Masalah dan Penyelesaiannya

206 25 0
                                    

lagu-lagu ni saya dengar time tulis fic ni. korang pun boleh dengar time baca jugak. ;D
♪Music Playlist♪ : https://www.youtube.com/playlist?list=PLmbmRvDWL-CwyF6CU-q7863Lr7Vi-4dnE

"Hoi! Bestnya kau makan kek tu sampai tak sedar aku dah duduk depan kau." Tegur Baekhyun kepada Junmyeon yang tampak asyik menikmati kek tiramisu. Sampaikan Baekhyun dah berdiri depan meja pun Junmyeon tak sedar. Padahal dia ternanti-nanti juga kemunculan Baekhyun seminggu dua ini. Dah lama juga sepupunya itu tidak turun melawat kawasan. Asyik terperuk dalam ofis sahaja.

"Eh, kau! Baru nampak batang hidung. Dah habis bertapa dengan sami?" Junmyeon bertanya balik setelah Baekhyun duduk bertentangan dengannya. Tanpa perlu meminta pesanan, secawan kopi dan kek tiramisu telah pun tersedia di meja apabila Jongin - pekerja Junmyeon- menyedari kehadiran Baekhyun sebagai pelanggan tetap di situ.

"Hmm... baru je pass exam bertapa tu." Jawab Baekhyun malas, muka nampak sangat sugul tak bermaya. Sudu kecil dicapai sebelum kek kecil dipotong lalu disuap ke mulut. "Semalam sekejap sangat nak lepak, kau dah kena cari tepung."

"Haah. Susah benar nak cari. Semalam sampai dua kali aku keluar semata-mata nak cari tepung." Balas Junmyeon mengiakan. Memang semalam lepas waktu lunch dia ada singgah sebentar ke bakeri miliknya untuk memberikan kunci kedai kepada Bomi. Lepas berbual kosong sekejap dengan Baekhyun, dia sambung semula pencarian tepung ke serata tempat. Mujurlah akhirnya dia jumpa juga pembekal tepung di hujung bandar. Itu pun bergantung kepada kuota. Tak boleh ambil banyak-banyak. Memang sakit hati betul kalau dekat-dekat perayaan ni. Taktik kerajaan nak tarik duit. Simpan stok untuk naikkan harga. Tapi menyusahkan para peniaga.

Apabila tiada respon dari sepupunya, sebelah kening Junmyeon terangkat. Biasanya kalau Junmyeon merungut begini, pasti Baekhyun akan masuk jarum. Lalu bermulalah sesi mereka berdebat tentang teori masing-masing. Walau bagaimanapun, Baekhyun dilihat hanya diam membisu. Tangan sibuk menguis-nguis kek yang hampir lunyai tidak berupa tiramisu. Pandangan Baekhyun kosong.

"Kau ni macam ada masalah dunia je aku tengok." Komen Junmyeon tidak puas hati. Bagi menyedapkan hati, minuman cappucino dihirup. Semalam tak ada pula Baekhyun tunjuk muka cemberut. Mungkin dia sendiri tidak sempat mengadu nasib agaknya.

Baekhyun mengeluh perlahan. "Mungkin lah. Stress sikit." Akui Baekhyun jujur.

"Pasal apa? Kerja?" Cawan diletak semula ke atas meja. Junmyeon meneruskan suapan tiramisu ke dalam mulut.

"Personal." Balas Baekhyun hanya satu perkataan sebelum dia mendiamkan diri semula.

"Okay, spill." Desak Junmyeon tanpa mengira situasi Baekhyun. Dia ingin tahu apa yang membuatkan Baekhyun yang becok macam burung murai itu boleh diam seribu bahasa.

Baekhyun menggeleng laju. "Tak naklah. Segan."

"Geli lah aku dengar." Junmyeon membuat muka. Bukannya dia dan Baekhyun baru kenal sehari dua. Sengaja hendak mengada-ngada.

"Makakunakakubawakgirlfriendmasamajlisanniversaryparentsakukalautakakukenakahwindenganpilihanmakaku."

Mendengarkan Baekhyun bercakap laju tanpa bernoktah macam kereta api laju, berdekah-dekah Junmyeon ketawa tak ingat dunia. Pulaknya Baekhyun tertunduk tersipu-sipu selepas mengakhiri kata, lagi lah galak Junmyeon mengetawakan sepupunya. Padahal sepatah haram pun dia tak faham apa yang Baekhyun cakap.

"Weh," Kata Junmyeon yang masih lagi bersisa tawanya. "Boleh tak kau tambah noktah kat ayat kau. aku sepatah haram pun tak faham apa yang kau cakap. Kau ni nak jadi penyanyi rap pulak ke?"

Baekhyun tampaknya menggigit bibir menahan geram sebelum dia meletakkan garpu lalu memeluk tubuh. Dengan muka penuh yakin, dia mengulang semula katanya tadi.

[H] Antara Cheesecake dan Tiramisu | BAEKMI/EXOPINKWhere stories live. Discover now