Blame on You

191 15 2
                                    

Percikan air dari arca pancuran dekat dengan pintu keluar bahagian pesakit luar sedikit mengenai lengan baju Baekhyun ketika mereka berdua mengelak daripada dilanggar oleh katil pesakit. Katil pesakit diusung laju oleh jururawat dengan wajah gusar. Jelas sekali kes kecemasan. Sempat Baekhyun memeluk bahu Bomi agar mereka mengelak sama, supaya mereka berdua tidak sama dilanggar. Namun, bukan ucapan terima kasih yang diterima melainkan jelingan tajam bersama rengusan halus.

"Ish, raksasa ni. Orang tolong dia bukan nak cakap terima kasih." Omel Baekhyun yang membuntuti rapat Bomi yang maju dulu ke depan. Sengaja dia lontarkan nada lebih tinggi agar gadis itu dapat diusik.

Kepala Bomi spontan berpaling ke belakang. Masih mengekalkan raut masam, bibirnya terkutap-katup mengatakan sesuatu. Tapi akibat jarak mereka yang agar jauh, membuatkan Baekhyun tidak jelas dengan apa yang diucapkan oleh gadis itu.

"Apa?" Baekhyun bertanya sepatah seraya menggandakan langkah. Bomi sudah pun berdiri depan pintu lif yang baru saja terbuka.

"Terima kasih, monyet." Ulang Bomi senada. Laju saja kakinya melangkah masuk.

Baekhyun boleh pula terpegun macam patung. Sengihan melebar sementara diri tersipu malu. Sampaikan pintu lif hendak tertutup baru dia perasan yang dia boleh pula melangut di situ.

Terasa tangan direnggut kuat. Tubuhnya terdorong ke depan memasuki ruang lif yang kosong. Dilihat tangannya dipegang kemas sementara gadis itu menekan butang.

Bomi berundur setapak ke belakang. Baekhyun membiarkan sahaja tangannya terus dipegang. Senyuman tadi wujud kembali.

Oh, betapa indahnya hari ini.

Dah beberapa saat berlalu barulah Bomi kelam kabut hendak lepaskan tangan. Takkan sewenang-wenangnya Baekhyun akan melepaskan. Lalu tangan lembut gadis itu Baekhyun genggam. Jelingan tajam diraih lagi.

"Lepaslah, monyet." Suruh Bomi bernada geram. Dia cuba meronta-rontakan tangannya, tapi Baekhyun tetap menggenggam tangannya.

"No chance. Kau yang pegang tangan aku tak lepas-lepas." Usik Baekhyun bersama sengihan sampai ke hujung telinga.

Semerta Bomi nampak bengang dengan pipi yang berona merah. Matanya melilau ke arah lain. Tak berani lah tu nak tengok muka Baekhyun yang handsome ni. "I was- Aku tak sengaja okey. Kau tu pegi jadi patung depan lif kenapa? Nak kena tinggal?"

Dipandangnya Bomi bersama senyuman segaris yang panjang. "I can take another elevator?"

Langsung Bomi terdiam. Tangannya tidak lagi bergelut minta dilepaskan. Baekhyun masih senyum. Gembira. Bahagia. Dunia ini hanya milik kita berdua!

Ha! Raksasa dah kalah!

🍰🍰🍰

"Aku rasa Chorong dah tahu pasal kita."

"Pasal kita couple? Of courselah dia tahu." Lancar saja Bomi menuturkan perkataan couple itu. Apabila dia mendongakkan kepala, memang sudah dia jangka senyuman yang bertandang di bibir Baekhyun. Ish, suka sangat egonya dipuaskan. "What I mean is, you and I are -"

"No need to explain that part. Like you said, everyone knew about us." Selamba saja Baekhyun membuat konklusi muktamad.

Ini membuatkan Bomi buka mulut mahu protes. Tak setuju yang Baekhyun lebih menerima konteks couple berbanding girlfriend kontrak. Fakta yang cuba difabrikasi demi kepentingan yang entah apa pun Bomi tak tahu menahu langsung.

"But, Chorong ni lain. Untuk pengetahuan kau, the reason I want you to be my girlfriend adalah kerana papa mahu jodohkan aku dengan dia." Ujar Baekhyun, menyambung semula topik perbualan yang dia mulakan tadi. Mihun goreng di pinggan hanya dikuis-kuis dengan hujung garpu. Padahal masih berbaki separuh.

[H] Antara Cheesecake dan Tiramisu | BAEKMI/EXOPINKWhere stories live. Discover now