lagu-lagu ni saya dengar time tulis fic ni. korang pun boleh dengar time baca jugak. ;D Playlist: https://www.youtube.com/playlist?list=PLmbmRvDWL-CwyF6CU-q7863Lr7Vi-4dnE
"But Baekhyun, I really really like you! Kenapa pulak awak tak boleh terima perasaan saya?" Luah Chorong seikhlas hati. Memang Chorong dah sukakan Baekhyun sejak hari dia menguji lelaki itu. Melihatkan respons lelaki itu tidak seperti jantan-jantan hidung belang di luar sana, tanpa di sangka-sangka, terus Chorong jatuh hati. Walau bagaimanapun, tidak semua yang kita mahu akan jadi sama dengan apa yang kita harapkan. Apabila Chorong memberitahu kesemua detail tentang penyamarannya tempoh hari, Baekhyun tampak sukar untuk menerima fakta itu. Langsung ajakan Chorong untuk berkenalan dengan lebih rapat ditolak mentah-mentah.
Baekhyun tampak ragu-ragu sebelum dia mempamerkan wajah serius. "I can't accept what you have done to me. Benda ni sama ja macam awak tipu saya."
Lantas kepala Chorong menggeleng sambil tersenyum sinis. Perasaan hampa cuba ditutup dengan egonya. "Itu bukan alasan yang kukuh, Baekhyun. Awak pun tahu kenapa saya kena buat macam tu. Kalau saya tiba-tiba muncul dengan pakaian judo siap bawak pedang samurai, awak terima saya jugak ke? Because, that's what I usually wear."
Kelihatan halkum Baekhyun turun naik. Chorong tunggu juga apa yang mahu diucapkan oleh pemuda itu. Tapi tiada apa yang terluah. Melainkan bunyi-bunyian utensil berlaga dengan pinggan kaca di sekeliling restoran makanan kampung yang terletak di tingkat paling bawah Alba Mall.
"Look, Baekhyun. The thing is, we," Ucap Chorong, menunjukkan jari ke arah dirinya dan Baekhyun. "are getting married. Your father has agreed to married us off."
Terbeliak mata Baekhyun mendengarnya. "What? No! Mustahil. Kenapa saya tak tahu apa-apa?"
"Well, ayah awak yang nak sangat kita bersama. Takkan nak hampakan dia pulak." Terang Chorong cuba membujuk Baekhyun. Separuh alasan itu penting. Sebab selain memang Chorong yang sukakan Baekhyun, bapa Baekhyun, Byun Hyeong Woon sendiri yang berjumpa dengan Chorong dan bapa Chorong, Park Yong Tae, dan mengusulkan supaya anak mereka disatukan.
Tiba-tiba sahaja Baekhyun berdiri dengan mata terbeliak macam baru nampak hantu. Berderap bunyi lantai apabila kaki kerusi tertolak ke belakang dengan kasar. Semua mata yang dekat dengan meja mereka lantas memandang ke arah mereka.
"No. Saya takkan terima. Saya pergi dulu." Ucap Baekhyun bernada perlahan tapi kedengaran begitu tegas dan serius. Riak wajah Baekhyun amat sukar untuk ditafsirkan. Terus perasaan Chorong jadi tersentap. Memang benar-benar kecewa dan heartbroken. Dari air muka Baekhyun, ada sesuatu yang cuba disembunyikan. Bila ada sesuatu yang tersembunyi, pastilah ianya perlu dibongkar. Dan Chorong bertekad untuk menjadi orang pertama yang membongkar apa yang cuba disembunyikan oleh Baekhyun.
"Baekhyun! Nanti dulu!" Jerit Chorong cuba menahan Baekhyun, tapi Baekhyun dah lesap. Pantas betul dia lari. Kalah Usain Bolt.
🍰 🍰 🍰
"Apalah yang kecoh sangat. Orang nak makan pun tak senang." Rungut Luhan sebelum dia meneruskan suapannya. Naeun yang duduk bertentangan sempat tersenyum meskipun terasa ketat. Dia juga meneruskan makannya tapi fikirannya dipenuhi dengan pelbagai persoalan yang tak terjawabkan.
Mujurlah tadi Baekhyun langsung tak perasan Naeun dan Luhan berada di restoran yang sama. Tempat duduk mereka tidaklah dekat dan tidaklah jauh. Tapi Naeun beruntung sebab lokasi itu membolehkan dia mendengar perbualan mereka meskipun kurang jelas.
Bukannya Naeun tak kenal dengan Baekhyun yang selalu kena paksa pergi blind date. Tapi ini kali kedua Baekhyun pergi blind date dengan orang yang sama. Kira pecah rekod juga sebab susah benar Baekhyun akan setuju untuk menghadiri blind date dengan orang yang sama. Apatah lagi, berdasarkan apa yang Naeun dengar tadi, Encik Byun sendiri yang berkenan dan benar-benar mahukan wanita itu menjadi sebahagian daripada keluarga Byun.
Serta-merta Naeun jadi runsing. Apa akan jadi kepada kawan baiknya itu selepas ini? Tadi satu restoran dah tengok Baekhyun mentah-mentah menolak hajat Chorong dan Encik Byun. Mungkin sebab Baekhyun sendiri yang bersikap paranoid, namun Naeun tidak menolak bahawa Baekhyun sedang menyembunyikan sesuatu. Kerana Baekhyun, sebesar mana pun egonya, tidak sanggup mahu menghampakan orang di sekelilingnya.
"Naeun, awak okey ke? Kenapa tak makan?" Tegur Luhan. Tampak risau juga dia apabila Naeun berjeda dari menjamah nasi di pinggan. Sekali lagi Naeun tersenyum seperti tadi.
"Saya okey. Cuma tengah fikir pasal butik je." Bohong Naeun. Jelas sekali tidak mahu Luhan mengetahui apa yang dia sedang fikirkan. Garpu dicapai lalu ditusuk ke badan ikan siakap kukus.
"Awak ni. Tengah makan pun fikir pasal kerja. Isi perut awak dulu. Baru ada tenaga nak fikir semua tu." Pesan Luhan. Kemudian sayur kailan yang berada dalam piring kecil di tengah meja di ambil dan diletakkan sedikit dalam pinggan makanan Naeun.
"Thanks." Ucap Naeun. Tersentuh sedikit dengan keprihatinan Luhan. Inilah yang membuatkan Naeun selesa berkawan dengan Luhan. Lepas insiden di parkir basement tempoh hari, Naeun menghubungi Luhan untuk belanja makan atas pertolongan Luhan. Nasib baik lelaki itu tidak menolak. Aktiviti makan tengah hari mereka berterusan hingga kini kerana mereka mengaku tiada teman untuk makan bersama-sama.
"Your welcome. Makan banyak-banyak tau." Ujar Luhan, mempamerkan senyuman yang bisa menggoncang jiwa.
![](https://img.wattpad.com/cover/81468151-288-k272084.jpg)
YOU ARE READING
[H] Antara Cheesecake dan Tiramisu | BAEKMI/EXOPINK
Fiksi Penggemar(HIATUS) [occasionally editing] "Aku tak pekaklah, raksasa." - Byun Baekhyun "Ni semua salah monyet berlagak nak mampus tu!" - Yoon Bomi Bomi gemarkan cheesecake sehinggakan dia sanggup berlapar semata-mata mahu makan sepotong ch...