FIND THE ELDORADO(5)

455 48 1
                                    

#Part5

Tinggal tujuh orang saja lagi,perjalanan masih panjang.Perjalanan ke eldorado saja belum dimulakan.Asalkan mereka bersatu mereka akan berjaya.

Keesokan harinya,mereka meneruskan perjalanan seperti biasa.Mereka meninggalkan kawasan pantai dan meredah hutan yang tebal.Mereka berjalan dengan berhati-hati bimbang ada makhluk penghuni hutan yang lain.Mungkin ada makhluk selain mereka.Seketika mereka meneruskan perjalanan,segalanya berada dalam keadaan baik-baik sahaja.Perjalanan mereka setakat itu lancar.

Sesekali mereka berehat untuk melepaskan lelah.Sudah lama berjalan tapi kawasan hutan itu seperti tiada penghujungnya.Masing-masing ingin cepat keluar dari hutan.Jujur mereka hilang arah tuju untuk kemana mencari ahli-lain.

Pokok-pokok di hutan bergerak perlahan.Tanah sedikit bergegar.Entah kenapa mereka merasakan hal yang aneh.Tanah menjadi tidak rata.Kelihatan sedikit rekahan pada jalan yang mereka lalui.Angin juga semakin kuat.Debu-debu tanah semakin kelihatan.Jelas keadaan itu menandakan ada yang tidak kene dengan tempat itu.Angin datang dari segenap penjuru.4 penjuru utama dan bertembung di tengah-tengah.Lay mula kelihatan takut.Kai mula merangkul lengan chanyeol.Kris dan suho berjaga-jaga.Ukiran itu sekali lagi berkilauan keemasan.Mereka berpandangan antara satu sama lain.Nampaknya mereka di sini.Kita tidak boleh meninggalkan tempat ini."Ayuh cari mereka,"suho memberi semangat.Yang lain mengangguk walau sudah jelas masing-masing gentar dengan keadaan itu.

Rekahan tanah yang mulanya hanya sedikit kini berubah.Seakan-akan ada sesuatu yang berada di bawah tanah melakukannya.Tanah terus dihentam dari dalam.Semakin lama semakin kuat.Suho sendiri bingung dengan keadaan itu.Apa mungkin ada sesuatu dari bawah tanah.Tapi mustahil.Semua andaian aneh mula merasuk fikiran mereka.Tapi semua andaian itu adalah perkara yang tidak logik akal.Kris merasakan ada sesuatu di dalam tanah yang ingin keluar dari tanah.Mungkin raksaksa ?

Angin terus berlalu.Kini bukan dari empat penjuru utama.Namun,salah satu darinya iaitu dari barat.Ya,benar angin arah barat menghala ke timur.Kedudukan kaki mereka masih tetap tidak berganjak.Mata masing memerhati sekeliling.Tumpuan sepenuhnya diberikan."Kris cuba terbang tengok dari mana datangnya angin ini,"arah Suho.

"baik!"kris menerima arahan.

Dibuka sayap kiri dan kanan.Kris terbang ke atas.Ketinggian yang cukup sempurna untuk melihat dari mana angin itu berpunca.

Dari atas Kris boleh melihat.Angin itu berpusat tidak jauh dari mereka.Kira-kira 1.5km dari barat.Angin itu terus berlalu.Keadaan masih sama setelah beberapa minit.Kris ingin terbang ke bawah untuk memaklumkan perkembangan.Tapi niatnya terbatal apabila tanda-tanda kelajuan angin akan berubah.Matanya masih tajam memerhati.

Pada masa yang sama,
"Suho,Lay,Chanyeol dan Kai menumpukan sepenuh perhatian terhadap perubahan persekitaran.Tumpuan mula diberi pada keadaan rekahan.

"Ukiran ini semakin menyinar keemasan jika aku bergerak ke timur namun akan semakin sirna jika ke selatan atau utara.Jalan yang tepat ialah timur.Ya timur,"bisik suara hati Sehun.

Sehun terus berjalan ke timur dengan kelajuan angin.Walaupun persekitaran bertindak balas atau lebih tepat lagi terkesan dengan kuasanya,debu-debu,dedaun dan segala benda yang ringan atau ketumpatannya lebih dari angin akan berterbang(kalau sains salah sorry,xingatdah)

.Kekuatan angin bergantung kepada sehun.Sehun bebas memilih kelajuan anginnya.

"Kilauan itu,apa maksudnya?apa misteri di sebaliknya?"sehun berteka-teki.

Keadaan Suho dan rakan-rakan,

Kris baru sahaja menjerit dari atas bahawa kelajuan angin semakin pantas melalui jalan mereka.Kukuhkan kedudukan jika tidak ,mungkin angin itu akan membadai mereka sekali.

FIND THE ELDORADO <COMPLETE>Where stories live. Discover now