Seminggu Berlalu

215 26 2
                                    

lagu-lagu ni saya dengar time tulis fic ni. korang pun boleh dengar time baca jugak. ;D
♪Music Playlist♪ : https://www.youtube.com/playlist?list=PLmbmRvDWL-CwyF6CU-q7863Lr7Vi-4dnE

Awal-awal lagi dia sudah berasa tidak sedap hati tentang blind date ini. Ada sesuatu yang membuatkan dia ragu-ragu dan was-was tentang pertemuan ini. Sejak dia mula melangkah masuk ke dalam restoran lima bintang ini, detakan jantungnya semakin tidak keruan. Bukanlah sebab keterujaan, sebaliknya sebab dia rasa ada sesuatu yang sangat tidak kena. Dan semua itu terjawab apabila gadis yang berada di meja itu merupakan seseorang yang sangat dia kenali.

Bibir gadis berkulit mulus itu terpamer senyum kecil yang tampak penuh terpaksa. Tubuhnya berbalutkan dress biru pastel sesingkat lutut. Rambutnya yang panjang dibiarkan melepasi bahu dan dada.

"Naeun." Spontan nama itu disebut setelah Baekhyun mendekati meja yang berada betul-betul berhadapan dengan pentas piano. Seorang pemuda bermata sepet yang lengkap bersut hitam menekan kekunci piano, memainkan irama romantik, seiring dengan suasana makan malam ini.

"Oh, hai, Baekhyun."

Reaksi Naeun yang selamba itu membuatkan Baekhyun semakin hairan. Selama Baekhyun mengenali Naeun, mana dia mahu keluar dengan lelaki. Lebih-lebih lagi blind date seperti ini. Makan malam mereka berlangsung dalam suasana yang janggal. Sepertinya Naeun memang tidak mahu ada di situ. Dari tadi gadis itu hanya membisu. Baekhyun ada juga buat lawak untuk meleraikan suasana yang dirasakan sugul dan muram tapi hambar tiada respon. Bila ditanya hanya sepatah yang dijawab. Makanan di pinggan hanya dikuis-kuis dengan hujung garfu.

Baekhyun menghela nafas panjang. Garpu dan pisau di letakkan di hujung piring. Tubuhnya menegak lalu di dekatkan ke meja. Wajah Naeun dipandang teliti.

"Naeun, what is it? Kau kena paksa ke apa? Honestly, aku tak tahu mama aku arranged date ni dengan kau. Tapi kalau aku buat kau tak selesa, aku betul-betul mintak maaf."

"No. Baekhyun." Kata Naeun masih lagi menundukkan wajah. Suaranya kedengaran lemah dan tidak bermaya. Tidak bersemangat. "Aku rasa dihargai sangat bila mama kau berkenan nak jodohkan aku dengan kau." Perlahan-lahan gadis itu mencapai tangannya yang berada di atas meja. Kemudian, tangannya yang halus itu diletakkan di atas tangan Baekhyun. Matanya sudah berkaca-kaca memandang Baekhyun. Terus Baekhyun rasa bersalah yang amat. "But, Baekhyun, you know me right?"

Mananya tak kenal dengan Naeun. Secara harfiahnya, Baekhyun dan Naeun telah berkenalan sejak mereka dalam kandungan ibu lagi. Apabila ibu masing-masing sudah bersahabat baik sejak kecil, memang mereka telah menjangkakan perkara ini akan berlaku. Telah kerap kali juga ibunya bertanya sama ada dia dan Naeun ada hubungan istimewa atau tidak. Jawapan mereka tetap sama. Mereka sekadar kawan baik. Tidak lebih dari itu. Malah mereka sudah menganggap diri sebagai adik beradik. Jadi, bila ibunya tiba-tiba buat blind date dengan Naeun, Baekhyun tidak semena-mena rasa bersalah. Akan terjejaskah hubungan mereka selepas ini?

"You know I can't do this. You know we can't do this." Kata Naeun lagi. Tangan Baekhyun kini digenggam kemas. Gadis itu kini sudah menangis. Melihatkan Naeun menangis begini, tak sampai hati Baekhyun hendak meneruskan rancangan ibunya.

Son Naeun, gadis independent yang tidak akan bergantung dengan lelaki semata-mata untuk hidup. Lepas bapanya meninggal dunia, dialah yang menyara hidup ibu dan adik lelakinya. Walaupun ibu Baekhyun ada membantu keluarga mereka dengan memberikan pekerjaan kepada ibu Naeun, namun, Naeun berjaya atas usaha sendiri. Melalui pemilihan yang ketat barulah dia dapat menjawat jawatan yang tinggi di Alba Mall. Baekhyun betul-betul kagum dengan Naeun yang tabah dan kuat dalam mengharungi segala ujian hidup.

Walaupun begitu, Baekhyun tahu, Naeun memang lemah dalam soal hati. Hingga kini, tiada satu pun yang berjaya menawan hati Naeun. Kerana Baekhyun tahu hanya ada seorang sahaja yang bertakhta di hati gadis itu hingga kini. Pernah hubungan mereka berantakan di tengah jalan. Ditelan oleh jarak dan ego masing-masing. Tapi, Baekhyun yakin jodoh mereka masih kuat. Kalau tidak, masakan mereka boleh bekerja di tempat yang sama secara kebetulan?

[H] Antara Cheesecake dan Tiramisu | BAEKMI/EXOPINKWhere stories live. Discover now