D-Day

193 30 1
                                    

"Ish, gatallah baju ni." Sungut Bomi. Tangan masih tergaru-garu sekitar leher yang terasa gatal merenyam. Macam kulit dah kena tabur dengan miang buluh. Pendingin hawa dalam limosin ini pun tak mampu menyamankan kulit Bomi yang tiba-tiba menggedik nak jadi sensitif pula.

"Kau ni tak payahlah garu-garu macam tu. Dah macam monyet dah aku tengok." Baekhyun sempat mengerling daripada terus-terusan menatap telefon pintar serba barunya itu.

"Excuse me. Monyet tu kau okey." Sentap Bomi. Makin galak dia menggaru bahagian klavikel leher. Agaknya dah merah-merah kulit sekitar tempat yang telah digaru rakus.

"Yelah. Aku monyet. Kau raksasa." Balas Baekhyun senada tanpa memandang Bomi.

"Ish!" Dengus Bomi sebelum dia mengitari pandangan ke arah ruang dalaman limosin yang mereka berdua naiki. Kerusi yang mereka duduk walaupun nampak macam keras sebab dibalut dengan sarung kulit, tapi sebenarnya sangat lembut dan empuk. Secara ringkasnya, tema warna dalam kereta ini memang gelap macam dalam gua meskipun lampu tengah dah terpasang. Muzik akustik terpasang di radio, membuai Bomi hingga mahu terlena. Tapi tak boleh. Dia ada misi yang sangat penting hari ini. Dia perlu menjaga reputasi dan menepati janji. Dia tidak mahu dilihat sebagai seorang yang tidak rasional dan tidak bertanggungjawab di depan Junmyeon. Imej perlu dijaga demi memikat crushnya itu.

Tiba-tiba Bomi lihat Baekhyun meletakkan telefon nipis itu di atas handrest antara mereka sebelum tangannya menyeluk poket pada pintu limosin. Bomi memerhatikan kelakuan Baekhyun yang mencurigakan itu. Tidak semena-mena sebuah objek berwarna putih dihulurkan kepada Bomi. Teragak-agak Bomi mahu menyambut pemberian itu.

Tanpa banyak soal, pergelangan tangan Bomi ditarik lalu objek itu diletakkan pada telapak tangan Bomi.

"Bedak ni letak kat leher. Nanti kuranglah gatal tu." Kata Baekhyun menuding ke arah leher Bomi.

Bedak Johnsons Baby itu direnung Bomi dengan kening yang terangkat sebelah. Perlahan-lahan anak matanya beralih ke wajah mulus Baekhyun pula. Baekhyun guna bedak bayi? Kulit dia sensitif ke? Ke dia ingat dia ni masih bayi?

"Tak payah tengok muka aku lama-lama. Aku tahu aku hensem."

Kata-kata Baekhyun itu membuatkan bola mata Bomi berguling ke atas. Wow! Sungguh perasan! Bukannya dia hensem sangat pun. Junmyeon lagi hensem!

Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha.

"Kita dah nak sampai dah ni. Check penampilan kau dulu sebelum kita keluar." Baekhyun sempat berpesan selepas dimaklumkan oleh drebar di depan bahawa mereka akan tiba dalam masa lima minit lagi.

Kelam kabut Bomi mencari cermin di dalam beg tangannya. Terus wajahnya dibelek-belek untuk memastikan mekapnya masih kekal di tempatnya. Eyeshadow yang telah dibaurkan pada kelopak mata senada warnanya dengan dress maroon di tubuh. Bibir mungil dicatkan dengan gincu berwarna merah jambu natural. Alis kening rapi berwarna coklat. Di kedua-dua telinga pula bergantungan anting-anting kristal panjang. Rambut pula tampak kemas disanggul dalam gaya bouffant. Kasut yang dipakai? Sudah tentulah berwarna pink. Tak dapat pakai tona hot pink, dapat warna pink pucat pun jadilah. Janji warna merah jambu.

Selain Bomi, Baekhyun juga bergaya yang sama kemas. Sut yang dipakai juga berwarna maroon sedondon sementara kemeja di dalam berwarna hitam. Rambutnya pula memang tampak bergaya habis. Bangs yang selalunya menutup dahi kini dinaikkan sehingga nampak dahinya yang jendul itu. Tak lupa juga mekap nipis di wajah lelaki itu. Dapat Bomi lihat celak hitam yang melingkari mata bersama eyeshadow tipis. Memang patutlah dia digelar antara CEO muda paling handsome di Korea. Mula-mula Bomi skeptikal juga sebab selama ini setiap kali dia bertemu Baekhyun, pemuda itu tampak biasa-biasa sahaja. Cuma malam ini saja Bomi tengok Baekhyun macam handsome je. Macam lah. Itupun lepas pakai mekap.

Sedang Bomi tekun memerhatikan Baekhyun, pemuda itu tiba-tiba mendekatkan tangannya ke arah wajah Bomi. Kerana refleks dan tindakan spontan, tubuh Bomi langsung merapat ke kerusi. Sangkaannya Baekhyun mahu menampar atau menyepak atau membelasahnya. Jangkaan itu jauh meleset apabila Baekhyun dengan lembut dan berhati-hatinya menyentuh helaian rambut Bomi yang membentuk jambul di atas dahi. Dengan cermat rambutnya disisir.

"Rambut kau serabai sikit tadi." Kata Baekhyun sebelum pemuda itu membuka pintu kereta.

Bomi terkedu seketika. Sebab pertama, dia kagum dengan Baekhyun juga punya sisi yang gentleman. Sebab kedua, dadanya kini berdebar laju. Dan sebab ketiga, semalam pun Junmyeon melakukan perkara yang sama.

🍰 🍰 🍰

Bila nampak saja rumah yang tersergam indah di depan mata, Bomi bukan sahaja terlongo luas, malah boleh dikatakan rahangnya telah jatuh mencecah lantai. Betapa besarnya bangunan yang berada di depan mata. Sudah persis sebuah istana dengan binaan yang bercampur tradisional dan moden. Bomi perasan bahawa binaan di sebelah kiri dan kanan rumah itu dipisahkan oleh gaya tradisional dan moden.

"Kau tinggal kat rumah sebesar ni?" Bomi menyoal kagum. Anak matanya masih mengitari sekeliling yang tampak luas. Satu demi satu kereta mewah berhenti di foyer dan menurunkan penumpang yang berpakaian mewah dan bergaya. Serta merta Bomi jadi gelisah. Betapa berbezanya taraf dirinya dengan Baekhyun. Siapalah Bomi, seorang pelajar yang hanya mampu kerja part time di kedai kawan sendiri dan menyewa rumah pun bersama kawan. Sedangkan Baekhyun, seorang yang masih muda sudah memegang jawatan sebagai seorang CEO sebuah pusat membeli belah dan dapat membesar di dalam rumah sebesar ini.

"Aku tak tinggal kat rumah ni. Aku ada rumah sendiri. Just my parents, nenek dan sepupu aku je yang tinggal kat sini." Balas Baekhyun. Okey ini membuatkan Bomi semakin insecure sehingga dia tidak sedar langkahnya terjeda sendiri. Betapa jauhnya beza hidup Baekhyun dan Bomi yang boleh diibaratkan seperti langit dengan bumi. Bomi, datang dari keluarga sederhana, punya ayah dan ibu yang membesarkannya dengan hasil titik peluh sebagai guru sekolah dan seorang abang yang bekerja sebagai mekanik. Sedangkan Baekhyun membesar sebagai anak orang kaya yang dikelilingi oleh keluarga dan sanak saudara di sisinya.

Tanpa Bomi sedari, Baekhyun yang telah pun beberapa langkah di depan berpatah balik sebelum berdiri di sisinya. Perlahan-lahan tangan Bomi dipegangnya. Bomi yang terpinga-pinga melihat tangannya dan wajah Baekhyun silih berganti.

"All of this fortune doesn't guarantee happiness."

Dan Bomi pun menggenggam balik tangan hangat Baekhyun.

A/n: saya akan hiatus selama 1-2 minggu. Terima kasih kpd yg setia baca ff ni sampai chapter ni. Jangan lupa vote! 💕💕

[H] Antara Cheesecake dan Tiramisu | BAEKMI/EXOPINKWhere stories live. Discover now