FIND THE ELDORADO(12)

435 46 8
                                    

#PART12

Kai terjaga dari tidur.Kota itu samar-samar menjengah dalam mimpinya.Seperti selalu,dia sudah bangun sebelum sempat tiba.Kai bangun dari pembaringan empuknya dan berjalan ke arah tingkap,dia menyelak kain putih itu dan menolak daun tingkap.Perlahan-lahan,cahaya matahari menyinar memanah matanya.Kai menutup matanya untuk sesaat dek panahan matahari."Semua ini akan menjadi sejarah,akan kami buktikan kepada siapa yang mempercayai kami,"bisiknya perlahan lantas membiarkan kain putih itu kembali menutup birai tingkap.

Dia melangkah kaki ke kamar mandi untuk membersihkan dirinya.Tidak lama setelah dia memasuki kamar mandi,Suho terjaga dari tidur.Dalam keadaan mamai,dia memerhati sekeliling."Kai?Mana Kai?"bibirnya menyusun bait ayat.

Dia mengamati bunyi dari kamar mandi."Mungkin Kai sedang mandi,"gerak hati Suho.Dia kemudiannya,melihat ke arah pakaian yang diambil dari ampaian semalam,dia mencari-cari pakaian miliknya.Satu demi satu baju dan seluar milik orang lain dilempar ke lantai dan akhirnya pakaiannya dijumpai.Dia memandang ke arah lantai."Oh no!Kene kemaskan sekarang,"detik hati SuHo.Dia mengutip satu demi satu dan meletakkan ke tempat nya kembali.

Kedengaran pintu dikuak,Suho memandang ke arah datangnya bunyi itu.Kai baru sahaja selesai mandi."Morning hyung,"tegur Kai .

"Morning,"balas Suho mesra,kakinya automatik melangkah ke arah kamar mandi.

"Kejutkan diaorang,"pesan Suho kepada Kai.Kai mengangguk dan memakai pakaiannya.Di badannya tersarung baju exo bernombor 7,"Opss tersalah baju,"detaknya lantas membuang baju itu dari badannya.Dia mencari nombor bajunya,sebaik ditemui dia terus memakainya.

Langkah kaki diatur ke arah Sehun,

"Sehun ya,ireona ireona,"lembut Kai.

Sehun menggeliat namun terus menyambung tidurnya.

"Huhh,susah nak gerakkan maknae nie,"rengusnya.Kai beralih kearah leader EXOM yang senang enak dibuai mimpi sambil berpelukan dengan maknae EXOM.Saat menghampiri Kris,Kai tersentuh Tao,badan tao kesejukan patutlah dia peluk Kris.Kai meleraikan pelukan mereka dan perlahan menyuruh pasangan Leader,maknae itu bangun.

Kris berkali membuka dan menutup matanya.Masih mamai agaknya.Tangannya merentap tangan Tao lalu menarik Tao bangun.

"Gege,ni!"rengus Tao yang dipaksa bangun.

Dalam keadaan terpaksa,Tao bangun mengikut Kris menunggu giliran ke kamar mandi.Kai yang memerhati hanya menggeleng melihat kerenah mereka berdua.

Beberapa minit menunggu,kelibat Suho kelihatan lengkap bersarung baju bernombor satu miliknya."Dah pergi masuk,"Kris menolak tubuh Tao masuk ke dalam kamar mandi itu.

"Jangan pergi mana-mana tau,jangan tinggalkan Tao,tunggu ya,"pesan Tao yang sememangnya penakut,itulah kelemahan dia walaupun pandai wushu.Tapi gelagatnya itu memang memikat para EXOL dengan sikap keperempuanannya.

Kris mengangguk tanda faham dengan Tao.Pintu kamar ditutup perlahan,dari luar kedengaran bunyi percikan air.Kris menyandarkan dirinya pada dinding.Jujur mengantuk masih menyelubunyi mindanya,perlahan dia terlelap di situ.

"Kris hyung,ireona,pergi mandi,"suruh Tao yang baru sahaja selesai mandi.Dia berjalan ke tempat Suho yang sedang duduk di kerusi.Dia melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi di situ.Suho yang menyedari kelibatnya terus mengambil pakaian yang bernombor 68 dan melemparkannya ke arah Tao disertai dengan ungkapan,"pergi pakai baju!"

Tao melangkah berlalu meninggalkan Suho untuk memakai bajunya.Usai sahaja menyarungkan pakaian di tubuh tingginya,dia menghampiri Chen,dia membisik ke telinga Chen perlahan,"Ireona,palli~~ semua dah bangun,"mendayu bunyinya.

FIND THE ELDORADO <COMPLETE>Where stories live. Discover now