lagu-lagu ni saya dengar time tulis fic ni. korang pun boleh dengar time baca jugak. ;D
♪Music Playlist♪ : https://www.youtube.com/playlist?list=PLmbmRvDWL-CwyF6CU-q7863Lr7Vi-4dnELangkah Bomi kini disulami keyakinan dua ratus peratus. Setelah menelefon abangnya malam semalam, dia amat pasti kini yang dia sebenarnya kenal dengan lelaki itu. Junmyeon. Kim Junmyeon. Rakan dia dan abangnya ketika mereka di sekolah tinggi. Teman mereka yang selalu mengajak mereka ke karaoke selepas sekolah dan teman mereka melepak sampai pagi di restoran pakcik Jung sampai kena halau setiap kali restoran hendak tutup.
Setelah tamat sekolah tinggi, abang Bomi, Luhan melanjutkan pelajaran ke universiti dalam bidang automotif sementara Junmyeon telah terbang ke luar negara untuk belajar di akademi Ivy League. Tinggallah Bomi yang terkontang-kanting menamatkan sekolah tinggi tanpa kehadiran Luhan dan Junmyeon. Bosan memang bosan tapi apa boleh buat. Disebabkan Hayoung bersekolah di sekolah swasta, susah juga mereka hendak berjumpa. Bila Junmyeon dan Luhan sudah tiada, barulah hubungan Bomi dan Hayoung makin erat. Lepas habis sekolah mereka pasti akan meluangkan masa bersama-sama. Kadang-kadang rasa bersalah juga sebab Hayoung telah dianggapnya sebagai pengganti kepada Junmyeon. Tapi, untuk sedapkan hati, dia berfikir apa salahnya dia menggantikan Junmyeon dengan Hayoung. Lagipun, sejak kecil lagi dia berkawan dengan Hayoung. Kalau nak dibandingkan dengan Junmyeon, lagi lama dia sudah kenal dengan Hayoung.
Kini apabila sudah lima tahun berlalu, tidak disangka pula dia akan dipertemukan semula dengan Junmyeon. Padahal Luhan sendiri pun langsung tak punya idea yang Junmyeon telah kembali ke Korea. Bila diberitahu malam tadi, memang terkejut besar abangnya itu. Namun, langsung tak ada inisiatif oleh abangnya untuk bertemu Junmyeon. Mahu juga Bomi melihat mereka berbaikan sepertu dulu. Bagaimanapun, Bomi tahankan dulu niat itu sebab dia mahu pastikan lelaki itu benar-benar Junmyeon. Tapi naluri hati memang yakin bahawa pemuda yang memberikan kek keju kepadanya itu adalah Kim Junmyeon.
Kim Junmyeon. I found you.
Tiba sahaja di Lavenda, Bomi terus meredah barisan hingga ke hadapan kaunter. Langsung dia tidak peduli dengan pelanggan yang telah beratur panjang. Belum sempat Jongdae menegur tingkah laku Bomi yang agak kurang sopan itu, Bomi terlebih dahulu membuat tuntutan tegas.
“I need to see Kim Junmyeon.” Tegas Bomi, mencekak pinggang. “Right now.”
Jongdae tampak benar-benar bingung dengan tuntutan mendadak Bomi. “Junmyeon?”
“Yes. Kim Junmyeon. Saya percaya dia bos awak.” Ujar Bomi lagi.
“Tapi cik, kalau cik nak buat aduan, cik boleh jumpa dengan supervisor saya dulu.”
“Tak!” Bomi memangkahkan lengan sebelum dia menutup mata. Apabila dia membuka mata, Jongdae masih lagi terpinga-pinga. “Saya betul-betul nak jumpa dengan Kim Junmyeon. Urgent!”
“Finally kau dah cam aku, Bomi.” Potong satu suara dari arah belakang Bomi. Dengan segera Bomi menoleh ke belakang. Hendak tergeliat urat tengkuk dek terlalu pantas dia berkalih kepala ke belakang. Tapi berbaloi juga risiko itu kerana kini pandangannya di isi oleh si pemberi kek keju. Pemuda berkulit putih melepak itu tersenyum manis ke arahnya.
Kim Junmyeon!
Serta-merta Bomi berlari kepada Junmyeon lalu dia peluk lelaki itu seerat-eratnya. Bagai menjangkakan perlakuan Bomi, Junmyeon telah sedia membuka ruang untuk dirangkul oleh Bomi. Bau haruman yang dipakai oleh Junmyeon tetap sama. Vanilla.
Terlepas sahaja rangkulan mereka, Junmyeon menarik Bomi duduk di meja berdekatan. Meja “How have you been?”
“As you can see. Makin cantik, makin jelita.” Seloroh Bomi yang disambut tawa kecil oleh Junmyeon. Ketawanya masih sama. Kekehan kecil yang kedengaran sopan sambil dia menutup mulut agar tidak ternampak gusi. “Kau, Junmyeon, makin handsome lah. Untung awek kau.”

YOU ARE READING
[H] Antara Cheesecake dan Tiramisu | BAEKMI/EXOPINK
Hayran Kurgu(HIATUS) [occasionally editing] "Aku tak pekaklah, raksasa." - Byun Baekhyun "Ni semua salah monyet berlagak nak mampus tu!" - Yoon Bomi Bomi gemarkan cheesecake sehinggakan dia sanggup berlapar semata-mata mahu makan sepotong ch...