2076.
Nombor yang tertera pada kertas kecil itu dilihat dengan mata yang semakin berat. Gilirannya masih jauh. Angka di papan elektronik masih lagi mengekalkan nombor 2041. Entah kenapa lama sangat. Ambil ubat saja kot. Dah berapa kali Bomi menguap pun dia dah tak ambil kira. Dua tiga hari ini bukan main lagi penatnya. Lepas kelas, dia kena pergi kerja. Balik kerja pula, terus ke hospital untuk melawat abangnya. Petang nanti Luhan dah dibenarkan untuk pulang ke rumah. Oleh itu, Bomi harus ke kaunter farmasi untuk mengambil ubat abangnya.
Junmyeon masih tidak tahu tentang kecelakaan yang menimpa abangnya. Apa agaknya reaksi Junmyeon kalau dia tahu? Adakah Junmyeon akan datang melawat? Adakah mereka akan cuba memulihkan hubungan mereka yang keruh?
Aduhai... bilalah Bomi boleh pulihkan hubungan mereka berdua. Nak juga kembali macam masa sekolah dulu. Ke mana-mana saja mesti bertiga. Tapi dengan life Bomi yang mula kusut ni, baik Bomi selesaikan yang depan mata dulu. Mujurlah Chorong tak mahu ganti rugi. Urusan insurans dan laporan polis telahpun di uruskan oleh adiknya, Chanyeol.
Hayoung tak dapat menemaninya hari ini kerana banyak stok pakaian baru sampai di butik tempat kerjanya. Hanya Naeun saja yang kerap datang berkunjung membawakan makanan kepada abangnya. Curiga juga dia dengan hubungan mereka. Namun, setelah ditegaskan mereka hanya berkawan, Bomi dah malas nak menyakat.
Baekhyun pula memang dah lama tak datang. Dia datang pun masa hari pertama Luhan ditahan di hospital. Lepas tu tak ada pula dia datang melawat. Di Lavenda pun dia tak singgah sewaktu shift kerja Bomi. Call pun tak. Mesej pun tak.
Rindu?
Adalah sikit. Rindu nak gaduh dengan si Monyet tu.
"Oh! Bomi!" Teguran itu membuatkan Bomi tersentak dari lamunannya. Habis hilang bayangan si Monyet itu dari kotak fikirannya. Berkaca mata tebal, seorang pemuda berkot makmal putih berdiri di sebelah tempat duduknya. Senyuman mesra tak lekang dari bibirnya.
"Ermm... siapa ek?" Bomi memang tak cam siapa pemuda yang menegurnya.
Kaca mata itu ditanggalkan. "It's me. Minhyuk. Relatives Baekhyun. Remember?"
Terbeliak Bomi melihat wajah Minhyuk yang tiba-tiba jadi tampan lepas dia tanggalkan kaca mata. Kalau dia kenakan kaca mata, memang nampak smart tapi kalau tak pakai, peh, 100 kali ganda handsome dari Baekhyun. Namun, masih tak boleh dibandingkan dengan Junmyeon.
"Ah! Saya ingat! Apa awak buat kat sini?" Seraya Bomi bangun sebagai tanda hormat. Tapi ditahan oleh Minhyuk yang menyentuh sebelah bahunya. lalu Bomi kekal melabuhkan punggung di kerusi plastik itu sementara Minhyuk mengambil tempat di sebelahnya.
"Saya doktor kat sini. Awak pulak buat apa kat sini?"
Whoa... doktor? Memang tak sangka langsung.
"Saya nak ambilkan ubat untuk abang saya. Dia kemalangan tiga hari lepas. Petang ni dah boleh balik." Jelas Bomi. Minhyuk menunjukkan riak simpati seraya tangan Bomi ditepuk lembut. "I'm sorry to hear that. Harap abang awak cepat sembuh. Boleh saya tahu macam mana abang awak kemalangan?"
Dari mula sampai habis Bomi ceritakan alkisah kemalangan yang menimpa abangnya hingga ke hari dia dimasukkan ke hospital. Minhyuk setia mendengar dan memberikan reaksi yang sepatutnya. Sekejap dia angguk kepala, sekejap dia tertawa, sekejap dia hanya mendiamkan diri memasang telinga.
Terlintas satu persoalan yang hanya Minhyuk sahaja yang punya jawapannya. "Boleh saya tanya awak something tak?"
"Boleh je. Tak ada hal."
"Since awak ni relatives Baekhyun, awak kenal ke dengan Park Chorong? Dialah yang kemalangan sama dengan abang saya."
Muka Minhyuk nampak terkejut bukan kepalang. "Betul ke ni? Kenapa saya tak tahu apa-apa ni? Ni mesti sebab saya busy sangat dengan kerja. Yes. Saya kenal dengan Chorong tu. Dia salah seorang board director hospital ni besides me."

YOU ARE READING
[H] Antara Cheesecake dan Tiramisu | BAEKMI/EXOPINK
Fanfiction(HIATUS) [occasionally editing] "Aku tak pekaklah, raksasa." - Byun Baekhyun "Ni semua salah monyet berlagak nak mampus tu!" - Yoon Bomi Bomi gemarkan cheesecake sehinggakan dia sanggup berlapar semata-mata mahu makan sepotong ch...