All of This Fortunes Doesn't Guarantee Happiness

356 29 5
                                    

Bomi melangkah tanpa arah tuju yang pasti. Gelas yang berbaki separuh champagne di pegang longgar di antara jari-jemarinya. Sesekali bahunya berlaga dengan orang-orang di sekeliling, bibir spontan mengucapkan kata maaf sebelum kaki melangkah lagi. Fikirannya benar-benar kosong. Hatinya telah pecah entah untuk kali yang berapa. Harapannya tidak dipenuhi. Tidak sepatutnya dia terlalu berharap semalam.

"Kenapa awak boleh ada di sini?" Sapa satu suara serak-serak basah hingga membuatkan Bomi terdongak. Secara tak sengaja gelas champagne yang dipegang terlepas tapi sempat ditangkap oleh pemuda berambut blonde di hadapannya. Pemuda itu berpenampilan kemas dan lengkap bertuksedo hitam. Matanya sepet macam mata Baekhyun. Serta merta Bomi mengandaikan pemuda ini ada pertalian darah dengan Baekhyun.

"You're pretty."

Bomi memalingkan wajah ke arah seseorang yang berada di belakang pemuda berambut blonde ini. Seorang lagi pemuda dengan rambut berwarna sama bangkit dari sofa yang dia duduk. Bomi perasan ada beberapa orang pemuda lain yang memandang hairan dan ada jugak yang sibuk melayan wanita di ribaan mereka.

Spontan Bomi berundur selangkah. Punyalah tak sedar hingga tersesat ke bilik yang Bomi tak tahu macam mana dia boleh sampai ke situ. Terdongak-dongak kepala Bomi memerhati sekeliling. Suasana di dalam bilik luas itu tampak kelam kerana hanya disinari lampu gantung dari bar berdekatan. Dalam kesamaran itu, Bomi dapat lihat sofa panjang yang diletakkan dekat dinding bersama meja yang sama panjang. Dan di sofa itulah beberapa orang pemuda lain duduk memerhatikannya seperti Bomi ini makhluk asing dari planet lain. Wanita-wanita yang berada di ribaan mereka telah meninggalkan mereka apabila tidak diendahkan lagi oleh mereka.

Bomi tak sangka dalam majlis ulangtahun perkahwinan ini ada juga dianjurkan parti sebegini.

"Ah, ke tepi lah, Wonho. You scared her!" Marah pemuda bersuara serak basah itu lalu dia menepis Wonho agar tidak mendekati Bomi. Tidak terkesan dengan perbuatan Minhyuk, Wonho yang bermata biru itu hanya mengenyitkan mata ke arah Bomi sebelum dia beredar ke bar berdekatan.

"Saya Minhyuk. I heard you're a girlfriend of Baekhyun. How wonderful! Congratulations." Ucap Minhyuk bernada ceria dan terlebih excited.

"Umm... thanks."

"Jangan takut, saya janji takkan buat apa-apa pada awak. Kalau diorang kacau awak pun, saya akan belasah diorang." Minhyuk membuat janji sambil mendekatkan jari kelingking kepada Bomi. Bomi sempat tahan gelak. Berapa umur Minhyuk ni? Lima tahun?

Tapi Bomi layankan saja. Lalu jari kelingking mereka bertaut membuat janji.

"Ah, there he goes flirting again!" Jerit salah seorang daripada mereka di belakang.

"Ignore apa yang diorang cakap." Kata Minhyuk sambil menjeling tajam ke arah pemuda berambut perang. "Tu yang bising tu nama dia Kihyun. Yang tengah tunjuk muscle tu nama dia Hyunwoo tapi kitorang panggil Shownu sebab obviously dia memang suka tunjuk muscle dia. Yang tengah main snooker kat sana tu Changkyun dan Jooheon. Rambut merah tu Jooheon. Dan yang duduk kat bar sama-sama dengan Wonho tu Hyungwon. Yang mamat lain yang saya tak kenalkan tu, our friends. They're not really important."

Kata-kata akhir Minhyuk dibalas dengan kata-kata protes mereka yang mereka jerit dengan nama mereka. Bomi ada dengar mereka sebut Yugyeom, Jackson dan Jinyoung. Tapi ada lagi yang Bomi tak pasti nama mereka.

"Yang saya mention nama tadi tu sebenarnya relatives semua. Termasuk saya, kami semua ni relatives kepada keluarga Byun. Tak kisahlah yang distant ke yang dekat. Yang penting kami semua ada pertalian darah." Jelas Minhyuk tanpa dipinta. Ramahnya bukan main. Jauh sekali berbanding Junmyeon dan Baekhyun yang sukar mahu menceritakan tentang keluarga mereka.

[H] Antara Cheesecake dan Tiramisu | BAEKMI/EXOPINKWhere stories live. Discover now