Mimpikan Aku

173 24 1
                                    

lagu-lagu ni saya dengar time tulis fic ni. korang pun boleh dengar time baca jugak. ;D Playlist: https://www.youtube.com/playlist?list=PLmbmRvDWL-CwyF6CU-q7863Lr7Vi-4dnE

Sepatutnya semalam Junmyeon yang membawa Bomi pergi buat rawatan rambut dan badan ke salon dan pusat kecantikan. Akan tetapi, semalam juga dia punya meeting dengan client yang tidak boleh ditangguhkan ke hari lain kerana client itu merupakan orang yang ternama. Dan Junmyeon faham benar schedule orang yang ternama sebegitu. Sukar untuk mereka menyelaras semula jadual mereka kerana setiap masa mereka akan sibuk. Sudah kira bersyukur sebab client itu sendiri yang mahu bertemu dengan Junmyeon dan bukannya melalui pembantu dan setiausaha mereka seperti client-client lain.

Oleh sebab kesibukannya semalam, Junmyeon terpaksa meminta Baekhyun sendiri yang menguruskan hal Bomi pada hari itu. Tak sabar juga dia hendak melihat transformasi Bomi hari ini. Sengaja dia masuk lambat sedikit untuk memastikan Bomi telah sampai dan memulakan kerjanya.

Pada ketika Junmyeon menapak masuk ke Lavenda, dia bagaikan tidak percaya gadis beruniform ungu yang sedang mengelap meja itu adalah Bomi. Walaupun dari sisi, sudah terserlah kecantikan wajahnya yang polos itu sudah semakin berseri. Rambutnya yang telah bertukar warna gelap juga menambahkan keserian yang telah wujud.

Junmyeon terpaku, terpegun, terpukau dan terkesima. Entah kenapa dia tidak mampu untuk meneruskan langkah lagi. Lalu berdirilah dia menjadi patung di depan pintu sehingga loceng pintu berulang-ulang kali berdenting dan mengganggu keselesaan pelanggan lain.

Dan pada ketika Bomi melangkah dengan sepatu merah jambu ke arah Junmyeon, terasa telapak kaki seakan-akan telah digam ketat ke lantai, menyekat Junmyeon dari bergerak.

"Suho?" Suara Bomi yang nyaring tapi lembut melalui gegendang telinga tetapi Junmyeon kekal kaku. Seluruh fungsi badannya seolah-olah dalam mod rehat. Tidak mahu bergerak walaupun otak telah memberi arahan supaya pantas kabur dari situ. Apabila wajah yang jelita itu mendekat, Junmyeon rasa bagai dirinya sudah berada di awangan. Adakah Bomi pengganti kek tiramisu yang selama ini bisa membawa dirinya ke awangan?

"Junmyeon? Kau okey?"

Setiap huruf nama Junmyeon yang disebut oleh Bomi dirasakan bagai melodi di telinganya. Dan tanpa ada kawalan di setiap motor saraf, tangan Junmyeon bergerak sendiri, menyentuh rambut yang menutup dahi gadis itu. Dengan cermat, rambut lembut itu disisirkan ke belakang telinga.

Debaran di dada masih belum surut.

Bomi mengulum senyum bersama pipinya yang sudah memerah. Junmyeon turut tersenyum tanpa menyedari wajahnya juga sudah merah macam tomato.

"You look so beautiful." Terluah kata pujian itu dari mulut Junmyeon. Entahlah. Ringan pula mulut Junmyeon yang sedia maklum seorang yang berat mulut. Namun, kenyataannya memang Bomi nampak cantik hari ini.

"Thanks. Baekhyun yang bawak pergi treatment semalam. Cepat betul dah nampak kesan." Balas Bomi tersipu-sipu.

Mendengarkan nama Baekhyun, Junmyeon dengan perlahan-lahan menurunkan semula tangannya. Ah, ya. Dia sendiri yang menyuruh Bomi menjadi teman wanita sementara untuk Baekhyun. Mengapa pula perasaan itu muncul semula? Seharusnya perasaan ini diusir pantas. Kalau dibiarkan, akan menjalar dan merayap ke sanubari lalu memakan hati. Junmyeon harus berpijak di bumi yang nyata. Tidak sepatutnya dia mengkhianati saudaranya sendiri.

"Ehem."

Junmyeon dan Bomi serentak memandang ke arah munculnya suara berdehem itu. Berdiri di pintu masuk, Baekhyun memerhatikan mereka dengan riak wajah yang sukar untuk ditafsirkan.

🍰 🍰 🍰

Junmyeon telah membelikan sehelai dress yang fit dengan bentuk badan untuk Bomi. Pada mulanya Bomi mahu protes sebab dia kurang selesa kalau pakai baju yang macam tak cukup kain. Tapi Junmyeon tetap insist Bomi tampak anggun dan jelita menyarung busana mewah itu ke tubuhnya. Dan siapalah Bomi untuk menidakkan penyataan Junmyeon itu setelah dia melihat dirinya di pantulan cermin.

Dan kini mereka berada di depan blok apartmen Bomi dan masih berada di dalam kereta kerana masing-masing sukar mahu melepaskan diri dari pulang. Apa yang mereka lakukan hari ini sangat menyeronokkan. Lepas cari dress, Junmyeon bawa Bomi jalan-jalan ke pesisiran sungai Han, main badminton sampai basah satu badan dan tengok pertunjukan lampu yang hebat pada malamnya.

Apabila Bomi bertanya sama ada Junmyeon akan hadir ke majlis itu atau tidak. Jawapan yang diterima kedengaran kabur.

"I might go and I might not." Ujar Junmyeon. Walaupun begitu, nada suaranya kedengaran seperti dia telah muktamad tidak mahu muncul ke majlis itu. Arah mata tidak dihalakan ke arah Bomi. Sebaliknya memandang tepat ke depan, ke luar cermin kereta. Pandangan itu kosong sementara tangan diletakkan malas pada stereng kereta.

"Junmyeooooon." Rengek Bomi. Sorry Bomi mungkin kedengaran mengada-ngada tapi dengan Junmyeon memang Bomi mengada-ngada pun. Hahahahaha.

"Aku agak busy la Bomi. Kalau aku ada masa mungkin aku pergi la." Junmyeon beralasan tapi senyum tetap diukirkan meskipun jelas kelihatan kelat.

"Mana boleh mungkin-mungkin. Baekhyun tu sepupu kau kot. Party tu pun mak sedara kau yang anjur. Mustahil dia tak invite kau langsung. Is there any reason why?" Pujuk Bomi. Dia mahu sangat Junmyeon hadir ke majlis itu. Inilah peluang dia untuk melihat Junmyeon dalam sut tuksedo yang kemas dan bergaya. Barulah pemuda itu gaya seperti businessman. Selama ini mana ada Junmyeon nak berpakaian normal sebegitu. Cukup sekadar T-shirt dan seluar jeans sahaja berbanding sepupunya yang selalu berkemeja dan berkot, lengkap berpakaian pejabat.

Mulanya riak Junmyeon berubah sekilas. Tapi dia cuba untuk senyum agar nampak lebih ikhlas.

"Ada banyak sebab untuk aku tak pergi dan aku tak boleh beritahu kau sekarang, Bomi. Aku harap kau faham."

Bomi terdiam seketika mendengar penjelasan Junmyeon. Jelas sekali Junmyeon tidak mahu Bomi terlibat dengan apa sahaja masalah yang selama ini dipendam.

"It's okay, Junmyeon. Tak apa. Aku faham. Aku takkan paksa kau." Kata Bomi sambil cuba tersenyum. Tapi Bomi tahu dia juga memaksa senyum plastik. Entah Junmyeon sedar atau tak. Tangan Junmyeon yang masih berada di stereng diusap lembut sebelum dia buka pintu untuk keluar.

Baru sahaja tubuh hendak dianjakkan keluar dari kereta, Bomi terasa lengannya dipegang oleh Junmyeon. Lantas dia berpaling hanya untuk mendapati Junmyeon merenungnya dengan pandangan serius tapi sayu.

"Yes?" Tanya Bomi, menantikan apa sahaja yang bakal diucapkan oleh pemuda itu.

Raut wajah pemuda itu melembut lalu lengan Bomi dilepaskan. "Just want to say good night. Have a nice dream."

Spontan Bomi membalas senyum. Senyuman inilah yang dia nanti-nantikan. Senyum yang betul-betul ikhlas. Antara senyuman yang paling Bomi sukakan selama dia memerhatikan senyuman orang-orang di sekelilingnya.

"Okay, good night Junmyeon. Thanks untuk semua ni."

Junmyeon mengangguk dan Bomi menutup pintu kereta lalu berundur selangkah agar tidak menghalang jalan Junmyeon. Kereta Junmyeon dilihat sehinggalah kereta putih itu hilang dari pandangan.

Sambil menggigit bibir, Bomi memusing tumit, dalam hati mengulang semula kata-kata yang sepatutnya dia ucapkan kepada Junmyeon tadi.

"Good night, Junmyeon. Dream of me."

A/n: haaa amek triple update. Hohoho

[H] Antara Cheesecake dan Tiramisu | BAEKMI/EXOPINKWhere stories live. Discover now