Emma Tania POV
Sedang aku mengelamun , tiba-tiba lelaki tersebut melangkah kehadapan sedikit demi sedikit . Lelaki tersebut mengangkat sedikit dagu aku supaya pandangan kami bertaut . Aku menatap wajah kacak milik dia , tiba-tiba aku teringkatkan kes yang berlaku kat London 2 tahun lepas .
"Tania !"
Aku segera mengalihkan pandangan dan beranjak ke belakang sedikit .
"Alamak . Maaf aunty ganggu " , kata Aunty Susan sambil menundukkan kepala.
"Eh takpe . Tania pergi tukar baju jap" .
Aku perasan mata lelaki itu tidak lepas dari memandang aku .
Beberapa minit kemudian
"Dah , jom pergi kaunter . Aunty nak settlekan beberapa perkara sikit" .
Aku menuruti sahaja arahan Aunty Susan . Yang membuatkan aku hairan , mana lelaki tadi ? Batang hidung dia pun tak nampak ! Haihh , peliknya !
"Tania duduk dulu . Aunty nak ambil resit jap" . Aku mengangguk .
Aunty Susan POV
"Hello Puan . Tania dah siap fitting ".
"Really ? Good ! Dia dah jumpa Adam tak ?"
"Dah . Tapi I rasa Tania tak kenal dia lah"
"Kalau macam tu , you lengah-lengahkan masa"
"Okay" . Aku mematikan perbualan telefon dan mengambil resit di dalam laci .
Emma Tania POV
Kringgg kringgg
Aku segera menjawab panggilan dari mama .
"Hello mama , Tania dah siap fitting ni "
"Good ! Okay tak baju tu ?"
"Okay je . Mama bila nak ambil Tania ni ?"
"I'm so sorry sayang . Mama tak dapat ambil"
Darah aku mengalir laju . Ya . Aku marah . Aku memang marah kalau orang mungkir janji !
"Mama..... "
"Hmm , Tania ingat tak mama ada cakap yang Tania akan jumpa bakal suami Tania dekat butik ?"
"Ingat . So ?"
"Well , he's there !"
"Really ? Tania tak nampak pun " .
Aku mengeluh . Tiba-tiba aku teringatkan lelaki kacak tadi . Takkanlah dia bakal suami aku ? Terlalu perfect untuk aku yang tak seberapa ni !
"Okaylah Tania . Got to go . Tania jangan buat perangai depan bakal suami Tania tau ! Bye"
Belum sempat aku menjawab , mama terlebih dahulu mematikan talian . Hish ! Mama ni memang suka tau buat aku macam ni . Terpinga-pinga macam budak tadika !
"Hello" .
Suara garau yang sama menyerpa dari belakang . Aku menoleh . Eh ? Lelaki kacak ni lagi ? Tadi hilang , sekarang ada balik ! Misteri betul ! Kali ini aku tidak mengelamun sebaliknya menegur dia semula .
"Hello" , kataku sambil mengukirkan senyuman .
"Saya tak sempat nak kenalkan diri saya kat awak tadi . Nama saya Adam" . kata lelaki tersebut sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman .
"Emma" , aku bersalaman dengan Adam . Sejuknya tangan dia . Macam ais beku . Tak ! Lagi teruk dari ais beku !
"Sejuk ke tempat ni ? " Tak semena-mena mulutku mengeluarkan soalan begitu .
"Hehehehe " . Dia hanya ketawa .
Adam POV
Hish kau ni Adam ! Yang pergi hulur tangan nak salam tu kenapa ? Gatal sangat nak salam ! Nanti rahsia bocor , baru padan muka kau !
"Hehehehe" .
"Awak ada nak pergi mana-mana ke lepas ni ?"
"Takde" . Jawabnya pendek .
"Kalau macam tu , jom keluar date !" kataku teruja . Wait ! Date ?! Kau cakap apa tadi Adam ? Kenapalah mulut ni lancang sangat ?!
Emma Tania POV
"Kalau macam tu , jom keluar date !" , kata Adam teruja .
Fikiranku terhenti seketika . Jantungku berdegup laju . Dia ni biar betul ?! Baru tahu nama aku , terus ajak date ?! Tiba-tiba , aku teringatkan sesuatu . Entah-entah , dia ni memang betul BAKAL SUAMI aku ?!
YOU ARE READING
SUAMI AKU VAMPIRE
Mystery / Thriller"Maafkan aku Emma . Aku terpaksa" "Kenapa Adam ? Kenapa awak buat macam ni ?"