lagu-lagu ni saya dengar time tulis fic ni. korang pun boleh dengar time baca jugak. ;D
♪Music Playlist♪ : https://www.youtube.com/playlist?list=PLmbmRvDWL-CwyF6CU-q7863Lr7Vi-4dnESeperti yang telah dijanjikan, Junmyeon akan memperkenalkan gadis yang bakal menjadi 'teman wanita' Baekhyun pada tengah hari ini di Lavenda. Cappucino dicicip tenang, sabar menanti Junmyeon yang pergi mencari bakal 'teman wanita' Baekhyun di dapur. Sedangkan hatinya berdebar juga sebenarnya. Ingin dia tahu juga bagaimana rupa gadis itu. Tinggi ke katik? Kurus ke tembam? Rambutnya warna apa? Perangainya macam mana? Rasa ingin tahunya lebih teruk berbanding waktu dia pergi blind date. Harapnya kali ini berjaya. Memandangkan tinggal tiga hari sahaja lagi sebelum majlis ulangtahun perkahwinan ibu bapanya akan berlangsung, rasanya waktu yang singkat ini perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya. Mungkin untuk mengenali hati budi masing-masing? Cewah!
Seminit berlalu, Junmyeon muncul dari balik pintu berseorangan. Baekhyun sekadar angkat sebelah kening, bingung mengapa Junmyeon seorang yang berjalan ke arahnya. Cawan cappucino diletak semula. Bertopengkan wajah tenang, dia akui sedikit hampa kerana tiada siapa di sisi Junmyeon.
"Kejap lagi dia datang hidangkan kek. Dia masih potong kek kat dalam." Maklum Junmyeon sejurus dia melabuhkan punggung di kerusi bertentangan. Tersengih-sengih macam nak mintak kaki.
Belum sempat Baekhyun buka mulut untuk melontarkan komen, Junmyeon memotong kata dulu. "Ah, inilah dia!"
Seorang gadis berambut panjang paras pinggang dan bertocang satu menuju ke arah mereka dengan menatang dulang berisi beberapa minuman, kek tiramisu dan kek keju. Warna merah jambu rambut gadis itu membuatkan Baekhyun mengecamnya sekali pandang. Kedua-dua mereka bertikam pandang.
Sekelip mata sahaja gadis itu sampai ke meja mereka dan Baekhyun dihadiahkan dengan jelingan maut. Dua keping kek tiramisu dihidangkan kepada Baekhyun dan Junmyeon setiap seorang. Depan Baekhyun, bukan main lagi gadis itu menjeling tajam. Tapi bila depan Junmyeon dia punya senyum kalah malaikat.
Amboi ini permainan kau, ya?
Sebaik sahaja gadis itu melabuhkan punggung di kerusi sebelah Junmyeon, Baekhyun pun mengukir senyum paling manis yang bisa menerangi seluruh angkasa. Cewah!
"Baek, kenalkan, ini Bomi." Junmyeon melakukan benda paling asa untuk memperkenalkan diri mereka. "Bomi, ni Baekhyun, sepupu aku."
Senyuman masih lagi Baekhyun kekal walau terasa otot pipi mulai kejang dengan ketidakikhlasannya. Bomi tampak terkedu saat mendengarkan informasi bahawa Baekhyun dan Junmyeon punya pertalian darah. Pada ketika Junmyeon mula melalut bercerita bagaimana dia dan Bomi saling mengenali, Baekhyun hanya memandang kosong. Apa yang keluar dari mulut Junmyeon hanya masuk ke telinga kanan lalu keluar ke telinga kiri. Persoalan paling penting di sini ialah mengapa harus Bomi?
Di bawah meja, Baekhyun tiba-tiba terasa pangkal betisnya ditolak kasar oleh kaki Bomi. Baekhyun menjegilkan mata tapi Bomi membuat isyarat mata ke arah kek tiramisu yang belum sempat terusik. Kek keju di piring Bomi pula sudah tinggal suku. Pasti gadis itu juga sudah tidak tahan dengan cerita Junmyeon yang bertambah panjang. Kalau ditaip, memang boleh terbitkan sebuah novel.
"So, kau setuju kalau Bomi jadi girlfriend kau?" Pertanyaan Junmyeon menangkap Baekhyun tanpa sengaja sehingga Baekhyun jadi terpempan. Sebabnya, pada masa yang sama, Baekhyun sedang membalas perlakuan Bomi tadi dengan memijak kasut gadis itu. Mujurlah Bomi memakai kasut bertutup.
"Uh... Um..." Entah apa yang harus dijawab oleh Baekhyun sebab sekarang ini dia sedang menahan pedih setelah tulang ketingnya disepak kuat oleh Bomi. Fikirannya hanya penuh dengan awan putih polos tanpa sebarang idea walaupun Junmyeon sedang memandang aneh ke arahnya.
YOU ARE READING
[H] Antara Cheesecake dan Tiramisu | BAEKMI/EXOPINK
Fanfiction(HIATUS) [occasionally editing] "Aku tak pekaklah, raksasa." - Byun Baekhyun "Ni semua salah monyet berlagak nak mampus tu!" - Yoon Bomi Bomi gemarkan cheesecake sehinggakan dia sanggup berlapar semata-mata mahu makan sepotong ch...