Apabila Terpaksa

209 28 1
                                    

lagu-lagu ni saya dengar time tulis fic ni. korang pun boleh dengar time baca jugak. ;D
♪Music Playlist♪ : https://www.youtube.com/playlist?list=PLmbmRvDWL-CwyF6CU-q7863Lr7Vi-4dnE

Entah berapa banyak kali Bomi menjeling setiap kali Baekhyun memandangnya dengan senyuman yang menjengkelkan. Tahu tak bila orang tu senyum kat kita tapi nampak sangat tak ikhlas. Senyum mengejek. Terutama sekali apabila kita dah terikat dengan janji dan terperangkap dalam sesebuah situasi dan terpaksa mengikut sahaja tanpa ada ruang untuk memprotes. Seperti sekarang ini di mana Bomi terpaksa mengorbankan rambutnya yang berwarna pink untuk diwarnakan kepada coklat gelap. Bomi benci stereotype. Bomi benci fake. Bomi benci imej standard orang-orang kelas atasan. Tapi dia terpaksa. Sebab ketika dia bergaduh depan salun dengan Baekhyun tadi, Baekhyun menunjukkan syarat kontrak hingga membuatkan Bomi terdiam. Salah Bomi juga kerana dia tidak meneliti kontrak itu betul-betul. Semalam pun dia baca sekali imbas sebab sakit hati sangat tengok muka Baekhyun yang berlagak itu.

3. Perlu ikut apa sahaja kata-kata Baekhyun asalkan tidak memberikan bahaya dan mudarat.

"Tukar warna rambut pun bahaya apa! Bahan kimia meresap dalam kulit kepala!" Bentak Bomi keras dengan menghentak kaki ke lantai. Orang yang lalu lalang tidak Bomi pedulikan pandangan serong mereka.

Sambil peluk tubuh, Baekhyun angkat kening. "Really, Bomi? Tu je poin kau untuk membangkang aku? I thought you're smarter than that? Being an engineering student."

ARGGGHHHHH!!!

Bomi benar-benar mahu mencakar muka Baekhyun yang berlagak itu. Tapi dia masih sedar dia berada di tempat awam dan tidak mahu membuat lebih kekecohan atau sebarang kes jenayah yang boleh membuatkan dia disumbat ke dalam jel.

Malas hendak bertekak lagi, Bomi terus meluru ke dalam dan duduk di kerusi salon yang kosong. Stylist yang sedang menyusun botol syampu terpinga-pinga melihat Bomi yang mukanya merah padam akibat marah. Mujurlah salun itu masih kosong belum berpengunjung. Baekhyun pula tenang sahaja membuntuti dari belakang.

"She needs to go to a formal occasion. Makes sure you changed her hair color into a sophisticated shades." Suruh Baekhyun kepada stylist yang kini telah berada di sebelah Bomi. Tergedik-gedik stylist lelaki itu mendekat. "I don't want my parents getting heart attack with her rebellious style."

Bomi terteleng ke sisi dengan muka ketat. Melihatkan Baekhyun dengan senyuman sinis itu lagi, Bomi terus angkat jari tengah.

"And yeah. Dia memang rebel. Kalau dia nak lari, ikat je dia kat kerusi. Saya pergi dulu. Kalau dah siap call je saya." Sekeping kad nama Baekhyun berikan kepada stylist lelaki yang berambut pelangi itu. Tertunduk hormat lelaki itu setelah Baekhyun mula beredar.

"Wow, awak ni awek Baekhyun ke? Dia tu CEO paling hot kat Seoul ni tau. Ramai pompuan nak kat dia tapi dia tak layan pun. Ni awak pulak yang sangkut ni siap dia hantar awak personal pergi salun ni. Ada apa-apa trick ke?" Usik stylist lelaki itu. Bomi menggulingkan bola mata tanda menyampah dan sebal.

"Sebab dia kedekut sangat nak hire pembantu lah tu. Sebab tu dia buat semuanya sendiri." Gumam Bomi tanpa didengari oleh stylist yang sibuk menyediakan peralatan untuk mendandan rambut.

🍰 🍰 🍰

'Raksasa' yang berdiri depan matanya kini jauh sekali berbeza dengan 'raksasa' yang dulu. Kalau dulu- atau empat jam yang lalu- 'raksasa' itu mengalahkan dinosaur berambut pink dan bertumit tinggi, 'raksasa' sekarang dah berubah menjadi gadis yang lebih cantik, ayu dan jelita. Padahal baru ubah gaya rambut kot. Tak ada lagi rambut pink macam wig plastik tu.

"Kau kenapa pandang aku macam tu?" Jerkah Bomi bersama jegilan mata. Pantas Baekhyun berdehem lalu tertunduk memandang jalan tar buat cover malu. Bomi ni memang tak sayangkan soket matanya ke? Asyik nak jegil orang saja.

"Aku hantar kau kerja dulu. Kau tukar shift dengan Eunji kan hari ni?" Baekhyun menyoal balik, sedikit sebanyak pulih dari rasa terkesimanya. Maklumat tentang kerja Bomi itu telah dia perolehi daripada Junmyeon terlebih dahulu. Dia tidak mahu menyusahkan Junmyeon demi melaksanakan agendanya.

Bomi tidak berkata apa-apa sebelum dia melangkah masuk dan langsung duduk di sebelah kerusi pemandu. Baekhyun mengeluh kecil lantas memulakan pemanduannya setelah dia juga masuk ke dalam kereta. Tak sangka juga Bomi ni berat mulut juga orangnya.

Melihatkan Bomi yang duduk membatu tanpa ada tanda mahu bergerak, Baekhyun mendekatkan tubuhnya lalu tangan mencapai tali pinggang sebelah kepala Bomi. Dapat dikesan Bomi tiba-tiba kaku. Tapi langsung tidak diucapkan sebarang kata. Meradak bau wangian sakura memenuhi rongga hidung. Meskipun menusuk, Baekhyun sukakan wangian lembut itu. Dia sempat mengerling melihat Bomi, dan gadis itu mempamerkan muka bengis. Bengis yang sebengis-bengisnya. Cepat-cepat Baekhyun tarikkan tali pinggang sebelum menguncinya. Memang tak ada ucapan terima kasih langsung. Okay, fine.

"Kenapa kau pakai kereta saga je? Bukan ke kau presiden Alba Mall?" Tanya Bomi tiba-tiba ketika Baekhyun sedang memandu. Sebelah kening Baekhyun terangkat di sebalik kaca mata hitamnya. Apakah? Bomi ni pun jenis materialistik juga ke?

"Suka hati akulah. Jimat duit beli kereta murah macam ni."

"That explained a lot." Sindir Bomi yang membuatkan Baekhyun makin geram. Pastilah Bomi mengaitkan Baekhyun dengan insiden pelanggaran mereka. Handphone Baekhyun yang ketinggalan zaman itu tetap juga Baekhyun tuntut ganti rugi walaupun Baekhyun boleh beli berdozen-dozen smartphone hatta kilang smartphone sekalipun. Bomi pun apa kurangnya. Kek murah yang telah menjadi penkek itu pun dia mahukan ganti rugi juga.

Sengaja Baekhyun tidak menjawab. Dia punya alasan kenapa dia begitu menghargai handphone buruk itu. Walaupun handphone tu dulu memang mahal mencecah beribu-ribu harganya.

"Aku ada blind date malam ni." Kata Baekhyun mengubah topik. Mata sempat mengerling untuk melihat reaksi Bomi. Seperti yang dijangka, membulat terus bola mata Bomi. Macam dah nak terkeluar dari soket.

"Kau ada blind date yet kau nak aku jadi girlfriend kau?" Nada suara Bomi memang bingit.

"Not a real girlfriend okay? Belum jadi girlfriend dah butthurt."

"Excuse me? Aku butthurt?" Suara Bomi yang nyaring dah naik satu oktaf. Baekhyun buat-buat tak terkesan. Padahal kalau buat checkup, gegendang telinga yang senipis kulit bawang itu telah pun terkoyak dek menapis suara Bomi yang nyaring.

"Anyway, esok aku akan jemput kau untuk pilih baju pulak." Maklum Baekhyun. Tidak dihiraukan wajah Bomi yang merah padam saat itu. Pedal pemecut terus ditekan, menambah kelajuan kereta yang Bomi kata kereta murah ini. Okay, memang dia tak kata kereta ni murah. Tapi dari intonasi dia bertanya tadi, nampak sangat dia memperlekehkan pilihan Baekhyun.

"Whatever, monyet." Balas Bomi mendatar. Lantas, Baekhyun curi pandang lagi. Nampaknya gadis itu benar-benar marah. Selain wajahnya yang merah padam, sambil memeluk tubuh, pipinya yang tembam ditiup kembung.

"Yeah, suka hati kaulah, raksasa." Tanpa sedar, terbit senyuman kecil di bibir Baekhyun.

[H] Antara Cheesecake dan Tiramisu | BAEKMI/EXOPINKWhere stories live. Discover now