Di Luar Jangkaan

197 19 0
                                    

a/n: chapter sebelum ni ada tambahan sikit. sila baca dulu eh? ;D

Beep! Beep! Beep!

Bunyi bingit itu memaksanya membuka mata yang berat. Saat mata terbuka, pandangannya diisi pula dengan visual yang berwarna putih. Siling. Dahinya spontan berkerut. Sakit, pening. 'Aku belum mati lagi?'

Tangan diangkat lalu kepala yang terasa sakit dipegang. Yang peliknya, apabila dia sentuh kepalanya, terasa bagai telah berbalutkan bandage. Tangan pula ada rasa sedikit kebas. Dijeling sedikit mengapa tangannya terasa lain macam.

Terpempan sekejap dia melihatkan wayar IV drip terlekat pada tangan. Otak terus ligat mengimbas semula memori yang menyebabkan dia terlantar di hospital. Namun, dia langsung tak ingat apa yang terjadi.

Setelah pemikirannya sudah jelas sedikit, barulah terlintas hendak menghubungi ahli keluarga. Tubuh digagahkan agar dia boleh duduk bersandar pada kepala katil. Kemudian, laci kecil di sebelah katil dia belek-belek, tapi tak jumpa langsung telefon bimbit atau barang-barang kepunyaannya melainkan pamphlet mengenai hospital ini. Terbeliak juga dia baca nama yang tertera di kertas bergrafik itu.

Park Royal Hospital.

Peh, bukan calang-calang hospital ni. Setahu dirinya, hospital ini merupakan antara hospital yang terbaik di rantau ini. Bukan itu sahaja, khabarnya hospital ini dimiliki oleh Park Group, iaitu syarikat yang dimiliki oleh keturunan diraja Park.

Tiba-tiba sahaja perut rasa memulas. Nak kentut, tapi tak keluar angin pulak. Bergegas dia turun dari katil meskipun terasa macam cyborg sedang cuba berjalan. Habis sengal-sengal seluruh sendi.

Mengeluh panjang juga dia dibuatnya kerana terpaksa heret sekali IV drip dalam tandas. Namun apa boleh buat. Urusan harus diselesaikan.

Setelah urusannya siap, terperanjat dia dibuatnya apabila mendapati seorang gadis sedang duduk menyilang kaki di hujung katil sambil tertunduk. Saat terdengarkan derapan kaki Luhan mendekatinya, gadis itu angkat kepala.

Luhan sekali lagi terpempan. Dia cam gadis ini.

"Awak yang buat kepala saya macam ni ke?! Awak pijak kepala saya sampai pecah ke?!" Telunjuk Luhan tegak tertunjal ke arah gadis itu.

"Hello? Excuse me! Apa hak awak nak tuduh saya tiba-tiba? Ada bukti ke? Awak kenal saya ke?" Gadis cantik itu tiba-tiba melenting. Kembang kempis hidungnya menahan marah.

"Awak ni yang karate lelaki mabuk kat restoran hari tu kan?" Terhambur soalan itu dari mulut Luhan. Dia masih ingat bagaimana gadis berpenampilan bimbo itu tiba-tiba berubah karakter menjadi ahli gusti pula. Yang di depannya ni pun, masih lagi berambut blonde tapi tubuhnya sama bersarungkan baju pesakit berwarna kuning air sepertinya.

"Saya tak kenal awak dan tak tau macam mana awak boleh tau pasal tu. But, saya bukan punca awak di sini." Jelas gadis itu yang akhirnya bernada tenang. Aik, cepat betul dia berubah emosi. Samalah dengan kehebatannya menukar karakter beberapa minggu lalu. Dia kemudiannya menyeluk saku seluar hospital yang tampak gelebeh di kakinya. Telefon bimbit dikeluarkan sebelum diberikan kepada Luhan.

"Nah, phone awak. Thanks dah pinjamkan pada saya." Kata gadis itu.

Luhan mengerutkan dahi. Telefon itu bertukar tangan. "Bila masa pulak saya bagi awak pinjam."

"Anggap saja saya dah selamatkan nyawa awak walaupun awak yang hentam kereta saya. Lepas ni tak payah nak tuduh saya bukan-bukan. Saya takkan belasah orang tanpa sebab walaupun saya ada tali pinggang hitam." Kata gadis itu berbaur amaran.

Lidah Luhan terkelu. Ingatan terakhirnya hanyalah pada ketika dia memandu secara santai sambil berbual di telefon bersama Naeun. Kebetulan dia berada di persimpangan lampu isyarat setelah dia menamatkan panggilan. Lampu isyarat masih hijau lalu dia pun tak ada niat langsung hendak berhenti memandangkan lampu hijau tandanya jalan. Namun apa yang tidak disangka keretanya telah merodok sebuah lagi kereta yang dipandu laju dari persimpangan di sebelah kiri.

[H] Antara Cheesecake dan Tiramisu | BAEKMI/EXOPINKWhere stories live. Discover now