lagu-lagu ni saya dengar time tulis fic ni. korang pun boleh dengar time baca jugak. ;D
♪Music Playlist♪ : https://www.youtube.com/playlist?list=PLmbmRvDWL-CwyF6CU-q7863Lr7Vi-4dnEDokumen yang perlu ditandatangani dia letak seketika di sudut meja. Sambil mengurut pelipisnya yang sedikit pusing, spontan hujung bibirnya mengukir senyum. Teringatkan ‘penampakan’ gadis yang dia gelar sebagai ‘Raksasa’ itu cukup menghiburkan hatinya yang sentiasa dirundung gusar. Sebenarnya dia tiada niat pun hendak minta ganti rugi segala, sengaja dia cari pasal dengan ‘raksasa’ itu bagi menyiasat hipotesis dirinya yang tiba-tiba akan berdebar setiap kali berdepan dengan gadis itu. Baru dua kali terserempak, sedikit sebanyak hipotesis itu akan berbuah menjadi kesimpulan yang pasti.
Kemudian, dia teringat pula kata-kata ibunya yang menuntut dia membawa pulang teman wanita dalam tempoh masa sebulan jika tidak mahu dijodohkan dengan pilihan ibunya sendiri. Baekhyun meraup wajah pula. Memang tertekan dia dibuatnya. Pada usia muda ini dia sepatutnya mengembangkan nama Alba Group ke seluruh dunia mengikut misi dan visi yang dia tetapkan untuk dirinya sendiri. Datang kepala gila ibunya, tiba-tiba disuruh berkahwin. Katanya bagi mengukuhkan status Baekhyun sebagai presiden Alba Mall. Apa kena mengena kahwin dengan status pun Baekhyun tak tahu. Padahal sudah terang lagi bersuluh ibunya itu tidak sabar menimang cucu. Tiap kali sepupunya datang berkunjung ke rumah bersama anak masing-masing, pasti akan terdengar kata pedas dari ibunya.
“Anak mama ni entah bila nak kahwin. Entahnya sampai ke mati mama tak dapat nak pegang cucu sendiri.”
Memang terbakar rasanya mendengarkan sindiran pedas oleh ibunya. Mentang-mentanglah Baekhyun anak tunggal, dia seorang sajalah penyambung keturunan keluarga mereka.
Bapanya pun dua kali lima sahaja. Walaupun memegang jawatan sebagai presiden Alba Construction, lelaki lebih separuh abad itu ada sahaja idea untuk menyokong ibunya. Entah-entah bapanya sekali sudah ada calon isteri untuk Baekhyun.
Tok! Tok!
Baekhyun tersentak dari lamunan setelah pintu pejabat di ketuk dari luar. Beberapa saat kemudian, Chanyeol, setiausaha peribadi yang tinggi lampai masuk sambil memegang tablet yang memuatkan schedule sehari-hari Baekhyun.
“Baek, dalam pukul tiga ni kau ada temu janji dengan pilihan ibu kau.” Umum Chanyeol serius. Bergelar setiausaha dan kawan rapat kepada Baekhyun menjadikan mereka lebih selesa berbicara dalam bahasa lebih kasual. Tidak perlu panggilan pangkat yang formal lagi janggal.
Menyandarkan badannya yang pegal ke kerusi kulit, Baekhyun mengeluh lemah. Anak matanya mengimbas jam meja digital di sebelah plak nama. 2.45 p.m. Masih ada lima belas minit untuk dia bersiap.
“Okay. Kejap lagi aku turun.” Beritahu Baekhyun lalu lambat-lambat berdiri. Malas sebenarnya Baekhyun mahu keluar dari pejabat walaupun hari ini waktu kerja hanya separuh hari. Bermaksud pukul satu petang tadi dia sepatutnya sudah habis bekerja. Tadi pun dia hanya isi perut dengan sandwich yang dia bawa dari rumah. Malas nak keluar pergi makan. Baekhyun kemudiannya melangkah ke bilik kecil di sebelah meja pejabat yang menempatkan pelbagai persalinan pakaian dan kasut.
Chanyeol mengangguk sebelum menunduk kecil. “Aku pergi dulu. Ada date.”“Untunglah orang dah ada girlfriend. Aku ni asyik kena jodohkan je dengan orang tua.” Keluh Baekhyun lagi. Sebelah tangan telah pun memegang tombol pintu. Sempat dia melihat Chanyeol yang tersengih nakal.
“Kalau kau nak aku carikan pun tak apa. Kakak aku pun single and available tau. Cun dan lawa mengalahkan miss universe.” Cadang Chanyeol sambil menggerak-gerakkan kening ke atas ke bawah. Baekhyun hanya mampu ketawa kosong. Selama dia mengenali Chanyeol, dia tidak pernah mengenali siapa kakak Chanyeol. Katanya dia tinggal di Amerika Syarikat sejak sekolah menengah. Jadi, Baekhyun langsung tiada idea siapa nama kakak Chanyeol melainkan nama keturunannya yang bergelar Park. Obviously. Wow, Baekhyun pemilik Alba Mall adalah seorang CEO yang sangat genius dan bijaksana.
YOU ARE READING
[H] Antara Cheesecake dan Tiramisu | BAEKMI/EXOPINK
Fanfic(HIATUS) [occasionally editing] "Aku tak pekaklah, raksasa." - Byun Baekhyun "Ni semua salah monyet berlagak nak mampus tu!" - Yoon Bomi Bomi gemarkan cheesecake sehinggakan dia sanggup berlapar semata-mata mahu makan sepotong ch...