Usai meronda satu mall melihat kelancaran bisnes yang dijalankan, Baekhyun ambil keputusan untuk lepak sekejap di Lavenda. Chanyeol telah dia halau awal-awal lagi untuk uruskan projek marketing besar-besaran yang bakal berlangsung mulai bulan depan. Dapat lepak sekejap pun jadilah sebab kerjanya memang bertimbun kalau hendak diikutkan memandangkan macam-macam persediaan yang perlu dilakukan untuk projek marketing itu nanti.
Di Lavenda, Baekhyun rasa mereput sebab tiada langsung kelibat Bomi dan Junmyeon di kafe. Yang ada cumalah Eunji dan Jongin yang bergilir-gilir menjaga kaunter dan mengemas meja. Apabila ditanya mengenai Junmyeon dan Bomi, rupa-rupanya mereka sibuk di dapur. Pada mulanya memang Baekhyun tak berniat pun nak menjenguk mereka di dapur. Tapi lepas habiskan kek tiramisu dan kopi panas, lama juga dia duduk termenung kebosanan. Daripada dia buang masa macam ni, baik dia pergi menyibuk.
Lalu melangkahlah Baekhyun ke ruangan dapur tanpa di halang oleh Eunji dan Jongin yang terbiasa dengan Baekhyun yang sesuka hati menceroboh ruang dapur Lavenda untuk mencari Junmyeon. Mengintai dari pintu, Baekhyun dapat melihat betapa sibuknya staf Lavenda. Pelik juga boleh jadi ramai tiba-tiba. Mungkin staf shift lain pun kena join sekali. Di hujung sudut dapur, di mana terdapat sebuah meja logam panjang yang dipenuhi dengan peralatan membuat kek, Baekhyun ternampak Junmyeon sedang mengajar Bomi membuat kek.
Panas juga hati tengok bukan main dekat lagi posisi mereka. Siap bahu berlaga bahu lagi! Lepas tu tiba-tiba aje Bomi calit sedikit tepung ke pipi Junmyeon dan mulalah mereka berdua main calit-calit tepung di muka. Amboi, mesranya! Ini tak boleh jadi!
Bang!
Pintu dapur Baekhyun tolak kasar sehingga membuatkan semua staf dalam dapur terkejut melihatkan kehadirannya. Jongdae siap melatah lagi. Bomi yang ketika itu sedang memegang kayu pengadun, ternganga melihat Baekhyun yang muncul tiba-tiba. Junmyeon hanya melemparkan senyuman seolah-olah dia dah masak sangat dengan perangai Baekhyun yang suka ceroboh ruang kerjanya.
"Hei, Baek! Kau nak tolong kami ke?" Bersahaja Junmyeon mempelawa. Baekhyun mendengus geram. Geram bukan sebab Junmyeon menyindirnya tapi geram sebab kemesraan mereka yang menjengkelkan Baekhyun.
Kedua-dua lengan baju disingsing tinggi. Penumbuknya dikepal-kepal. Bersama langkah yang bersemangat, Baekhyun menuju ke arah Bomi. Bomi tidak berganjak mahupun selangkah. Sebaliknya dia maju ke depan dengan yakin.
"Kau nak apa?" Soal Bomi tegas. Baekhyun mendengus memandang tepat wajah Bomi. Kemudian dia segera mengalih pandang ke arah Junmyeon yang berdiri di belakang Bomi.
"Aku nak tolong sekali."
Mendengarkan kata-kata Baekhyun, Junmyeon terkekeh-kekeh menggelakkan Baekhyun sebelum dia menepuk bahu Baekhyun. "Ha... baguslah tu. Kitorang ni pun memang tengah kekurangan kakitangan. Kau boleh tolong Namjoo ratakan fondant."
Namun, Baekhyun tetap tak bergerak walau Junmyeon telah menolak belakang tubuhnya.
"Tak nak. Aku nak tolong kau buat kek." Tegas Baekhyun tanpa memandang Junmyeon walaupun kata-kata itu ditujukan kepadanya. Mata Baekhyun tidak meninggalkan raut wajah Bomi yang memandangnya tajam.
Junmyeon tersengih apabila memahami maksud sebenar Baekhyun. Sudah tentulah dia mahu bersama teman wanitanya. Bab itu memang Junmyeon tak boleh halang sebab Junmyeon sendiri yang set up mereka berdua. Dah dia yang jodohkan, takkan nak pecah belahkan pula.
"Fine, fine. Kau tolong kami adun kek je." Junmyeon akur dengan kemahuan Baekhyun dan mereka terus menyambung kerja mereka semula.
Sepanjang mereka bertiga bekerja, macam-macam hal yang berlaku. Terlebih bahanlah, terkurang bahanlah, bahan tumpahlah. Memang macam-macam sebab Baekhyun dan Bomi tak habis-habis nak bertekak. Ada saja yang tak kena.
YOU ARE READING
[H] Antara Cheesecake dan Tiramisu | BAEKMI/EXOPINK
Fanfiction(HIATUS) [occasionally editing] "Aku tak pekaklah, raksasa." - Byun Baekhyun "Ni semua salah monyet berlagak nak mampus tu!" - Yoon Bomi Bomi gemarkan cheesecake sehinggakan dia sanggup berlapar semata-mata mahu makan sepotong ch...