3- Aneh

9.2K 397 3
                                    

(Ppppangggg !!!! )
Bunyi kaca pecah mengejutkan Emma daripada tidurnya . "Emma ! Ada sesuatu dalam bilik aku ! " kata Sherry Laila yang meluru masuk ke dalam biliknya . Sherry Laila merupakan rakan serumah Emma dan menuntut di U yang sama iaitu University of Cambridge . Sikap Sherry yang kaki club tu yang buatkan Emma tidak berapa rapat dengannya . Tiap- tiap hari balik lewat malam , dahlah anak dara . Ishh ! 

"Sarah mana ? " tanya Emma sambil merangkul lengan Sherry tanda ketakutan . "Sarah ade farewell party " jawab Sherry . " Farewell party ?!!! , farewell party apa pukul 2 pagi ni ?" tanya Emma sambil melihat jam . Membuntang mata Emma apabila dengar apa yang diperkatakan oleh Sherry . Sarah tak pernah keluar lewat malam walaupun ada party . Pelik betul ! "Ya .. aku tak tipu . Waktu aku balik tadi , dia dah siap-siap nak keluar . Aku tanya dia nak pergi mana , pastu dia jawab F-A-R-E-W-E-L-L  P-A-R-T-Y . Seram gila cara dia jawab weyh ! Aku tak tipu ! Macam kena rasuk HANTU ! " jelas Sherry.
"Hishh ! Kau ni ! Mana ada hantu ! Dah jangan nak mengarut ! " marah Emma.
"Habistu kita nak buat apa ? Nak pergi tengok bilik aku tak ? Tadi macam ada sesuatu duduk kat hujung katil . Bila bunyi kaca pecah , benda tu terus hilang ." kata Sherry panik . Emma runsing . Buntu . Tak tahu nak buat apa . Nak panggil ustaz .. ni London . Takkan nak panggil paderi ? Hish ! Terpesong akidah ! 
Emma bangun dari katilnya dan cepat-cepat kunci pintu . Dia kembali ke katil dan berselimut . Sherry turut buat benda yang sama . Mereka berpelukan . Masing-masing takut .
( BAM ! BAM ! BAM ! )
Bunyi ketukan pintu yang amat kuat mengejutkan Emma dan Sherry ! "Weyh , bunyi apa tu ? " tanya Sherry panik . "Macam ada orang ketuk pintu . Maybe Sarah kot . " jawab Emma yakin. Bunyi ketukan itu semakin kuat ! Kali ini bunyi ketukan itu ditemani dengan suara garau . "OPEN THE DOOR !"
"Weyh , tu bukan suara Sarah ! Aku takutlah !" kata Sherry . Emma segera mencapai telefon bimbitnya dan membuka alunan Surah Yaasin . Ketukan dan suara tadi hilang begitu sahaja . Emma dan Sherry segera baring semula ke katil dan menyelimuti seluruh badan dan kepala mereka . " Weyh Emma , kau rasa sapa tadi tu eh ? Manusia ke han...... " Belum sempat Sherry menghabiskan kata-katanya , Emma menyuruh Sherry senyap . "Dah ! Jangan cakap apa-apa lagi . Tidur cepat ! " tegas Emma .

Emma melelapkan mata , ingin melupakan segala kejadian ngeri yang berlaku tadi .

SUAMI AKU VAMPIRE Where stories live. Discover now