Secret Boyfriend?

226 32 7
                                    

lagu-lagu ni saya dengar time tulis fic ni. korang pun boleh dengar time baca jugak. ;D
♪Music Playlist♪ : https://www.youtube.com/playlist?list=PLmbmRvDWL-CwyF6CU-q7863Lr7Vi-4dnE

Pagi tadi selepas Hayoung pergi kerja, ibu kepada gadis itu datang bertanya khabar. Kasihan pula melihatkan ibu Hayoung yang datang dari jauh tapi Hayoung dah pergi kerja dulu. Kalau buat surprise visit macam ni memang tak ada peluanglah untuk melawat Hayoung. Tidak sempat untuk berjumpa dengan anak gadisnya, ibu Hayoung sekadar mengirimkan makanan tengah hari kepada anaknya. Mulanya dia sendiri yang hendak pergi ke mall itu, tapi tiba-tiba wanita yang bekerja sebagai veterinar itu mendapat panggilan telefon kecemasan. Nampaknya ada seekor anjing yang memerlukan surgeri dengan segera. Bomi rasa macam nak buat baik pula hari ini. Selepas menawarkan diri untuk menghantar bekalan makanan tengah hari itu kepada Hayoung, Bomi sempat berjanji akan singgah ke rumah ibu Hayoung untuk makan malam pula nanti.

Lepas memarkir kereta di ruangan parkir dalam bangunan, Bomi melangkah penuh bersemangat ke dalam mall. Teringatkan makanan tengah hari yang khas dibuat oleh ibu Hayoung untuk anaknya membuatkan Bomi tidak sabar untuk merasanya. Selepas menghantar mesej tentang ibu Hayoung dan perjalanannya ke tempat kerja gadis itu, Bomi terus menuju ke tingkat tiga mall, di mana Hayoung sedang menunggu di medan selera. Lagipun, dah alang-alang dia pergi ke mall itu, tak salah kalau dia meronda satu mall sekaligus. Lepas seharian bermuram durja, hari ini Bomi nak bergembira pula. Tak salah kalau dia singgah tengok wayang sekali.

Ketika Bomi melintasi kawasan tandas, dia seperti terdengar ada orang menegurnya dengan panggilan yang amat menyakitkan hati. Bila dia toleh belakang, memang seperti yang dijangka, memang Monyet yang sama sedang berdiri di depan tandas sambil memandang tajam ke arahnya. Dengan kot hitam dan tali leher rilakkuma, lelaki ini memang nampak tidak masuk akal. Dah lah skema semacam!

“Apa tengok-tengok?” Tengking pemuda bermata sepet itu. Eh, eh, dia yang pandang badi kat kita, dia pulak yang tanya kita begitu. Bomi pun membalas jelingan itu dengan intensiti yang sedikit tinggi.

“Kau ingat aku tak dengar kau panggil aku apa tadi?” Tingkah Bomi yang mula meninggikan suara. “Kau nak apa, Monyet?”

Kembang kempis hidung pemuda itu menahan marah. Dalam hati Bomi sudah ketawa terkekek-kekek. Padan muka. Siapa suruh panggil aku Raksasa.

Dalam sekejapan itu, roman lelaki itu kembali tampak tegas. Sambil menadahkan tangan, dia menderam marah. “Aku nak mintak ganti rugi.”

Bomi sengaja memandangnya seolah-olah pemuda itu sedang bercakap bahasa alien. Tanpa sepatah kata, Bomi terus memusing tumit setelah menjelirkan lidah. Malas layan mamat berkira dan kedekut macam dia. Pasal handphone pecah pun nak minta ganti rugi. Dia kan orang kaya, berapa sen sangatlah handphone model lama sebegitu.

Akan tetapi, langkah kaki terhenti apabila Bomi terasa pergelangan tangannya dipagut oleh pemuda itu. Dengan rasa marah, Bomi merentap tangannya, namun pegangan kemas pemuda sukar benar untuk dilawan oleh kudratnya.

“Kau nak apa?” Bomi menekan suaranya. Pandangan dihalakan ke arah tangan pemuda itu yang bagai telah melekat ke lengannya. Perlahan-lahan dia naikkan sorotan mata hinggalah dia menatap wajah pemuda ini yang benar-benar dekat dengan wajahnya sendiri.

“I just want a compensation. You don’t know how worth that phone was to me.” Tuntut pemuda itu yang turut menekankan suaranya agar hanya mereka berdua sahaja yang mendengar. Bomi juga turut sedia maklum bahawa para pengunjung yang lalu lalang mula memberi perhatian kepada mereka. Dari belakang pemuda itu, Bomi dapat lihat pekerja mall memandang mereka berdua dalam keadaan terkejut.

“Aku tak ada duit lah nak ganti! Kau ingat aku orang kaya ke!” Terlepas jerkahan Bomi lalu membuatkan pemuda tampak tertegun dengan kata-kata Bomi. Menyedari diri menjadi tumpuan pelanggan yang lalu lalang, pantas tangan Bomi dilepaskan. Selain pandangan menikam, pemuda itu sekali lagi mendekatkan wajahnya.

“Aku ada nama. Nama aku Byun Baekhyun.” Kata pemuda itu sebelum dia beredar ke arah bertentangan.

Bingung dengan reaksi Baekhyun yang dianggap lemah, Bomi menganggap dirinya telah menang dalam perbalahan singkat mereka tadi.

Tiba sahaja di medan selera, Hayoung telah sedia menanti dengan minuman tersedia di atas meja. Jus anggur untuk Bomi, kopi latte untuk gadis itu sendiri. Tersenyum kecil Bomi apabila dia menyedari ada sepotong kek keju di atas meja. Pasti Hayoung yang menyediakannya. Belum sempat Bomi melabuhkan punggung, Hayoung sudah bertanya kenapa dia lambat.

“Terserempak dengan Monyet.” Balas Bomi ringkas. Malas cerita fasal insiden tadi. Nanti hilang pula selera makan. Bersyukur juga Bomi sebab Hayoung tidak bertanya lanjut. Nampaknya gadis itu sudah pun leka mengasingkan mangkuk tingkat yang penuh dengan makanan tengah hari untuk mereka.

Ada semangkuk nasi putih, ikan kembung kukus, sup ayam, sayur campur dan kimchi. Tengok sahaja juadah yang bersusun di depan mata sudah cukup membangkitkan selera. Hayoung mencapai pinggan yang telah sediakan lalu dituang nasi dari mangkuk tingkat ke pinggan.

Tapi sebelum makan, Bomi mesti merasa kek keju terlebih dahulu. Bak kata orang sebagai pembangkit selera. Bila dah gembira dapat makan kek keju, maka barulah selera bertambah untuk makan tengah hari.

Piring berisi kek keju dia bawa dekat sebelum sudu plastik kecil dicapai. Sedikit demi sedikit kek keju itu dinikmati, tidak sedar dirinya direnung hairan oleh Hayoung sehinggalah gadis itu menolak pinggan yang telah diisikan nasi dan lauk yang dibawakan oleh ibunya.

“Eh, thanks Hayoung. Susah-susah je kau hidangkan untuk aku. Sayang kau. Muah!” Kata Bomi. Kek keju yang baru sedikit terluak dia tolak tepi dulu. Lepas dah makan nasi nanti baru sambung makan kek keju. Baru usai suapan pertama, Bomi terpandangkan Hayoung yang merenungnya. Dia letak semula sudu ke bawah.

“Kau dah kenapa tengok aku macam tu? Aku tahulah aku lawa cantik jelita manja kasih quputeh dherbs aurawhite. Kau terpikat dengan aku?” Bomi cuba bercanda. Mulalah dia mengaup rambutnya yang separuh berwarna pink itu. Sengaja dia buat begitu agar Hayoung rasa menyampah. Kalau boleh dia mahu ringankan ‘udara’ yang dirasakan agak tegang. Namun, reaksi yang dijangkakan tidak juga terpamer. Sebaliknya Hayoung terus merenung Bomi curiga.

“Kau ada secret boyfriend kan?” Tanya Hayoung serius.

“What?” Bomi terpempan dengan pertanyaan Hayoung. Bomi? Ada boyfriend? Ini lawak apa ni? Maharaja lawak mega?

“You heard me.” Tegas Hayoung lagi. Bomi masih lagi dia tenung.

“Dari sumber mana kau dengar sampai kau assume aku ada secret boyfriend?” Bomi bertanya balik. Hai, dia yang entah siapa-siapa pun boleh jadi mangsa gosip? Boleh tahan populariti kau, Bomi!

“Tu, cheesecake tu. Bukan aku yang belikan. Masa aku lalu depan kedai kek tadi, ada orang tahan aku. Dia suruh aku bagi kek ni kat kau.”

Bomi mengerutkan dahi. Kalau bab bagi kek keju ni, rasa-rasanya Bomi tahu siapa gerangannya. Untuk memastikan telahannya benar, dia menghuraikan butir fizikal yang dia ingat. “Hmm... mamat tu pendek-pendek, kulit putih melepak, bila dia senyum memang rasa macam kat heaven. Dia ke yang bagi cheesecake ni?”

Hayoung memasamkan bibirnya yang merah. “Yang bab senyum rasa macam kat heaven tu aku tak tau. Ciri yang kau describe tu macam common sangat. But then, i guess it’s him.” Kata Hayoung sebelum dia jegilkan mata. “He’s your secret boyfriend right?”

“Kau ni, dah berapa kali dah aku cakap aku tak ada boyfriend. Lainlah kau. ” Kata Bomi sebelum dia capai semula sudu. Hayoung pun dah nampak lega apabila Bomi menafikan hal itu. “Dah lah. Cepat makan.”

A/n: korang rasa siapa yg bagi cheesecake tu? Thanks for reading and don't forget to vote! 😙

[H] Antara Cheesecake dan Tiramisu | BAEKMI/EXOPINKWhere stories live. Discover now