lagu-lagu ni saya dengar time tulis fic ni. korang pun boleh dengar time baca jugak. ;D
♪Music Playlist♪ : https://www.youtube.com/playlist?list=PLmbmRvDWL-CwyF6CU-q7863Lr7Vi-4dnESurat nan sekeping itu ditenung oleh Bomi sehingga matanya sendiri letih akibat terlalu lama melihat surat tersebut. Surat dibuang kerja, hanya kerana kilang roti tak guna tu dalam proses pembuangan pekerja untuk pengurangan kos produksi. Geram punya pasal, surat itu dilempar ke atas meja. Dia lantas menggosok-gosok kepala, memikirkan nasibnya yang sudah cukup malang. Alahai, nasib baik duit sewa rumah dah bayar. Ini semester akhir ni siapa pula hendak bayar? Takkan dia hendak susahkan mak dan ayah di kampung? Aduh... masak macam ni. Cuti semester masih berbaki sebulan sebelum dia sambung semester akhir. Takkanlah dia hendak duduk rumah goyang kaki saja. Kesian lah Hayoung kena bayar duit sewa rumah seorang diri bila dia habis cuti nanti.
Sedang Bomi merintih nasib sendiri, telefon berbunyi menandakan panggilan masuk. Tanpa menghiraukan nama si pemanggil, Bomi terus saja angkat. Dia tidak perlu berteka-teki siapa pemanggilnya kerana dia sudah sedia maklum awal-awal lagi. Siapalah yang nak call Bomi kalau bukan Hayoung, si sahabat satu-satunya. Nak tunggu boyfriend call?
Hahahahahahahhhahahaahhahaaahahahahahahaaahahahhahaha
Bomi mana ada boyfriend.
“Yoon~ Kau dah balik ke? Aku tengah on the way ke restoran favourite kita tu. Aku jemput kau kat kilang eh?” Ajak Hayoung bernada manja. Pasti dia sedang memandu menuju kilang tempat Bomi bekerja. Eh, silap. Bekas tempat Bomi bekerja.
“Tak payahlah Hayoung. Aku dah ada kat rumah dah pun.” Balas Bomi lemah. Telefon yang ringan pun dirasakan berat bertan-tan. Macam dah lenguh sangat tangan rasanya. Habis hilang semua tenaga.
“Apsal cepat sangat kau sampai rumah? Kau ada kuasa teleport ke? Wah, aku pun nak!”
“Tak perlu buat lame joke, Hayoung. Aku dah kena buang. Aku dah jadi penganggur sekarang ni.” Keluh Bomi yang semakin tak bermaya. Lawak hambar Hayoung memang langsung tak membantu. Walaupun sebenarnya dia masih seorang pelajar, rasanya tak betah duduk rumah cuti semester begini. Baik dia cari duit. Nak balik kampung, jauh. Duit pula tengah tak ada.
“What? Kau kena buang? Kalau macam tu kau tunggu je kat rumah. Aku bungkus je makanan-makanan tu nanti. Kau nak makan apa?” Ujar Hayoung berbaur pujukan. Bersungguh-sungguh benar sahabatnya ini mahu memujuk.
“Tak pelah. Tak payah susah-susah. Aku tak lapar.” Bomi menggeleng tidak bersemangat. Surat di atas meja dipandang kosong. Kecewanya sudah setaraf gagal seluruh semester pula.
“Ish, kau ni kalau depressed pun jangan lah sampai tak makan. Hari ni kita makan makanan thai. Aku belikan kau tomyam okay?” Pujuk Hayoung lagi.
“Hmm... yelah. Thank you.” Bomi setuju pun sebab tak mahu buat Hayoung kecil hati. Yang pasti dia memang telah hilang selera makan sejak dia mengetahui dia telah dibuang kerja.
“Oh, by the way, buatkan aku teh hijau ye?” Pesan Hayoung.
“Ye... Nanti aku buat. Bye.” Balas Bomi lemah lalu dia bangun dari kerusi dan menapak malas ke dapur. Dia sedang menuang teh hijau yang baru dijerang ke dalam mug apabila pintu depan kedengaran dibuka dan Hayoung yang memberi salam sebelum pintu ditutup semula.
Hayoung yang masih lengkap dengan uniform kerjanya- blazer biru gelap yang dipadankan dengan skirt tona sama- menjinjing dua buah plastik di kedua-dua tangan. Beg tote hitam Marc Jacobs dikepit di bawah ketiak. Senyuman manisnya membuatkan rasa hampa Bomi sedikit demi sedikit terangkat hilang.
Mereka bergerak dalam diam, Bomi mengambil dua buah mangkuk dan sepasang chopstick dan sudu. Hayoung menggunting tali yang mengikat plastik tom yam. Suasana tenang namun sedikit tegang sebab Bomi tahu Hayoung sangat merisaukan tentang dirinya.
Pertanyaan itu akhirnya diutarakan selepas Bomi mencicip suapan tomyam yang ketiga kalinya. Pedas tapi menyelerakan. “Kau okay? Nak aku carikan kerja untuk kau?”
Bomi menggeleng tapi tidak berani mengangkat kepala. Dia malu. Dia malu dengan Hayoung sebab dia dibuang kerja. Adakah sebab ini masuk akal?
Hayoung tidak menyoalnya lagi. Lalu mereka makan dalam diam. Masing-masing sedia maklum yang Bomi merisaukan tentang dirinya.
Pertanyaan itu akhirnya diutarakan selepas Bomi mencicip suapan tomyam yang ketiga kalinya. Pedas tapi menyelerakan. “Kau okay? Nak aku carikan kerja untuk kau?”
Bomi menggeleng tapi tidak berani mengangkat kepala. Dia malu. Dia malu dengan Hayoung sebab dia dibuang kerja. Adakah sebab ini masuk akal?
Hayoung tidak menyoalnya lagi. Lalu mereka makan dalam diam. Masing-masing sedia maklum yang Bomi memang amat sensitif kalau Hayoung mahu membantunya. Cukuplah Hayoung telah membantunya dengan membayar tempat tinggal mereka. Bomi tidak mahu dia terhutang budi lebih daripada itu.
“Esok aku akan cari kerja. Kau jangan risau.” Putus Bomi. Barulah dia berani angkat muka untuk melihat Hayoung. Dia sertakan sekali senyuman yang mungkin tampak janggal tapi apa-apa sajalah. Yang penting dia tidak mahu Hayoung menambahkan masalah dengan memikirkan tentang dirinya.
“That’s okay. Take your time. Don’t push yourself.” Pesan Hayoung satu-persatu. Kemudian, pipi Bomi tiba-tiba dicubit. “Hey, senyum lah sikit. Losing a job is not like it’s the end of the world.”
“Kau cakap senanglah. You have a very stable job.” Balas Bomi balik. Dia tetap monyok. Usikan Hayoung bagai tidak memberi kesan kepadanya.
“Maybe. Tapi aku pun makan gaji jugak. So, aku pun bila-bila je boleh dibuang. Kau kan still belajar lagi. Cari kerja tu lepas kau habis belajar pun tak pe.” Tukas Hayoung lengkap dengan fakta realiti.
“Says the supervisor of Teavana.” Ejek Bomi lalu mendapat cubitan di lengan pula. Sambil menggosok kawasan lengan yang terasa pedih, Bomi menyambung, “Memang lah aku still belajar, tapi takkan la nak bagi kau tanggung duit sewa rumah. Dahlah aku ni masih mengharap duit parents untuk study. Takkanlah duit sewa nak mintak diorang jugak. At least aku kena cari duit sendiri.”
“Ish, esok lepas aku kerja kita pergi jalan-jalan nak? Lighten your mood or something.” Hayoung mengalih topik. Gadis ini seboleh-bolehnya enggan menyebut hal duit dan ibu bapa. Baginya perkataan itu sangat sensitif. Kadang-kadang Bomi pakai langgar saja, lebih-lebih lagi bila dalam keadaan stress macam ni. Emosi sendiri pun terganggu, apalagi hendak jaga emosi orang pula. Boleh jadi makin stress adalah.
“Tak mau.” Tolak Bomi mentah-mentah.
Tidak puas hati dengan reaksi pasif Bomi, Hayoung buat muka comel. “Alah... jomlah.”
“Tak nak.” Makin Bomi tolak adalah. Ingat muka dia dah comel sangat lah tu, dengan bibir merah mak ngah begitu lengkap dengan muncung itik.
“Please...” Hayoung tukar strategi pula. Mata yang dipakaikan bulu mata palsu tebal sengaja dia kerdip-kerdip laju.
Bomi mengeluh lemah. Sebenarnya tak menjadi pun usaha Hayoung konon nak buat aegyo. Dengan mekap tebal begitu, bila Hayoung buat aegyo Bomi terasa gerun pula. Akhirnya dia langsung bersetuju kerana geli geleman yang mula naik dari hujung jari kaki ke kepala. “Yelah.”
A/n: kesian Bomi kena buang kerja. Komen korang? Thanks dah sudi baca! Jangan lupa vote! 😉

YOU ARE READING
[H] Antara Cheesecake dan Tiramisu | BAEKMI/EXOPINK
Fanfiction(HIATUS) [occasionally editing] "Aku tak pekaklah, raksasa." - Byun Baekhyun "Ni semua salah monyet berlagak nak mampus tu!" - Yoon Bomi Bomi gemarkan cheesecake sehinggakan dia sanggup berlapar semata-mata mahu makan sepotong ch...