Monyet dan Raksasa

348 30 0
                                    

lagu-lagu ni saya dengar time tulis fic ni. korang pun boleh dengar time baca jugak. ;D
♪Music Playlist♪ : https://www.youtube.com/playlist?list=PLmbmRvDWL-CwyF6CU-q7863Lr7Vi-4dnE

"Ye, mama. Nanti saya pergi. Jangan risau." ucap Baekhyun melalui telefon bimbitnya. Dia mengurut pelipisnya sambil menutup matanya rapat-rapat.

Ibunya tak habis-habis membebel menyuruh dia mencari teman wanita. Padahal dia masih muda dan sejujurnya dia tidak terfikir langsung untuk bercinta buat masa sekarang. Apa yang menjadi keutamaannya sekarang ialah bagaimana untuk mengembangkan lagi perusahaan turun-temurun milik keluarganya. Matlamatnya ialah untuk menambah lebih cawangan pusat membeli-belah Alba dan dia mempunyai matlamat yang lebih besar iaitu mengembangkan cawangan ke luar negara dan lebih besar lagi impiannya iaitu dengan menempatkan pusat beli belah Alba di setiap negara yang ada di dunia ini. Dan impian ini mungkin akan tercapai jika ibunya tidak menyibuk dan masuk campur dalam hal peribadinya. Ya, mungkin Baekhyun baru berusia 27 tahun dan boleh dikatakan tersangat muda. Namun, dia yakin dia boleh melakukannya. Sudah tentu hal perkahwinan bukan dalam agenda utamanya.

"Mama bukannya nak memaksa tapi nenek kamu ni tak habis-habis cakap pasal tu. Dia asyik bertanya bila semua cucunya hendak berkahwin dan dia hendak menimang cucu sebelum dia menutup mata."

Kata-kata ibunya itu ada juga benarnya. Neneknya sudah berusia hampir seabad. Dia juga tidak percaya bagaimana orang tua itu boleh hidup lagi hingga sekarang. Pakai susuk ke apa?

"Cakap dengan nenek, jangan risau. Kali ni saya tak kan lari lagi." Baekhyun mencakar rambut blonde nya sambil memikirkan apa lagi alasan yang perlu diberikan untuk tidak menghadiri blind date yang telah diaturkan oleh ibu dan neneknya. Kalau dia tidak silap blind date kali ini adalah yang ke 18 dan oh Tuhan, cukuplah. Dia tidak mahu lagi bertemu dengan wanita anak orang kaya yang menyebalkan ini.

Baekhyun berjalan sambil menoleh ke tepi, sempat melambaikan tangan kepada kawan baiknya, Naeun, yang sedang berada di dalam sebuah butik pakaian. Baekhyun kira mungkin Naeun sedang pening memikirkan bagaimana untuk menaikkan jualan memandangkan Baekhyun ternampak sedikit kerutan di wajah gadis itu walaupun dia cuba tersenyum. Beberapa orang pekerja yang mengelilingi Naeun membongkok hormat apabila kelibat Baekhyun melepasi butik pakaian berjenama itu.

Apabila pihak ibunya menutup talian, Baekhyun tunduk, memerhatikan titisan air yang menjadi penghias skrin telefonnya. Dia terfikir alangkah bagusnya jika dia menjadi seperti Naeun. Kawan baiknya itu tidak perlu memikirkan bila hendak berkahwin walaupun dia sendiri tahu umurnya semakin meningkat. Baekhyun dan Naeun sudah membesar bersama-sama sejak kecil lagi. Tapi Baekhyun tahu, gadis cantik itu tidak akan pernah membuka hatinya kepada sesiapapun sejak peristiwa itu berlaku. Baekhyun juga tahu di hati kecil Naeun masih tersisa perasaan sayang terhadap bekas teman lelakinya. Mungkin sebab itu juga dia masih solo sehingga sekarang.

Tiba-tiba Baekhyun terasa kepalanya terlanggar sesuatu benda yang keras. Sakitnya bukan kepalang. Bagaikan ada sebiji batu bata yang menghempap dahinya. Tidak semena-mena telefon bimbitnya melayang entah ke mana. Dia terus terjatuh dan terduduk di atas lantai.

"Aduh, sakitnya kepala aku." Baekhyun mengerang kesakitan sambil mengusap dahinya yang rasanya mulai lebam. Tidak pernah dia merasakan kesakitan yang amat perit sebegini dalam seumur hidupnya lebih-lebih lagi apabila terlanggar sesuatu.

"Hei! Tak ada mata ke?" marah seorang gadis yang turut terduduk di hadapan. Gadis itu cuba bangun perlahan-lahan memandangkan dia telah menyarung sepatu tumit tinggi tiga inci.

Baekhyun mengangkat kening. Berani pula minah ni naikkan suara dekat aku. Dia tak tahu ke aku ni Presiden Baekhyun? Pemilik Alba Mall? Dahlah hodoh! Kurang ajar pulak tu!

"Hah? Kek aku!" Tutur gadis itu sebaik sahaja dia berlari dan terus mencangkung di sebelah Baekhyun lalu membuka sebuah kotak berwarna ungu pudar. Baekhyun tahu pasti kandungan dalam kotak itu adalah sebuah kek kerana dia amat mengenali logo Lavenda itu.

"Kau! Ganti balik kek aku!" Gadis itu mendekati Baekhyun yang sudah berdiri dengan matanya melilau mencari semula telefon bimbitnya. Itu dia! Telefon kesayangannya berada di sebelah kaki gadis itu.

"Hei, kau dengar tak?!"

Baekhyun membongkok untuk mencapai telefonnya itu sebelum dia mengorek telinganya sambil menjeling gadis di hadapannya. "Aku tak pekak lah raksasa."

"Raksasa?! Hei, tolong sikit! Muka aku ni macam raksasa ke?! Ganti semula kek aku!" bentak gadis itu sambil menghentakkan kakinya. Baekhyun mula rasa geram. Bukankah raksasa ini yang melanggarnya dan membuat dahinya menjadi lebam? Baekhyun mengkagumi bagaimana raksasa ini mempunyai kepala yang cukup keras macam batu sehingga dahinya boleh timbul benjol pula.

"Kenapa pulak aku yang kena ganti? Bukan kau ke yang langgar aku?" selamba sahaja tutur Baekhyun sebelum dia ternampak pipi gadis itu memerah. Hah! Bengang agaknya.

"Tak kira! Aku nak kau ganti jugak!" Kata gadis itu dengan mata menjegil garang. Baekhyun sedikit pun tak terkesan.

"Oh.. Habis handphone aku ni bila pulak kau nak ganti?" Baekhyun sengaja menayangkan telefon bimbitnya yang skrinnya sudah retak. Barangkali skrin itu retak saat ianya terhempas ke lantai. Ataupun telefon bimbitnya tidak dapat menampung berat badan raksasa itu ketika Baekhyun ternampak telefon bimbitnya berada di bawah punggung gadis itu ketika gadis itu cuba berdiri.

Gadis itu menggigit bibir. Dia tidak sangka pula telefon bimbit Baekhyun pun menjadi mangsa impak perlanggaran mereka. Apalah sangat harga kek dengan harga telefon pintar milik Baekhyun. Berkali-kali ganda beza harganya.

"Handphone ni harganya beribu-ribu ringgit. Kek kau itu berapa lah sangat. Setakat sebiji macam tu pun kau nak kecoh. Aku siap boleh beli kedainya sekali tau tak!" Baekhyun memeluk tubuh sambil menjeling gadis yang dari tadi asyik menggigit bibirnya.

"Hei, monyet! Kau ni berlagak betul! Ganti balik!" bentak gadis itu lagi. Kali ini nada suaranya sedikit membingitkan.

"Monyet?! Tak nak! Kau yang kena ganti balik telefon aku!" Balas Baekhyun kembali. Dia tetap berdegil dengan keputusannya. Kalau gadis raksasa ini buat keras kepala, dia lagi membatu marmarkan kepalanya.

"Monyet kedekut!" Pekik gadis itu sekuat hati.

"Woi!" Makin panas hati Baekhyun tengok gadis ini. Sudahlah rambut warna pink, muka polos tak bercalit mekap langsung. Lepas tu pakai kasut tumit tinggi tiga inci. Tak sesuai langsung!

"Apa, Monyet?!" Gadis itu mendekati Baekhyun dengan mendongakkan kepalanya sambil membeliakkan mata seperti mencabar.

Dan, Baekhyun merasakan jarak antara mereka terlalu rapat sehingga dia dapat melihat mata dan bibir gadis itu ternyata sangat cantik. Dia juga merasakan dadanya mula berdebar-debar. Hmm... aku tarik balik kutukan aku tadi, getus hati Baekhyun.

"Hei, boleh blah tak. Nafas kau berbau lah." Tanpa menolak gadis itu, Baekhyun berkata dengan wajah selamba. Dalam masa kurang sesaat, muka gadis itu terus merah dan melompat ke belakang semacam Baekhyun baru menyimbah asid ke arahnya.

"Arghh!! Aku benci dengan kau!" Tempelak gadis itu sebelum dia berlalu pergi sambil menghentakkan kaki ke lantai.

Yes! Baekhyun sudah menang. Presiden Byun Baekhyun takkan kalah dengan perempuan miskin macam tu. Pasal kek sebijik pun nak kecoh. Lepas tu nak cakap dia kedekut. Tidak ingin Baekhyun memberi kan wang kepada raksasa bingit itu.

Tapi kenapa tadi dada Baekhyun berdebar ya? Takkan lah petanda sakit jantung?! Oh tidak!!!!!

[H] Antara Cheesecake dan Tiramisu | BAEKMI/EXOPINKWhere stories live. Discover now