lagu-lagu ni saya dengar time tulis fic ni. korang pun boleh dengar time baca jugak. ;D Playlist: https://www.youtube.com/playlist?list=PLmbmRvDWL-CwyF6CU-q7863Lr7Vi-4dnE
Memandangkan Bomi belum makan sejak pulang dari kerja, dia terpaksa mencari makan di tengah-tengah malam. Letih juga badan walaupun masa hari ini lebih banyak diluangkan di spa dan pusat rawatan kecantikan. Mana taknya, kalau dah badan asyik kena sental dan diurut-urut, memang sengal lah tubuh jadinya.
Bila buka kabinet dan peti ais, langsung tiada stok makanan. Hujung bulan begini memang standard lah semua makanan dah habis. Tunggu gaji masuk baru boleh penuhkan kabinet dan peti ais. Jadi, turunlah Bomi berseorangan ke tingkat bawah sekali, di mana terletaknya kedai runcit 24 jam. Hajat di hati mahu makan kek keju, sosej ayam atau pun roti kari. Namun, bila dia tinjau ke ruang makanan segera, semua dulang telah pun kosong. Jadi, pilihan terakhirnya hanyalah mi segera. Apa boleh buat, janji perut kenyang terisi.
Sampai di rak mi segera, boleh kira untung hanya secawan mi segera sahaja yang tinggal. Nasib baik! Sekurang-kurangnya Bomi tak perlu tidur dalam kelaparan. Baru sahaja tangan hendak mencapai mi ramen cawan tersebut, terdapat sepasang tangan yang menyambarnya terlebih dulu. Tergamam Bomi buat seketika. Serta merta angin masuk badan.
"Hei! Itu ramen aku lah! Aku yang nak beli dulu!" Jerkah Bomi geram. Serentak dia menoleh ke arah manusia yang kurang ajar itu. Terkejut beruk juga dia apabila mendapati suspek itu merupakan manusia yang sangat dia kenali.
"Heh, siapa cepat dia dapat lah. Kau- eh? Bomi?" Baekhyun turut nampak tersentak dan tidak percaya melihatkan Bomi di situ walaupun pada mulanya dia masih mahu berlagak. Dia yang masih berpakaian formal membuatkan Bomi menganggap bahawa pemuda itu juga baru pulang dari kerja.
Sambil mendengus geram, Bomi mengecilkan mata. Tak habis-habis muka dia. Naik muak pula. "Ya, aku memang Bomi. Kau apehal? Bagi balik ramen aku."
Berdecit pula Baekhyun dengan kenyataan angkuh Bomi. Dengan tangan di bahu mata menjuling ke atas, Baekhyun menghentam balik. "Ramen kau? tolonglah! Ada tulis nama kau ke kat sini?"
"Ada lah. Aku sorang je yang nampak." Bomi membalas bersama dengusan geram. Kalau tak mengusik, memang tak sah. Rasa macam nak pijak kaki Baekhyun yang bersarungkan kasut kulit berkilat-kilat seperti lantai baru dimop.
"Eh, malas lah aku nak layan orang gila macam kau ni." Balas Baekhyun lalu terus melenggang pergi ke kaunter. Geram di katakan orang gila oleh orang gila seperti Baekhyun, lantas Bomi menahan Baekhyun dengan menghadang laluan lelaki itu dengan berdiri mendepangkan tangan di depannya. Mujurlah mereka kini berada dekat dengan kaunter. Kalau tak, memang berterabur barang-barang atas rak dek lengan Bomi yang panjang.
"Kau dah kenapa?" Marah Baekhyun sambil pandang Bomi atas bawah tak puas hati.
"Aku lapar. Baik kau bagi mi tu sebelum aku gigit kau." Ancam Bomi bernada garang. Efeknya bukan menakutkan, malah galak Baekhyun mengetawakannya. Apalagi, makin geram Bomi rasa. Kali ini bukan rasa macam nak pijak, tapi lebih baik pergi lenyek guna trak penggiling, terus boleh penyek atas jalan.
"Erm.. encik, cik. Apa salahnya berkongsi? Tak rugi kan?" Celah seorang pemuda yang menjaga kaunter bersama senyuman innocent. Serentak Bomi dan Baekhyun menjegilkan mata sehingga pemuda itu diam menikus. Tidak semena-mena, orang awam yang tidak tahu apa-apa dan mungkin hanya mahu berkelakuan baik terhadap mereka, menjadi mangsa kombo jegilan mata.
Walau bagaimanapun, setelah mendengarkan cadangan pemuda itu, serta-merta Baekhyun menayangkan sengihan lebar. Nampak sangat plastik!
"Haah kan? Apa salahnya kita berkongsi. Lagipun kita kan couple." Kata Baekhyun bernada sweet yang sangat penuh dengan sandiwara. Bomi rasa loya macam nak muntah. Sekali lagi Baekhyun dihadiahi kerlingan setajam mata pedang.
"Bila masa kita couple ni, hah?" Tukas Bomi. Umpama lelaki itu pembawa virus berbahaya, dia menapak ke belakang, mengelakkan diri daripada berdiri dekat dengan Baekhyun.
Masih dengan senyumannya yang terlampau sweet itu, Baekhyun menyambung, "Kalau tak nak kongsi tak pe. Aku boleh makan sorang-sorang."
Di dalam benak kepala, Bomi mula menimbangkan cadangan pemuda yang menjaga kaunter itu. Kalau Baekhyun makan seorang, lagi sakit hati! Baik Bomi kongsi sahaja. Boleh ambil lebih! Hohohoho! Dan Bomi akan pastikan Baekhyun yang bayar mi itu supaya dia takkan keluarkan duit warna ungu yang baru sahaja dinamakan sebagai Kim Namjoon.
"Fine! Cepat bayar. Aku tunggu kat luar." Putus Bomi sebelum dia melangkah mendekati pintu automatik. Kedengaran bunyi penyambut tetamu automatik bernada monotone. 'Hello, vanakam!'
"Sorry, dia period. Sebab tu lah kerja nak marah-marah je." Kata Baekhyun kepada pemuda di kaunter.
"Tak pe. Tak pe. Saya faham." Balas pemuda itu bersama kenyitan mata yang amat menjengkelkan.
Berjalan sambil menghentak kaki, terus Bomi menunggu di luar sebab sakit hati. Jangan sampai dia masuk semula demi menghempuk dua manusia itu.
🍰 🍰 🍰
"How's your date?" Tanya Bomi ketika Baekhyun sedang meniup ramen yang masih panas berasap. Sambil memeluk lutut, Bomi melentokkan kepala ke lengan, memerhati liuk lentuk asap halus dari ramen meradak ke wajah letih Baekhyun.
Hanya seketika mata Baekhyun melirik ke arah Bomi yang berada di sebelah. Tapi ramen itu disuap ke dalam mulut dahulu sebelum mangkuk ramen itu bertukar tangan. Tampak selesa mereka berdua duduk di kaki lima dengan kaki diletakkan dalam longkang halus muat-muat tapak kaki yang kering dan bersih. Bahu sesekali berlaga setiap kali mi cawan berganti tangan.
"A disaster." Balas Baekhyun sambil memeluk tubuh. Duduk rapat begini membuatkan Bomi dapat melihat bagaimana Baekhyun cuba memakai topeng senyuman di wajahnya. Ramen perisa kimchi Bomi makan dengan berseleranya.
"Serves you right. Siapa suruh pergi. Dah ada girlfriend pun still nak cheating." Sebenarnya Bomi tersasul cakap tau. Nak cover malu punya pasal, lekas-lekas dia sumbat lagi ramen yang masih hangat itu ke dalam mulut. Terpaksa dia tahan pedih di lidah dan anak tekak. Padahal sekarang giliran Baekhyun, sebab tadi masing-masing dah janji lepas satu suap, pass mangkuk.
Nasib baik Baekhyun senyap sejenak. Dapat dirasakan diri Bomi direnung oleh lelaki itu. "Sekarang giliran aku. Kau jangan nak habiskan semua pulak."
Lantas mangkuk ramen ditolak kasar ke arah Baekhyun. Nasib baik tak tumpah ke bajunya yang tampak mahal itu. Segera Bomi bangkit untuk beredar. Lega juga rasa hati sebab Baekhyun tak mention langsung pasal 'kesasulan' Bomi tadi. Baru tiga langkah besar menapak, namanya dipanggil.
"Kau nak ke mana tu?" Teriak Baekhyun lalu membuatkan Bomi rasa berdebar-debar. Janganlah Baekhyun ungkit pasal tadi.
"Balik lah." Jawab Bomi separuh menjerit. Kepala ditolehkan ke belakang memandang Baekhyun yang kini telah berdiri dengan muka berkerut.
"Sure kau dah kenyang? Banyak lagi ni?" Mangkuk ramen itu di angkat tinggi-tinggi.
Tidak menjawab soalan yang obvious itu, Bomi terus meninggalkan Baekhyun. Kaki terus melibas pantas ke arah di mana elevator berada. Bengang yang tertulis di wajah masih belum padam. Mujurlah Baekhyun tidak mengekori di sebelah. Kalau tak, mesti dah kena bahan.
"Wei! Esok jangan lupa kena beli baju!" Terdengar Baekhyun memekik meskipun Bomi sudah jauh meninggalkannya. Jadi mengundurlah Bomi beberapa langkah sehingga batang konkrit yang menghalang penglihatan akhirnya memunculkan semula imej Baekhyun di matanya. Nampaknya pemuda itu masih lagi berdiri sambil memegang mangkuk ramen bersama senyuman kecil di wajah.
"Yelah! Good night!" Sahut Bomi lalu disambut oleh lambaian selamat tinggal oleh Baekhyun.
![](https://img.wattpad.com/cover/81468151-288-k272084.jpg)
YOU ARE READING
[H] Antara Cheesecake dan Tiramisu | BAEKMI/EXOPINK
Fanfic(HIATUS) [occasionally editing] "Aku tak pekaklah, raksasa." - Byun Baekhyun "Ni semua salah monyet berlagak nak mampus tu!" - Yoon Bomi Bomi gemarkan cheesecake sehinggakan dia sanggup berlapar semata-mata mahu makan sepotong ch...