lagu-lagu ni saya dengar time tulis fic ni. korang pun boleh dengar time baca jugak. ;D
♪Music Playlist♪ : https://www.youtube.com/playlist?list=PLmbmRvDWL-CwyF6CU-q7863Lr7Vi-4dnEHubungan Junmyeon dengan pekerja barunya memang membuatkan Naeun berasa sebal. Mana taknya, dia baru sahaja dapat tahu bahawa gadis bernama Bomi itu merupakan kawan satu sekolah Junmyeon dulu. Bagaimana Naeun boleh tidak tahu menahu langsung, padahal dia telah mengenali Junmyeon sejak mereka bayi lagi. Mungkin juga mereka berkawan ketika Naeun bersekolah di luar negara untuk sekolah tinggi. Dalam tempoh tiga tahun itu entah apa yang Junmyeon lalui tanpa Naeun di sisi. Pernah mereka menjalani hidup sebagai pasangan kekasih. Tetapi hubungan itu tidak kekal lama apabila Naeun sekali lagi keluar negara untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah pula. Walaupun tempoh itu tidak lama, cukuplah Naeun akui bahawa hatinya telah dicuri oleh Junmyeon dan tidak mungkin dikembalikan hingga kini.
Hujung minggu ini dia telah dijemput oleh ibu bapa Baekhyun untuk menghadiri majlis ulangtahun mereka di sebuah hotel terkemuka. Bingung juga memutuskan sama ada dia patut menghadiri majlis itu sendirian atau berteman? Kalau dia membawa teman pasti ibu Baekhyun akan terasa sebab terang-terangan Naeun telah menolak hajatnya untuk menjodohkan Naeun dan Baekhyun. Tapi lebih baik jujur dari berpura-pura. Biar mereka tahu bahawa Naeun masih mencintai Junmyeon. Bagaimanapun, tahukah Junmyeon bahawa Naeun masih mencintai dirinya?
Naeun menghela nafas panjang, membujuk hati agar melupakan seketika kemelut di jiwa. Tangannya memusing kunci untuk menghidupkan enjin. Berkali-kali dia putarkan kunci tapi tidak juga enjin keretanya berfungsi.
Tap! Tap!
Kepalanya tertoleh ke arah cermin pintu apabila menyedari cermin itu diketuk dari luar. Lampu terang tempat parkir basement membantunya melihat seorang pemuda berwajah comel dan feminin memandangnya bimbang. Lantas Naeun buka pintu kereta.
"Kenapa ni? Kereta tak boleh hidup?" Tanya pemuda itu. Suaranya lembut dan sedap di dengar di telinga dan Naeun mendapati dirinya tertarik dengan suara itu.
"Haah. Dari tadi saya cuba hidupkan. Tapi fail." Maklum Naeun di sebalik daun pintu. Pemuda itu mengangguk sekali.
"Awak bukak bumper depan. Biar saya tengok enjin." Ujar pemuda itu sebelum berlalu ke hadapan kereta milik Naeun. Akur dengan permintaan pemuda itu, Naeun juga turut keluar dari kereta untuk melihat apa yang pemuda itu sedang lakukan.
"Bateri awak dah habis ni. Dah berapa lama awak tak tukar?" Katanya yang sibuk membelek-belek bahagian enjin selepas bumper kereta berwarna merah itu di naikkan.
"Nak kena tukar ke?" Naeun bertanya bingung. Pemuda itu hanya tersenyum kecil.
"Awak tunggu kejap ya?"
Naeun menganggukkan kepala, melihat pemuda itu berlari anak ke sebuah kereta berwarna biru. Kemudian kereta itu dipandu lalu diparkir sebelah kereta Naeun. Pemuda itu keluar dari keretanya dan berlari ke but belakang, mengeluarkan dua wayar lingkaran panjang yang punya penyepit tirus di hujung.
Selepas itu, pemuda bertubuh kecil itu mendekati enjin kereta Naeun untuk mengapit penyepit tirus pada bateri kereta. Hujung wayar lingkaran dibawa ke keretanya sendiri lalu dijepit pada bateri keretanya sendiri.
"Awak boleh standby dalam kereta untuk hidupkan enjin. Kalau saya suruh, awak start enjin, okay?"
"O-okay." Jarang sekali Naeun dalam situasi sebegini. Selalunya kalau kereta buat hal, dia terus panggil mekanik bawa trak tunda. Lepas tu dia akan call chauffer untuk menjemputnya pulang. Lain pula dengan situasi hari ini. Belum sempat dia panggil mekanik, sudah ada orang yang membantu. Memang hari ini hari bertuahnya.
Dekat setengah jam juga mereka mengerjakan bateri kereta. Cubaan terakhir menghidupkan enjin membuahkan hasil akhirnya.
"It should be fine in an hour or two. Just make sure not too drive too fast. Takut casnya cepat drain pulak." Nasihat pemuda itu. Kepala Naeun mengangguk faham sebelum tangannya menyeluk tas tangan untuk mengambil dompet.
"Awak, ni untuk awak. Terima kasih dah tolong saya." Ucap Naeun ikhlas. Not $100 dihulurkan kepada pemuda itu tapi tak juga bersambut.
"Tak pe lah awak. Saya ikhlas tolong awak." Tolak lelaki itu segan. Dia pantas berpaling tubuh untuk berpatah balik ke keretanya. Sebelum pemuda itu melangkah jauh, Naeun memegang lengan pemuda itu bagi menghalangnya pergi.
"Please. I insist." Desak Naeun. Wang tadi ditekan ke tangan pemuda itu yang nampak terkejut. Tanpa disangka-sangka terbit sebuah senyuman manis di bibir pemuda itu.
"Okay. If you insist." Kata pemuda itu lalu merenung wajah Naeun. Mata Naeun lantas terkebil-kebil lalu dia melepaskan lengan pemuda itu. "Tapi saya nak tau nama awak."
Terpempan dengan permintaan pemuda itu, Naeun turut mengulum senyum. "Nama saya Son Naeun."
"Luhan." Tutur pemuda itu. Cepat-cepat dia menyeluk saku seluarnya bagi mengeluarkan dompet. Kemudian dari dompet itu dikeluarkan pula sekeping kad berwarna hijau lalu diberikan kepada Naeun.
Naeun menyambutnya sebelum kad itu diteliti. LH Mechanics. Sebuah senyuman dilemparkan tanda penghargaan.
"Kalau kereta awak rosak lagi, datang je ke kedai saya. Saya jamin saya akan beri diskaun." Kata Luhan lagi.
Naeun ketawa kecil. "Kalau macam tu, saya mintak diri dulu ya. Terima kasih, Luhan."
"Sama-sama." Balas Luhan.
Naeun masuk semula ke keretanya. Sebelum beredar sempat dia melambaikan tangan ke arah Luhan. Lambaian itu bersambut dengan senyuman yang sangat menawan.
🍰 🍰 🍰
Sebaik sahaja Naeun berlalu pergi, telefon bimbit Luhan menjerit nyaring. Sambil mengeluh, dia angkat panggilan. Pada masa yang sama, sebelah tangannya mengelap dahi menggunakan tisu.
"Kau dah sampai ke?" Tanya adiknya.
"Dah. Berzaman aku tunggu." Sahut Luhan. Penjepit di simpan semula ke dalam bonet kereta. Bumper depan ditutup balik.
"Kejap. Tengah jalan nak ke pintu. Okay. Dah nampak dah."
Luhan sekadar memandang kosong ke arah adiknya yang sedang berlari-lari anak dari pintu automatik yang menghubungkan eskalator dan basement. Pintu kereta dibukakan buat adik kesayangan.
"Kau dah kenapa muka ada hitam-hitam ni?" Soal Bomi sebaik sahaja dia di depan Luhan. Sambil melihat ke pantulan cermin kereta, Luhan mengelap bahagian wajah yang masih kotor.
"Tadi tolong awek cas bateri." Balas Luhan ringkas. Ditenyeh-tenyeh dahi yang masih kekal ada kesan minyak gris. Bomi menyeluk beg tangannya untuk mengeluarkan sepaket tisu basah lalu dihulurkan kepada Luhan. Luhan menyambutnya dengan senang hati. Sekali usap, hilang terus kesan gris yang begitu degil. Barulah nampak kacak dan tampan wajahnya kini.
"Bila masa lah abang aku ni ada awek?" Perli Bomi setelah dia memasukkan semula tisu basah tadi ke dalam beg tangan.
"Eh budak ni. Aku debik karang." Marah Luhan berpura-pura mahu mengetuk kepala Bomi. Tapi gadis itu pantas masuk ke dalam kereta. Lidah menjelir mengejek.
"Jomlah. Aku dah lapar sangat dah ni." Ajak Bomi tidak sabar setelah cermin kereta diturunkan. Luhan hanya mampu menggelengkan kepala.
"Ai, bukan kau kalau dah dapat cheesecake benda lain tak makan pun tak apa ke?" Sindir Luhan pula. Pantas dia menuju ke tempat duduk pemandu. Enjin yang masih hidup
"Itu hari lain. Hari ni walaupun aku dah makan cheesecake, aku tetap nak makan benda lain." Balas Bomi ceria. Muka menyampah Luhan dia buat tak peduli.
a/n: double update! pasal cas kereta tu saya tak pasti dia punya teori. tapi tu based on my experience. jadi, ada benda yang tak tepat gitu. how's your opinion about this story? do you like it? any suggestion i can improve? by the way, lots and lots of thanks to all of you! <3
YOU ARE READING
[H] Antara Cheesecake dan Tiramisu | BAEKMI/EXOPINK
Fanfiction(HIATUS) [occasionally editing] "Aku tak pekaklah, raksasa." - Byun Baekhyun "Ni semua salah monyet berlagak nak mampus tu!" - Yoon Bomi Bomi gemarkan cheesecake sehinggakan dia sanggup berlapar semata-mata mahu makan sepotong ch...