" Emma ! "
Emma berpaling . Terpacak seorang wanita yang kelihatan sama umur dengannya . Lisa . Sepotong nama itu disebut Emma . Lisa , rakannya semasa mengambil kursus persediaan di UM dahulu . Lisa berlari anak menuju ke arah Emma dan memeluk rakannya itu . Pelukan itu dibalas Emma . Masih kurus seperti dahulu .
Pelukan hangat itu dileraikan dan Lisa terlebih dahulu menanyakan soalan . "Kau sihat ke ? Macam mana kau kat London ? Dah habis study ke cuti semester ? Ada jumpa kekasih hati tak ? " Bertubi-tubi soalan ditujukan kepada Emma . "Kau ni ! Tanyalah satu-satu . Jenuh aku nak jawab " marah Emma . "Hehe . Okay-okay . Kau sihat ke ? Macam mana kau kat London ?" tutur Lisa satu persatu sambil tersengih . " Sihat . Alhamdulillah . Aku okay je kat sana . " Jawapan yang cliché itu membuatkan Lisa mencebik . "Apa lagi yang kau nak tanya ? Aku nak kena cepat ni . Mama aku suruh balik sekarang jugak " kata Emma . Jelas sekali muka Lisa kehairanan . Setahu dia Puan Emma Karmila , mama Emma itu tidak pernah mengambil kisah tentangnya . Tetapi sekarang ? Disuruh pulang awal . Hish ! Pelik !
Emma menyeluk ke dalam beg tangannnya apabila telefonnya berdering . Terpapar nama mamanya pada skrin telefonnya yang sudah 5 tahun tidak tukar . Dia sering diejek "old school " kerana tidak mengikut trend semasa . Mungkin sebab itu lelaki jarang mendekati dirinya . Tetapi Emma tidak kisah . Asalkan dia buat apa Islam suruh dan tinggal apa yang Islam larang . Itupun dah cukup memadai . Emma mengangkat call daripada mama.
"Assalamualaikum mama "
"Tania kat mana ni ? Lama mama tunggu . Yang lain dah ada ni . Cepat balik rumah !" kata mamanya dengan nada yang sedikit tinggi .
Aduhai mama . Kalau ya pun , jawablah salam dulu . Detik Emma dalam hati.
"Okay , okay . Emma on the way , lagi sejam Emma sampai ." kata Emma . Emma mematikan talian . Lisa yang berada di sebelah hanya menjadi tukang pemerhati dari tadi . " Weyh Lisa , aku kena cepat ni . Mama aku dah marah . Next time kita jumpa lagi . Number phone aku kau save lagi kan ?" Lisa mengganguk. "Kalau macam tu , aku pergi dulu . Bye !" ucap Emma lalu menarik bagasinya . Lisa hanya melihat susuk tubuh yang langsing itu berlalu pergi . Pelik sungguh ! Selalunya kalau mamanya marah , dia tak takut pun . Tapi kali ni , lain macam . Memang lain macam !
Usai Lisa berfikir sejenak , dia mengatur langkah ke pintu keluar airport .Rumah yang tidak pernah berubah sejak dia berangkat ke London . Dekorasi halaman , warna cat rumah , pintu pagar . Semuanya sama . Sungguh dia rindu akan rumah itu ! Tetapi kali ini , agak pelik . Ramai orang di perkarangan rumah banglo yang besarnya hampir sebesar padang golf . Pelik sungguh ! Sejak kematian papanya , Tuan Ziyad Aminnudin , rumahnya itu tidak pernah meriah . Suram sahaja . Tetapi kali ini lain sekali . Lamunan Emma terhenti apabila bunyi dehaman pemandu teksi itu menggegarkan gegendang telinganya itu . "Cik , betul ke ini destinasi yang cik nak tuju ? Kalau betul , saya nak ambil bagasi cik kat but belakang " kata pemandu teksi yang sudah berumur itu . "Ya betul " . Usai mengeluarkan bagasi dari but belakang . Emma mengeluarkan RM 50 dari dompetnya . "Nah , simpan bakinya pak cik ".
"Eh cik , banyak sangat ni . Duit tambang baru tiga puluh ringgit ." kata pemandu teksi itu . "Takpe . Saya sedekah" kata Emma sambil mengukir senyuman. "Terima kasih ya cik" . Teksi tersebut berlalu pergi . Emma terpacak di hadapan rumah banglo tersebut . Tiba-tiba tangannya direntap dan dibawa pergi . Emma mengikuti sahaja rentak kaki susuk tubuh gadis yang menariknya . Sudah pasti itu adiknya , Emma Karlya . Dari tinggi dan saiz badan , sudah tahu itu adiknya . Setiba sahaja mereka di bilik Emma , dia tersentak . Mengapa ada Mak Andam ? Mata Emma tertacap pada sehelai dress yang cantik , dihiasi dengan labuci dan berwarna cream itu . Lambat-lambat Emma bersuara .
"Kenapa ada Mak Andam kat sini ? Ada siapa-siapa nak kahwin ke ? tanya Emma .
"Tania akan bernikah " . Emma tersentak . Suara yang sudah lama dia tidak dengar . Emma berpaling . "Mama" "Aapaa ssemuaa nnni ?" tanya Emma tergagap-gagap . Tiba-tiba dia terasa pandangannya kabur . Semuanya gelap . Dia sedar bahawa dia telah pengsan !
YOU ARE READING
SUAMI AKU VAMPIRE
Mystery / Thriller"Maafkan aku Emma . Aku terpaksa" "Kenapa Adam ? Kenapa awak buat macam ni ?"