi. Dia sempat menjerit bengang sebelum meramas-ramas rambutnya yang panjang mengurai.
"Okay, apa yang dia buat?" Tanya Hayoung meminta penjelasan. Kek hancur itu tetap dijamah dengan berselera.
"Dia langgar aku sampai kek ni terjatuh. Lepas tu dia tak nak ganti! Kau tau dia panggil aku raksasa?!" Jelas Bomi dengan dramatik.
"Raksasa? Memang padan pun. Hahahaha!" Ketawa Hayoung terbahak-bahak. Serupa benar gelaran itu dengan Bomi. Bomi walaupun bertubuh kecil, tenaganya mengalahkan kudrat lelaki. Memang padan pun dia digelar raksasa.
"Hoi!" Sergah Bomi yang mula buat muka cemberut tidak puas hati.
"Okay, okay, teruskan." Ketawa yang bersisa terpaksa disimpan dulu dek tidak mahu Bomi terasa hati. Dia memasang telinga untuk mendengar cerita Bomi.
"Lepas tu dia hina aku macam aku ni miskin sangat! Memang semua orang kaya berlagak macam dia ke? Eiii... bencinya aku!" Bomi menggoncang badan Hayoung sekuat hatinya. Mujurlah tilam ini empuk. Kalau atas lantai, habis lebam-lebam punggung Hayoung kena lenyek.
"Wei, aku bukan mamat tu. Dan aku tak nak mati lagi." Kata Hayoung selamba yang membuatkan Bomi pantas menghentikan tindakan spontan itu.
"Eh, sorry." Pinta Bomi tersipu-sipu. Hendak tergelak Hayoung tengok muka minta simpati Bomi. Kemudian, dia menepuk bahu Bomi sebelum tertawa.
“Macam mana kau tau laki tu orang kaya. Dia ada cakap yang dia tu orang kaya ke?”
“Aku boleh tahu lah dia tu orang kaya ke tak. Tengok muka je pun dah tahu. berlagak nak mampus. Macam mall tu dia punya je.” Jawab Bomi geram.
“Kalau betul dia punya?” Duga Hayoung.
“Sampai mati pun aku takkan jejakkan kaki aku kat mall tu!” Bentak Eunji. Masih lagi tidak puas hati dengan insiden sian tadi. Hayoung hanya mampu menggelengkan kepala. Biarlah gadis ini melepaskan geramnya.
"Hahaha.. Apapun terima kasih tau."
Mendengarkan ucapan terima kasih itu, wajah sugul Bomi kembali ceria. Tersengih-sengih. "Okay."
Setelah kek itu habis dijamah, mereka berdua bersiap-siap untuk tidur. Lebihan kek telah pun di simpan di dalam peti sejuk. Mana tahu esok-esok mereka mahu makan lagi. Hayoung sedang membaca ketika Bomi tiba-tiba sahaja mendesis terkejut tatkala menatap skrin telefonnya.
“Kau dah kenapa?” Soal Hayoung, mengerling ke arah Bomi yang membulatkan mata ke arahnya. Ini mesti ada sesuatu yang penting yang baru dia teringat sekarang. Tak dapat dinafikan bahawa Bomi pun agak pelupa juga. Selalunya Hayoung yang jadi tukang ingatkan kalau sindrom nyanyuknya sudah mari.
“Aku nak tanya, ada ke orang yang kita kenal kat mall tu?” Bomi kini duduk bersila menghadap Hayoung. Hayoung angkat kening. “Mall mana? Kat Seoul ni ada banyak mall. Cuba kau spesifikkan dengan koordinat sekali.”
Bomi mendengus geram lalu menampar lengan Hayoung. “Aku serius lah.”
Hayoung menahan gelak. Muka Bomi berubah kelat. Marah betul kalau diusik ketika dia sedang serius. “Aku pun serius jugak.”Apalagi, Bomi pun rancak bercerita tentang lelaki yang membelikan cheesecake untuknya.
“Yang peliknya macam mana dia boleh tahu nama aku?”
“Secret admirer kau kot?” Usik Hayoung.“Ish... Tak mungkinlah. Siapalah nak minat kat minah kilang macam aku ni. Lainlah kau. Kerja ofis, wartawan.” Kata Bomi dalam keluhan. Serentak Hayoung menggeleng sebelum bahu Bomi dipegang.
“Kerja kilang ke, ofis ke, kuli ke, tetap kerja kak oi. Nak cari duit. Tak perlu beza-bezakan. Kalau orang tu dah suka, tak adanya dia peduli kau kerja apa. Dia suka kat kau. Bukannya kerja kau.” Ujar Hayoung siap nasihat sekali.
Bomi mengunci mulut seakan-akan sedang berfikir. Apabila Hayoung menyergah barulah terkebil-kebil.
“Kau fikir apa tu?”
“Aku tengah imbas kembali siapa laki tu. Aku rasa macam pernah nampak. Tapi kat mana ek?” Bomi mula gigit kuku. Begitulah tabiatnya kalau sedang berfikir. Memang sukar untuk dibuang tabiatnya itu hingga habis buruk bentuk kukunya.
“Kau nak aku pergi siasat ke?” Tawar Hayoung acuh tak acuh. Padahal dia nak cover yang di sememangnya ingin tahu siapa yang baik sangat macam malaikat itu.
“Eh, tak payah nak menyibuklah. Kau buat kerja kau je.” Tingkah Bomi. Hayoung sekadar menjungkit bahu. Yang pasti dia akan siasat juga siapa lelaki tu. Mana boleh senang-senang je nak ngorat Bomi!
Langkah mayat aku dulu! Bila aku approve baru boleh dating!
A/n: thanks dah sudi baca. Jangan lupa vote!
![](https://img.wattpad.com/cover/81468151-288-k272084.jpg)
YOU ARE READING
[H] Antara Cheesecake dan Tiramisu | BAEKMI/EXOPINK
Fanfiction(HIATUS) [occasionally editing] "Aku tak pekaklah, raksasa." - Byun Baekhyun "Ni semua salah monyet berlagak nak mampus tu!" - Yoon Bomi Bomi gemarkan cheesecake sehinggakan dia sanggup berlapar semata-mata mahu makan sepotong ch...