lagu-lagu ni saya dengar time tulis fic ni. korang pun boleh dengar time baca jugak. ;D
♪Music Playlist♪ : https://www.youtube.com/playlist?list=PLmbmRvDWL-CwyF6CU-q7863Lr7Vi-4dnEDengan cermat Junmyeon menghalakan sudu kecil itu dekat dengan bibirnya sebelum menyuapkan kek tiramisu itu ke dalam mulut. Sebaik sahaja dia menyuapkan kek itu, dia memejamkan mata, menghayati rasa yang lemak manis itu mencair di dalam mulutnya. Pada masa yang sama, dia dapat merasakan tubuh badannya menjadi sangat ringan. Dia juga dapat merasakan kakinya terapung ke udara apabila hembusan lembut meniup dirinya. Lantas, dia mendepangkan tangan, merasakan dirinya kini sedang berada di awangan. "Aku sedang terbang!"
Klang!
Bunyi hentakan objek kaca dengan objek seramik itu terus mengejutkan Junmyeon. Tidak semena-mena khayalannya yang sedang mengalami fenomena anti graviti itu terus lesap dan diganti dengan imej Baekhyun yang masam mencuka sambil mulutnya terkumat-kamit.
Dia dapat melihat Baekhyun menghempaskan punggung di atas kerusi di hadapannya sebelum dia menaikkan kening. Jarang sekali dia lihat Baekhyun berwajah bengang sebegitu kerana biasanya sepupunya itu selalu sangat tersenyum walaupun adakalanya dia suka tersenyum sendirian hinggakan Junmyeon dapati Baekhyun seorang yang agak menakutkan. Entah apa yang dia fikir sampai duduk sendirian pun boleh senyum sendiri.
"Kau dah kenapa?" Soalan Junmyeon mungkin macam dia malas hendak melayan Baekhyun tapi maknanya amat mendalam iaitu siapa yang dah menghodohkan muka kau yang sememangnya hodoh ni. Tapi Junmyeon takkan cakap begitu kerana bila-bila sahaja kedai kek miliknya boleh di sita oleh Baekhyun. Junmyeon meletakkan semula sudu kecil itu di atas piring yang masih ada kek tiramisu yang baru sedikit dicuit. Dia berasa sedikit tidak senang kerana Baekhyun baru sahaja mengganggunya ketika dia baru hendak mendapatkan feel betapa sedapnya kek tiramisu yang dia makan.
"Kau tengok ni." Baekhyun terus meletakkan sebuah telefon pintar yang skrinnya sudah retak teruk di tengah-tengah meja.
Junmyeon mencapainya lalu mengerling kepada Baekhyun yang mula menyuap kek tiramisu yang dia baru ambil ke dalam mulut dengan gelojoh. Patutlah Baekhyun nampak bengang. Rupanya barang kesayangannya sudah rosak. Junmyeon tahu sangat telefon itu sangat berharga kepada Baekhyun kerana ia merupakan hadiah daripada mendiang bapa saudara mereka beberapa tahun lepas. Iaitu sebelum bapa saudara mereka itu meninggal dunia. Junmyeon pun masih simpan hadiah pemberian yang sama. Sayang pula hendak digunakan. Jadi dia simpan baik-baik di dalam laci dalam bilik.
"Aku benci dengan raksasa tu! Dia lah yang rosakkan handphone aku!" Gumam Baekhyun sambil menggigit sudu kecil. Junmyeon sempat terfikir, tak sakit ke gigi dia?
"Raksasa mana pulak ni?" tanya Junmyeon lalu menghulurkan semula telefon itu kepada Baekhyun. Baekhyun mengambilnya dan meletakkannya disebelah piring.
"Perempuan mana entah! Dia yang langgar aku, lepas tu nak salahkan aku pulak!" Bebel Baekhyun lagi. Junmyeon memerhatikan benjolan di dahi Baekhyun yang agak besar. Patutlah...
"Aku rasa kau memang bernasib malang dengan perempuan." Ejek Junmyeon. Dia sedang menghirup secawan kopi apabila dia teringat yang Baekhyun yang dia kenali memang sukar untuk bergaul dengan perempuan. Ditambah lagi dengan perangai dia yang berlagak itu, memang perempuan sangat menyampah dengan Baekhyun. Tapi hanya ada satu orang perempuan sahaja yang boleh tahan dengan kerenah Baekhyun, iaitu kawan baik mereka, Naeun.
"Grr... Dia tak habis-habis mintak aku ganti kek dia! Miskin sangat ke perempuan tu sampai nak paksa-paksa aku! Argh!!! Geramnya!" Baekhyun menarik-narik rambutnya yang cantik bergaya dan kini rambutnya saling tidak tumpah seperti sarang burung.
"Okay. Kau dah boleh stop bebel. Aku nak sambung makan kek tiramisu kegemaran aku." kata Junmyeon lalu terus memakan kek tiramisu yang terbiar sejak tadi. Baekhyun pula mengetap gigi, berasa geram kerana Junmyeon tidak lagi mahu mendengar aduannya lalu turut menjamu kek tiramisu kegemarannya.

YOU ARE READING
[H] Antara Cheesecake dan Tiramisu | BAEKMI/EXOPINK
Fanfiction(HIATUS) [occasionally editing] "Aku tak pekaklah, raksasa." - Byun Baekhyun "Ni semua salah monyet berlagak nak mampus tu!" - Yoon Bomi Bomi gemarkan cheesecake sehinggakan dia sanggup berlapar semata-mata mahu makan sepotong ch...