Sebaik sahaja Bomi memeriksa telefonnya, dia dapati terlalu banyak panggilan tidak berjawab dan mesej yang masuk tanpa berbalas. Malam tadi, telefonnya telah kehabisan bateri ketika dia masih berada di majlis ulangtahun perkahwinan ibu bapa Baekhyun. Teringatkan peristiwa malam tadi memang membuatkan dia semakin bengang dan malu. Mana taknya, dahlah mabuk lepas tu tak ingat dengan jelas apa yang telah terjadi. Mungkin bab yang dia lepak dengan saudara mara Baekhyun itu dia ingat, tapi yang selebihnya masih kabur. Mungkin dia perlukan lebih masa untuk load kad memori otaknya. Malas hendak mencerna nama-nama yang tertera di skrin, Bomi mematikan skrin telefon lalu digagahkan tubuh yang sengal-sengal agar bangkit keluar dari bilik.Kaki seperti terheret saat dia menapak ke ruang makan, di mana dia mendapati Hayoung sedang mengacau sesuatu yang berasap-asap di atas dapur. Tanpa menegur Hayoung terlebih dahulu, bangku tinggi dia tarik dari bawah meja lalu dia labuhkan punggung.
"Kau tak kerja ke?" Soal Bomi dalam suara yang garau hingga menyebabkan Hayoung yang sedang membelakanginya hampir terlompat dek terkejut.
"Isy kau ni buat terkejut aku je." Marah Hayoung sambil mengurut dada. Sekali lagi dia mengintai ke dalam periuk kaca di atas dapur, mengacau sebentar lalu api dapur ditutup.
Pada masa yang sama, Bomi mencapai gelas yang terletak di hujung meja tanpa dia mengangkat buntut walau seinci. Panjang tangannya meregang ke arah water cooler. Setelah gelas diletakkan di bawah water cooler, automatik air mengalir hingga hampir memenuhi gelas. Kemudian dia teguk air itu sampai habis. Tak ada pause ambil nafas pun. One shot saja dia teguk.
Lepas letak gelas, telefon yang turut berada di atas meja dia capai semula.
"Kejap lagi aku siap." Balas Hayoung, kini mencedukkan apa saja yang ada dalam periuk itu ke dalam dua buah mangkuk.
Selepas mengangguk tanda dia mendengar kata-kata Hayoung, Bomi diam melihat senarai nama pemanggil yang terlepas panggilan. Kebanyakannya adalah dari Baekhyun, Junmyeon dan Luhan.
Luhan? Kenapa pula abangnya menelefon? Ada hal pentingkah? Luhan ni kalau tak ada benda penting memang dia tak akan call. Melainkan kalau minta Bomi teman makan atau buat urusan atau sengaja nak cari pasal dengan Bomi. Eh, kalau cari pasal pun hal penting juga ke?
Tanpa berfikir panjang, Bomi terus menekan Call.
"Baru sekarang kau nak call aku balik!!!"
Akibat terperanjat dengan pekikan Luhan, habis terpelanting telefon itu ke atas meja. Hayoung angkat sebelah kening sambil meletakkan mangkuk yang berisi cecair jernih dan dedaun hijau gelap. Bergenang-genang sup cair yang turut dimasak bersama telur ayam itu. Baunya naik hingga ke hidung Bomi, menggoda Bomi yang sememangnya sedang lapar sangat-sangat.
Abang aku, mulut Bomi bergerak-gerak tanpa suara. Memaklumkan siapa yang berada di hujung talian kepada Hayoung. Hayoung mengangguk lalu menghirup sup itu setelah menolak sebuah lagi mangkuk berisi sup sama kepada Bomi.
"Apa benda kau nak, abang Luhan sayang?" Bomi bertanya malas. Punggungnya yang terasa gatal dia garu dengan syoknya.
"Baik kau balik rumah sekarang dan jelaskan semuanya kepada mak dan ayah." Luhan bersuara tegas.
"Haa? Apa yang abang cakap ni? Bomi tak faham lah." Kata Bomi terpinga-pinga tidak mempedulikan Hayoung yang menegurnya supaya lap dulu tangan tu, selekeh. Sudu dicapai lalu menceduk sup dalam mangkuk.
"Cuba kau bukak tv sekarang. Berita hiburan." Arah Luhan macam mat komando. Spontan mata Bomi menjuling ke atas. Semak, jengkel, annoyed dengan Luhan yang suka guna authoriti sebagai abang sulung. Padahal mereka dua orang je adik beradik.
![](https://img.wattpad.com/cover/81468151-288-k272084.jpg)
YOU ARE READING
[H] Antara Cheesecake dan Tiramisu | BAEKMI/EXOPINK
Fiksi Penggemar(HIATUS) [occasionally editing] "Aku tak pekaklah, raksasa." - Byun Baekhyun "Ni semua salah monyet berlagak nak mampus tu!" - Yoon Bomi Bomi gemarkan cheesecake sehinggakan dia sanggup berlapar semata-mata mahu makan sepotong ch...