lagu-lagu ni saya dengar time tulis fic ni. korang pun boleh dengar time baca jugak. ;D
♪Music Playlist♪ : https://www.youtube.com/playlist?list=PLmbmRvDWL-CwyF6CU-q7863Lr7Vi-4dnEBomi sedang mengelap kaunter sambil bersiul-siul saat pandangan liarnya tertancap kepada suatu figura yang sedang berjalan di berdekatan koridor kedai. Pemuda yang berkerut wajahnya tatkala menatap telefon di tangan itu nampaknya sedang menuju ke arah kedai kek Lavenda. Serta-merta Bomi jadi panik. Menderu darah naik ke muka menahan bengang. Teringat satu persatu peristiwa persengketaan mereka yang baru sahaja hendak menjadi kenangan pahit yang telah di campak jauh-jauh dari sudut memori.
Alamak! Aku tak nak jumpa layan mamat kedekut tu! Baik aku lari.
"Jongdae!" Panggil Bomi dalam nada berbisik. Nasib baik Jongdae ketika itu baru sahaja habis menyusun pinggan-pinggan kosong di dulang sebelah bekas kek.
Setelah digamit, Jongdae berjalan laju ke arahnya, mengesan ada sedikit urgent dalam nada suara Bomi. "Ada apa?"
"Kau gantikan aku kejap boleh? Aku sakit perutlah. Nak pergi toilet." Pinta Bomi sambil berlakon sakit perut. Memek mukanya bersungguh seperti sudah seminggu mengalami sembelit. Perutnya ditekan-tekan dengan penumbuk seolah-olah sedang menahan sakit.
Mata Jongdae terbeliak cemas melihatkan keadaan Bomi. "Kau sembelit ke? Aku ada ubat kalau kau nak."
"Ish, kau ni. Cepat ah. Kang aku terkincit kang kat sini." Makin kalut Bomi dibuatnya saat pemuda itu melangkah masuk ke dalam kedai. Pantas Bomi berlari masuk ke pintu dapur.
"Pegilah. Aku ganti. Jangan lama-lama tau. Nanti bos masuk untuk lunch hour." Sempat Jongdae berpesan sebelum Bomi menutup pintu rapat-rapat.
Kus semangat. Bomi mengurut dadanya dengan harapan dapat menenangkan debaran di hati. Harap-haraplah mamat tu tak nampak aku. Kalau tak memang dia tuntut ganti rugi handphone dia lagi.
"Kau dah kenapa, Bomi?"
"Opocot mak kau!" Bomi termelatah apabila disoal oleh Namjoo yang terpinga-pinga melihatnya pucat lesi seperti baru nampak hantu. Daripada bersandar di pintu dapur, Bomi berganjak sedikit untuk mengintai ke luar melalui tingkap kecil di muka pintu.
"Weh, sini kejap." Panggil Bomi kepada Namjoo yang usai memasukkan dulang berisi croissant ke dalam ketuhar. Selepas Namjoo mendekatinya, pantas dia memautkan tangannya ke lengan Namjoo. Dia meninjau ke arah luar dari tingkap bulat di pintu. "Mamat yang tengah ambil kek tu."
Namjoo memandangnya pelik. "Kenapa dengan dia? Kau minat dia ke?"
Ke situ pulak minah ni.
"Bukanlah. Aku nak tanya dia tu siapa?" Tanya Bomi yang pantas menghindarkan diri sebaik melihat Baekhyun bersembang-sembang pula dengan Jongdae. Bomi memang sudah sedia maklum dengan nama pemuda itu, Byun Baekhyun aka Si Kedekut aka Monyet! Dilihatnya Namjoo mengerling sekilas ke luar sebelum tersengih semacam.
"Oh... Itu Byun Baekhyun. Dia bos mall ni dan pelanggan tetap kat kafe ni." Kata Namjoo dengan sengihan panjang. "Handsome kan? Orang kata dia layak jadi Idol cam penyanyi kpop atau pelakon. Tapi bila dia sebenarnya seorang CEO lagilah best kan? Dahlah kacak, kaya pulak tu."
Terbeliak sampai nak keluar biji mata Bomi merenung Namjoo. Bebelan tentang Baekhyun tidak langsung dihiraukan melainkan sebuah kenyataan yang terang lagi bersuluh bahawa Byun Baekhyun adalah seorang CEO. Seorang pemilik Alba Mall yang dia pijak sekarang ini. "Bos!"
"Ya... Kenapa?"
Matilah aku.
"Alamak, Namjoo. Sakitnya perut aku. Aku pergi toilet dulu ya!" Cepat-cepat Bomi melarikan diri sebelum ditanya soalan bertubi-tubi oleh Namjoo. Dia sengaja menggunakan pintu belakang agar tidak dikesan oleh Baekhyun. Masa melalui tepi kedai pun, Bomi sorok-sorok muka. Bimbang juga kalau Baekhyun itu jenis yang peka dengan keadaan sekeliling. Buatnya dia terpandang tepi kedai ketika Bomi sedang melalui kawasan itu, memang naya Bomi kena tahan dengan si Monyet itu.
Di dalam tandas, nak dekat sepuluh minit juga Bomi duduk atas bidet. Menanti sambil berfikir. Bukannya Bomi takut berdepan dengan Baekhyun. Tak! Bomi seorang yang berani. Baekhyun tu apa lah sangat. Tak makan orang pun. Yang menjadi masalah sekarang ialah Baekhyun itu umpama musuhnya kini. dan sekarang ini, Bomi bekerja di bawah Junmyeon yang menyewa kedai di mall milik Baekhyun. Kalau Baekhyun seorang yang jahat dan kejam dan sadis nak mampus, memang confirm dengan senang lenang dia boleh pecat Bomi. Tapi semua itu hanyalah jangkaan dan imaginasi Bomi yang harapnya tidak akan menjadi realiti sebab Bomi yakin Baekhyun akan bertandang ke Lavenda dengan kerap. Dan Bomi tiada cara lain lagi untuk mengelak dan dia harus berdepan dengan Baekhyun. Persoalannya sekarang, bolehkah mereka berdua boleh berdamai dan melupakan sahaja tentang hal ganti rugi itu?
Dengan kasar Bomi meramas-ramas kepalanya yang sudah kusut. Harapnya Baekhyun telah beredar setibanya dia ke kedai nanti. Dan harapnya Junmyeon pun tidak mencarinya.
Sekembalinya Bomi ke Lavenda, dia mengintai lagi di balik pintu. Bagus, Baekhyun sudah hilang dari pandang. Tapi cawannya masih di situ, jadi berkemungkinan Baekhyun sebenarnya belum beredar. Bomi gigit bibir. Macam mana dia hendak berdepan dengan Baekhyun. Bengangnya!
"Kau intai apa tu?"
"Opocot!" Bomi menjerit terkejut. Toleh sahaja ke belakang, Junmyeon tersengih nakal. Bomi berasa janggal dek kedudukan mereka yang sangat rapat. Bomi kalau tengah tension dan nervous, dia akan rimas kalau orang cuba nak rapat-rapat dengannya. Menyedari ketidakselesaan Bomi, Junmyeon melangkah setapak ke belakang bagi memberi ruang.
"Mana kau pergi? Tak jaga kaunter?" Soal Junmyeon ingin tahu. Pasti dia tercari-cari Bomi yang hilang sebentar tadi.
Mulut Bomi sekejap-sekejap ternganga, lepas tu terkatup balik, lepas tu dia gigit bibir pula. "Aku pergi toilet tadi. Sembelit." Bohong sunat.
"Oh... Dah okay ke ni?" Tanya Junmyeon prihatin. "Nak aku belikan ubat?"
"Okay la sikit. Tak payah beli ubat pun tak pe. Nanti aku sapu minyak angin dan minum teh pekat je."
Sembelit ye Bomi? Selama aku hidup ni mana pernah aku sembelit, semua makanan mak aku letak halia, sebab tu lancar je. Hai, kalau sembelit betul lepas ni, nasib kaulah Bomi.
"Malam ni aku nak keluar makan malam dengan kawan aku. Jadi aku tak boleh nak tutup kedai. Ni aku bagi kunci kat kau. Lepas Jongdae simpan cash dalam pejabat aku, kau kunci pintu ye?" Pesan Junmyeon lalu menyerahkan segugus kunci kepada Bomi. Bomi telan liur menerima amanah itu. Nasib kau lah Bomi, baik sangat ambil syif Minseok untuk ganti lelaki itu. Rasa tak sedap hati pula menipu majikannya tadi.
Junmyeon tersenyum nipis lalu melangkah keluar dari dapur. Masih tercegat di situ, Bomi melihat Junmyeon mendekati Baekhyun yang kini telah duduk di kerusinya sambil menulis sesuatu di dalam buku planner. Sesaat kemudian, mereka berdua sama-sama beredar sambil tergelak-gelak.
Manis pula dia lihat Baekhyun ketawa macam tu. Tak adalah muka masam cemberut je.
A/n: dalam citer ni korang ship Bomi dengan sape? Read and vote! 😊

YOU ARE READING
[H] Antara Cheesecake dan Tiramisu | BAEKMI/EXOPINK
Fanfiction(HIATUS) [occasionally editing] "Aku tak pekaklah, raksasa." - Byun Baekhyun "Ni semua salah monyet berlagak nak mampus tu!" - Yoon Bomi Bomi gemarkan cheesecake sehinggakan dia sanggup berlapar semata-mata mahu makan sepotong ch...