Pusing

164 16 0
                                    

Setelah majlis berakhir, Bomi telah dihantar ke rumah oleh Baekhyun sendiri. Hayoung yang membuka pintu terkejut melihat Bomi dalam keadaan mabuk. Lebih mengejutkan lagi apabila melihatkan Baekhyun yang merupakan CEO tempat dia bekerja berada di muka pintu. Nampaknya selepas ini dia perlu membiasakan diri melihat figura CEO kacak ini di depan mata pada waktu yang tidak dijangka.

"Eh, kenapa dengan Bomi ni?" Tanya Hayoung panik, fikirannya tadi dibuang dulu jauh-jauh. Pintu dibuka luas-luas, memberikan ruang kepada Baekhyun bagi memapah masuk Bomi. Bomi dah macam orang gas yang ada dekat depan stesen minyak, badan lembik dan hampir melurut ke lantai kalau tidak di papah oleh Baekhyun.

"Biasalah parti." Balas Baekhyun ringkas lalu mendorong Bomi duduk ke sofa di ruang tamu. Segera Hayoung membantu Baekhyun membaringkan Bomi di sofa. Bomi nampaknya masih belum sedar sepenuhnya, mulut dari tadi terkumat-kamit tanpa ada maksud di sebalik sebutannya yang kedengaran aneh. Hayoung sempat menggeleng kepala sebelum dia segera masuk ke bilik untuk mengambilkan selimut. Hendak tukarkan baju, Baekhyun masih ada di sini.

Selepas Bomi dipastikan telah berada dalam keadaan selesa, Baekhyun meminta diri untuk pulang. Tapi Hayoung yang tak puas hati terus menahan Baekhyun dari menapak keluar dari pintu. Dia memerlukan penjelasan. Jarang sekali dia melihat Bomi dalam keadaan serabut macam tu sekali.

"Sorry, CEO. Saya tahu saya kedengaran menyibuk tapi Bomi tu bff saya dan saya dah anggap dia macam kakak saya. Boleh tak CEO terangkan kepada saya apa yang telah terjadi? Bomi jarang jadi macam ni. Kalau dia macam ni pun sebab dia stress sangat-sangat." Desak Hayoung ketika Baekhyun baru selangkah keluar dari pintu.

Baekhyun meraup wajah sebelum dia menggigit bibir. Seolah-olah amat rumit untuk menerangkan apa yang telah berlaku.

"I'm sure you knew about our deal right?"

Lambat Hayoung mengangguk. Risau kalau pengetahuannya tentang kontrak antara Baekhyun dan Bomi boleh merosakkan perjanjian yang telah termeterai.

"Ada sedikit konflik berlaku. But I assured you nothing bad happened. She's not harmed at all." Jamin Baekhyun meskipun air mukanya melambangkan perkara sebaliknya. Hayoung tidak mahu memaksa Baekhyun menjelaskan dengan lebih terperinci. Dia faham Baekhyun pun pasti tengah tertekan juga. Apa yang telah dan sedang berlaku, Hayoung enggan masuk campur kerana dia tidak suka bersangkut-paut dalam masalah orang lain. Tapi kalau bab Bomi, sedikit sebanyak dia perlu ambil tahu juga.

Hayoung melepaskan keluhan panjang. Ada masa nanti, mungkin dia boleh cungkil rahsia mereka melalui Bomi. "I hope everything is okay."

Mendengarkan kata-kata Hayoung, Baekhyun tersenyum segaris. "Saya akan pastikan semuanya okey. Awak jangan risau."

Senyumannya dibalas oleh Hayoung lalu gadis itu membongkok hormat. "Terima kasih, CEO. Susah-susah je CEO datang jauh-jauh hantar Bomi balik." Topik tadi dicampak jauh-jauh buat sementara.

Baekhyun tampak ragu-ragu sebelum dia mengangguk. "Yeah, sama-sama. Pesan kat Bomi supaya banyakkan rehat. Dia penat sangat tu."

"I will. Jalan baik-baik, CEO."

"Okay." Balas Baekhyun. Hayoung memerhatikan langkah berat Baekhyun yang sedang menuju ke arah elevator. Bahu pemuda itu melurut bagai semua beban dunia ditanggung sendiri. Hayoung turut bersimpati.

🍰 🍰 🍰

Usai Bomi dihantar pulang ke rumah, Baekhyun tidak terus pulang ke rumahnya sendiri. Sebaliknya dia ambil keputusan untuk bermalam di rumah agam keluarga Byun semata-mata mahu meluangkan masa dengan ibu bapanya. Mereka bertiga berbual-bual hingga larut malam, bercerita tentang apa sahaja yang terlintas di fikiran, bagaimana penerimaan ibu Baekhyun terhadap Bomi dan bagaimana bapa Baekhyun punya sedikit pertentangan kerana percaya pilihannya lebih baik.

[H] Antara Cheesecake dan Tiramisu | BAEKMI/EXOPINKWhere stories live. Discover now